WorksheetsSEJARAH T4B5
Total questions: 38
Worksheet time: 29mins
Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam?
I Keluasan wilayah
II Ketiadaan ajaran agama
III Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
IV Perbalahan antara suku
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan keadaan di Madinah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke kota tersebut?
I Diperintah oleh monarki
II Suku Arab sering bertelagah
III Ekonomi dikuasai oleh Yahudi
IV Sistem kabilah semakin terabai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah.
621 Masihi - Perjanjian Aqabah Pertama ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus dan Khazraj.
Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?
I Memutuskan hubungan dengan Yahudi
II Rasulullah menjadi ketua negara
III Beriman kepada Allah dan rasul
IV Membantu dalam perjuangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW memperkukuh Islam di Madinah selepas Perjanjian Aqabah Pertama ?
Menghantar pendakwah
Menggalakkan penghijrahan
Melantik wali sebagai pentadbir
Menguatkuasakan undang - undang
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?
Menyediakan tempat tinggal
Menjanjikan keselamatan
Kesediaan mempertahankan Islam
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Aqabah
Baiah al-Ridwan
Majlis Tahkim
Perjanjian tersebut dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah.
Perjanjian Aqabah I
Perjanjian Aqabah II
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Ancaman Rom dan Parsi berkurangan
Keseimbangan komposisi kaum
Genjatan senjata dikuatkuasakan
Penyebaran agama meluas
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut?
I Diberi sambutan meriah
II Dijemput penduduk tempatan
III Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV Mendapat bantuan masyarakat Arab
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
Kawalan keselamatan
Menjadi penunjuk jalan
Menyiasat pergerakan musuh
Membekal barang keperluan
Apakah peranan Asma binti Abu Bakar ketika penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah ?
Petunjuk jalan
Pemberi maklumat
Penghantar makanan
Penjaga keselamatan
Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam.
Abdullah bin Abu Bakar
Amir bin Fuhairah
Abdullah bin Arqat
Apakah sumbangan mereka?
Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam
Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah
Meneruskan dakwah ke Taif
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
-Menjalin hubungan persaudaraan
-Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan?
Melantik gabenor sebagai pentadbir
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
Menubuhkan pasukan tentera tetap
Menggubal perlembagaan Negara
Berikut adalah berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam.
1 Rabiulawal (12 September 622 Masihi) - Penghijrahan orang islam Makkah ke Madinah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
I Persaudaraan ummah diperkukuh
II Kerajaan yang adil dibentuk
III Perang saudara tamat
IV Struktur masyarakat berubah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?
I Terbinanya bangunan yang lengkap
II Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah
III Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar
IV Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia.
Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati
perjuangan umat Islam
turunnya wahyu pertama
pembukaan semula kota Makkah
kelahiran Nabi Muhammad SAW
Maklumat berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W
menerima wahyu > X > singgah di Quba' > sampai di Madinah
Apakah X?
Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah
Sepakat membina masjid al-Nabawi
Muafakat dengan golongan Ansar
Bersembunyi di Gua Thur
Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia bagi memperingati
Perjuangan umat Islam
Turunnya wahyu pertama
Pembukaan kota Makkah
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?
Menyatukan wilayah
Menyusun perlembagaan
Mengadakan rundingan damai
Meminta bantuan orang Badwi
Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah.
Mendapat hak yang sama
Jaminan keselamatan
Hak tersebut terjamin selagi mereka
terlibat dalam pentadbiran negara
berkhidmat sebagai tentera
mematuhi prinsip piagam
menghormati ajaran Islam
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?
I Diiktiraf sebagai penduduk Madinah
II Bebas menjalinkan hubungan dengan pihak luar
III Terlibat dalam pentadbiran negara
IV Dijamin keselamatan selagi setia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi?
Memberi panduan pemerintahan negara
Melindungi tradisi masyarakat Arab
Menamatkan permusuhan dengan Rom
Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyebarkan ajaran islam setelah mendirikan kerajaan Islam Madinah?
Menawarkan bantuan kepada wilayah lain
Meneroka kawasan petempatan baharu
Mengutus surat kepada kerajaan asing
Melaksanakan dasar perluasan kuasa
Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?
I Meluaskan wilayah
II Mempertahankan diri
III Menjaga harta benda
IV Menguasai ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah
Tentera Islam telah memenangi dalam Perang Khandak pada 627 Masihi
Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut?
Peralatan yang canggih
Bilangan tentera ramai
Bantuan luar diperolehi
Strategi perang mantap
Maklumat berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Islam dengan pihak Quraisy Makkah.
627 Masihi - Perang Khandak
Apakah strategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan tersebut?
Menggali parit
Perang gerila
Serang hendap
Membina tembok
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.
-Mengampunkan tawanan perang
-Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Suku yang bertelagah berdamai
Islam diterima dengan kerelaan
Kebebasan beragama diamalkan
Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam
Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah.
Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?
Memberi peringatan
Menjelaskan tujuan kedatangan
Membuat rundingan kedamaian
Meninjau kekuatan tentera musuh
Uthman bin Affan dihantar untuk berunding enggan orang Quraisy Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah dalam perjalanan menuju ke Makkah.
Apakah faktor pemilihan beliau?
Memiliki sifat diplomasi
Keturunan Bani Hasyim
Disokong kaum Ansar
Seorang hartawan
Rombongan Nabi Muhammad SAW ke Makkah telah disekat di Hudaibiyah. Mengapakah Nabi Muhammad SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan?
Mencari laluan yang selamat
Meninjau kekuatan pihak Qurais
Memujuk mereka menerima Islam
Mengutamakan kaedah diplomasi
Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah.
630 Masihi - Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Kota Makkah dikuasai Islam
Sistem kabilah dimansuhkan
Urusan perdagangan terjejas
Penduduk Madinah berhijrah
Berikut menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi
Syarat Pertama Perjanjian Hudaibiyah - Mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Penghijrahan penduduk berkurangan
Pertambahan wilayah jajahan
Peluasan penyebaran Islam
Pengukuhan angkatan tentera
Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui para sahabat yang lain?
Mengelakkan peperangan
Mempertahankan imej Islam
Memelihara hubungan kekeluargaan
Memudahkan penyebaran agama Islam
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?
Pembebasan golongan hamba
Pemulauan keluarga Bani Hashim
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah?
Penyeksaan terhadap golongan hamba
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj
Maklumat beriku berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab.
630 Masih - Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Tentera Quraisy menyerah kalah
Sistem pertahanan Quraisy lemah
Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian
Kaum Quraisy membunuh orang Islam
Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.
Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?
Peluasan kegiatan tentera Quraisy
Penguasaan ekonomi oleh Rom
Penawanan khalifah perdagangan Parsi
Pembunuhan seorang anggota Bani Khuza’ah
Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Pembahagian wilayah
Bilangan penduduk bertambah
Sistem kabilah diteruskan
Unsur jahiliah dihapuskan
Maklumat berikut berkaitan dengan pembukaan semula kota Makkah.
630 Masihi - Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?
Penerusan sistem kabilah
Membasmi kemiskinan
Memperkukuh negara
Pertambahan penduduk
Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?
Penyebaran Islam tergendala
Pembukaan semula kota Makkah
Penduduk Madinah semakin terancam
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang
