wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HT T4B1 PENGENALAN MAKNA TAMADUN CIRI TAMADUN

Total questions: 33

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah.

Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?

T4 B1 ms 5 [ P3 B6 ]

a)

Kepelbagaian kepercayaan

b)

Kepelbagaian kemahiran

c)

Ketinggian pemikiran

d)

Ketinggian tatasusila

2.

SPMU 2017

Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu. T4 B1 ms 5 [ P3 B2]

Apakah unsur-unsur tersebut?

a)

Bandar dan seni

b)

Lahiriah dan falsafah

c)

Lahiriah dan rohaniah

d)

Bandar dan budaya

3.

SPM 2015

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam? T4 B1 ms 5 [ P3 B6 ]

a)

Kebebasan mengamalkan sebarang agama

b)

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi

c)

Kesejahteraan semua lapisan rakyat

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

4.

SPM 2017

Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri

tamadun. T4 B1 ms 6 [ P2 B1 ]

Apakah X ?

a)

Kemajuan sistem perhubungan

b)

Hubungan antara kerajaan

c)

Kehidupan berorganisasi

d)

Perkembangan ekonomi

5.

SPM 2009

Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.

Apakah ciri kehidupan tersebut? T4 B1 ms 5 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

Kebebasan beragama

b)

Kesejahteraan hidup

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Ketinggian moral

6.

Masyarakat tamadun awal mempunyai organisasi sosial yang terbentuk berteraskan

I. Agama

II. Budaya

III. Pekerjaan

IV. Keturunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan III

7.

Masyarakat Zaman Neolitik telah mewujudkan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter. Bagaimanakah sistem tersebut wujud pada zaman itu?

a)

penggunaan peralatan moden

b)

permintaan masyarakat sekitar

c)

peningkatan perdagangan maritim

d)

penghasilan makanan melebihi keperluan

8.

Perkara berikut berkaitan dengan sistem tulisan awal yang diperkenalkan di dunia.

  • Hieroglif
  • Cuneiform

Apakah peranan sistem tulisan tersebut?

a)

mempertingkatkan taraf kehidupan

b)

meluaskan kegiatan perdagangan

c)

menyebarkan ilmu pengetahuan

d)

membasmi buta huruf

9.

Mengapakah zaman berikut dikenali sebagai Zaman Prasejarah?

  • Zaman Paleolitik
  • Zaman Mesolitik
a)

Belum mempunyai penempatan kekal

b)

Masih menggunakan peralatan batu

c)

Belum mempunyai pengkhususan kerja

d)

Masih mengamalkan sistem barter

10.

Zaman Prasejarah telah dibuktikan melalui penemuan artifak, feature dan ekofak.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekofak?

a)

hasil tinggalan struktur bangunan yang tidak dapat diubah

b)

tinggalan lukisan di dinding gua

c)

hasil tinggalan kapak, pinggan dan pisau

d)

tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan

11.

Maklumat berikut menggambarkan ciri kehidupan masyarakat zaman Logam

  • Mencipta perahu
  • Meneroka lautan

Apakah kesan kehidupan tersebut?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Perkembangan ajaran agama

c)

Penubuhan tentera laut

d)

Peningkatan kegiatan perdagangan maritim

12.

Senarai berikut berkaitan dengan tokoh yang memberikan definisi tentang konsep tamadun

  • Richard Sullivan
  • Syed Naquib al-Attas

Apakah definisi mereka tentang konsep tamadun?

a)

Pencapaian unsur rohaniah

b)

Perkembangan kegiatan ekonomi

c)

Peningkatan penulisan

d)

Pembangunan lahiriah

13.

Madana berasal daripada perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan tamadun.

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Kemajuan ekonomi

b)

Kepentingan lahiriah

c)

Kesejahteraan hidup

d)

Ketinggian budi bahasa

14.

Ibn Khaldun berpendapat kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun.

Bagaimanakah kehidupan tersebut terbentuk?

a)

Ketegasan undang-undang

b)

Kewujudan semangat kerjasama

c)

Kemajuan aktiviti perdagangan

d)

Kecekapan sistem pemerintahan

15.

Mengapakah kemunculan petempatan kekal merupakan satu ciri penting kemunculan tamadun?

a)

Mewujudkan corak hidup sistematik

b)

Menjamin kestabilan politik

c)

Mengharmonikan masyarakat

d)

Mengeratkan hubungan luar

16.

Dalam tamadun awal manusia, seseorang pemimpin biasanya menggunakan unsur magis.

Mengapakah pemimpin tersebut berbuat demikian?

a)

Mendapatkan pengiktirafan sebagai pemimpin

b)

Memantapkan sistem kepercayaan

c)

Menjamin kemakmuran masyarakat

d)

Memudahkan hubungan luar

17.

Maklumat berkaitan dengan ciri tamadun awal manusia

  • Peningkatan jumlah penduduk
  • Masyarakat bersusun lapis
  • Mengatur cara hidup

Apakah ciri tamadun tersebut?

a)

Pengkhususan pekerjaan

b)

Kehidupan berorganisasi

c)

Kewujudan petempatan kekal

d)

Perkembangan sistem kepercayaan

18.

Peningkatan dalam produktiviti manusia merupakan aspek penting dalam perkembangan sesebuah tamadun.

Apakah kepentingan tersebut?

a)

Penciptaan sistem tulisan

b)

Pembentukan sistem pemerintahan

c)

Permulaan aktiviti perdagangan

d)

Pembinaan insan masyarakat

19.

Konsep politeisme diamalkan dalam tamadun awal manusia.

Apakah konsep tersebut?

a)

Upacara pemujaan semangat

b)

Pemujaan roh nenek moyang

c)

Percaya kehidupan selepas mati

d)

Penyembahan lebih daripada satu tuhan

20.

Maklumat di bawah berkaitan sistem tulisan tamadun awal manusia.

  • Hieroglif
  • Ideogram
  • Cuneiform

Apakah peranan sistem tulisan tersebut?

a)

Menyebarkan ilmu pengetahuan

b)

Memelihara kesejahteraan hidup

c)

Memupuk semangat patriotik

d)

Memantapkan kekuasaan pemerintah

21.

Sesetengah masyarakat dalam tamadun awal manusia menganggap unsur alam sekitar harus dihormati.

Mengapakah mereka beranggapan demikian?

a)

Meningkatkan produktiviti

b)

Menjaga keamanan hidup

c)

Mengekalkan keharmonian masyarakat

d)

Mematuhi arahan pemerintah

22.

Zaman Prasejarah

Paleolitik

Mesolitik

Logam

Bagaimanakah sejarawan mengkaji kehidupan manusia zaman tersebut?

a)

Mengkaji sistem tulisan

b)

Berdasarkan sumber arkeologi

c)

Mengikut pendapat sejarawan Barat

d)

Berlandaskan daripada rekod purba

23.

Artifak Tembikar Tanah telah dijumpai di Gua Musang Kelantan

Maklumat di atas merujuk kepada Zaman

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

24.

Apakah ciri alatan batu Zaman Neolitik?

a)

Lebih kasar

b)

Berasaskan logam

c)

Kegunaan terhad

d)

Kepelbagaian fungsi

25.

Apakah kesan penciptaan perahu oleh manusia Zaman Logam

a)

Penerokaan lautan

b)

Peningkatan hasil dagangan

c)

Pembinaan pelabuhan moden

d)

Perkembangan perdagangan maritim

26.

Maklumat di bawah merujuk kepada bandar purba

  • Jericho di Jordan
  • Catal Huyuk di Turki

Apakah persamaan bandar tersebut?

a)

Pernah dijajah Rom

b)

Mempunyai kota pertahanan

c)

Pusat pengajian agama Buddha

d)

Merupakan pelabuhan entrepot

27.

Senarai berikut merujuk kepada sarjana Barat

# Darcy Riberio

# R.A Buchanan


Apakah konsep tamadun mengikut pandangan tokoh tersebut?

a)

Pencapaian lahiriah

b)

Pembangunan rohaniah

c)

Peningkatan tahap moral

d)

Pembentukan kepercayaan

28.

Maklumat berikut merujuk kepada seorang tokoh cendikiawan.


X

Menghasilkan karya Muqaddimah Menganggap kehidupan bandar adalah kehidupan bertamadun

X merujuk kepada

a)

Ibn Khaldun

b)

Darcy Riberio

c)

Richard Sullivan

d)

Syed Naquib al-Attas

29.

Rajah menunjukkan proses pembentukan tamadun awal manusia


Apakah kesan kewujudan petempatan kekal tersebut?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Peningkatan sumber makanan

c)

Perluasan kawasan pemerintahan

d)

Perkembangan aktiviti perdagangan

30.

Apakah golongan paling atas dalam organisasi sosial masyarakat tamadun awal?

a)

Pendeta

b)

Pedagang

c)

Bangsawan

d)

Sasterawan

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan politeisme?

a)

Menyembah satu tuhan

b)

Menganggap raja sebagai tuhan

c)

Memuja roh dan semangat alam

d)

Mempercayai lebih daripada satu tuhan

32.

Senarai berikut merujuk kepada sistem tulisan awal

# Hieroglif

#Ideogram

# Cuneiform

Apakah kepentingan sistem tulisan tersebut?

a)

Menyimpan rekod pentadbiran

b)

Merekodkan hal-hal keagamaan

c)

Meningkatkan penulisan karya sastera

d)

Mengukuhkan kedudukan golongan bangsawan

33.

Maklumat berikut merujuk kepada penempatan awal zaman prasejarah di Tanah Melayu

# Lenggong

# Kota Tampan

# Tingkayu


Penempatan tersebut wujud pada zaman

a)

Logam

b)

Neolitik

c)

Mesolitik

d)

Paleolitik