wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Syafiq Iyad sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

a)

tajam

b)

kasar

c)

kesat

d)

tumpul

2.

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Latar Jarum itu.

a)

Indah

b)

Kelam

c)

Suram

d)

Sayup

3.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
4.

Pokok rambutan di hadapan halaman rumah Adam Fitri berbuah ____________.

a)

penuh

b)

besar

c)

harum

d)

lebat

5.

Baju Haffizan Hakim sudah ________kerana kerap dipakainya.

a)

Uzur

b)

lusuh

c)

layu

d)

kelam

6.
Nyatakan bau tempat ini.
a)
wangi
b)
hapak
c)
busuk
d)
harum
7.

Terdapat banyak lalat yang berterbangan ________ di kawasan sampah sarap itu.

a)

jauh

b)

sempit

c)

hampir

d)

sebelah

8.

Bunga ros yang berwarna ______ sering dihinggap oleh lebah untuk mendapatkan madunya.

a)

merah

b)

jingga

c)

hitam

d)

biru

9.

Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.

a)

sangsi

b)

hairan

c)

kagum

d)

kaget

10.

Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.

a)

laju

b)

deras

c)

kencang

d)

pantas

11.

Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.

a)

keras

b)

liat

c)

empuk

d)

lembut

12.

"Bilik tidur abang kamu ________," kata Pave kepada Karthik.

a)

sungguh selerak

b)

sungguh teramat selerak

c)

paling selerak

d)

paling sungguh selerak

13.

Danish merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.

a)

paling amat lewat

b)

paling-paling lewat

c)

paling lewat

d)

paling teramat lewat sekali

14.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
15.

Zikri Muadz _______ dengan anaknya itu.

a)

sungguh amat sayang

b)

paling amat sayang

c)

sungguh sayang

d)

teramat sayang sekali

16.

"__________ masakan ibu malam ini," puji Elya kepada ibunya.

a)

Sedap benar

b)

Sungguh sedap sekali

c)

Paling sedap sekali

d)

Benar-benar sedap

17.

Suasana di padang bola itu begitu __________ dengan sorakan para penonton.

a)

gah

b)

serak

c)

riuh

d)

lengang

18.

Bilik tidur Raja Hazreen kelihatan _________ dan ________ kerana dia sentiasa mengemaskan bilik tidurnya.

a)

comot ...... bersih

b)

lawa .... semak

c)

elok ..... lapang

d)

kemas .... bersih

19.

Tumisan sambal ibu Azrai menghasilkan _________ yang menyelerakan.

a)

bauan

b)

wangian

c)

aroma

d)

sedutan

20.

Muhaimin duduk _______________ dengan kawan baiknya, Azim apabila makan di kantin.

a)

jauh

b)

rapat

c)

sempit