Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah SPM-kuiz 6

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Harappa dan Mohenjo Daro merupakan contoh bandar terancang dalam Tamadun Indus.


Apakah faktor yang mendorong pembinaan bandar tersebut?

a)

Kemahiran ilmu geometri

b)

Kegiatan bidang keagamaan

c)

Kejayaan kegiatan penerokaan

d)

Keluasan kawasan pemerintahan

2.

Apakah kepentingan kalendar yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Shang?

a)

Meraikan hari kelahiran

b)

Menentukan musim menuai

c)

Mengesahkan pelantikan raja

d)

Menetapkan tarikh berperang

3.

Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih Huang Ti pada kurun ke-3 SM.

Apakah tujuan tembok tersebut di bina?

a)

Mengatasi bencana alam

b)

Memenuhi tuntutan rakyat

c)

Menentukan sempadan negeri

d)

Menjamin keselamatan wilayah

4.

· Sukan

· Kesusasteraan

· Seni berpidato

Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?

a)

Menanam sikap berani

b)

Melatih pemimpin tempatan

c)

Melahirkan individu seimbang

d)

Mengukuhkan semangat patriotisme

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.


Ø Menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.


Apakah faktor kejayaan tersebut?

a)

Membuka kawasan baru

b)

Membina sistem pengairan

c)

Membawa masuk buruh luar

d)

Menggunakan tanaman bergilir

6.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan orde kosmos dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

Pertabalan raja

b)

Pemerintahan demokrasi

c)

Pembinaan kompleks kota

d)

Pentadbiran oleh pembesar

7.

# Berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib


Maklumat di atas berkaitan dengan perang al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah.


Apakah faktor peperangan tersebut berlaku?

a)

Pembunuhan anggota kabilah

b)

Perebutan harta rampasan perang

c)

Perselisihan tentang hak perniagaan

d)

Pencerobohan kawasan petempatan

8.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.


Ø Al-Arqam Bin Abu Arqam


Apakah sumbangan yang dimaksudkan?

a)

Mengumpul ayat al-Quran

b)

Mengetuai hijrah ke Habsyah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah

d)

Menyampaikan maklumat kegiatan musuh

9.

A: Kita telah berjaya membantu Bani Bakar menentang Bani Khuza’ah

B: Betul. Tapi kita telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.


Apakah kesan tindakan di atas?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Penduduk Madinah terancam

c)

Pembukaan semula kota Makkah

d)

Penghijrahan ke Habsyah terhalang

10.

Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.

Antara berikut, yang manakah yang berkaitan dengan mereka?

a)

Diwajibkan menyertai kerahan tenaga

b)

Dikenakan bayaran cukai tambahan

c)

Ditugaskan membina sistem pengairan

d)

Dilantik mengetuai pentadbiran kerajaan

11.

# Memajukan sistem pertahanan

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.


Apakah kemajuan sistem pertahanan yang dimaksudkan?

a)

Mewujudkan pasukan tentera tetap

b)

Membina penempatan tentera

c)

Menubuhkan angkatan tentera laut

d)

Melantik panglima tentera sebagai gabenor

12.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?

a)

Seni tari

b)

Seni bina

c)

Seni lukis

d)

Seni teater

13.

# John Crawford

# Snouck Hurgronje

# Emanuel Gadinho Eredia


Persamaan tokoh tersebut tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah melalui

a)

Perkahwinan

b)

Pemerintah

c)

Penaklukan

d)

Perdagangan

14.

Tokoh : Bendahara Tun Perak

Negeri : Melaka

Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Bagaimanakah beliau melaksanakannya?

a)

Mendirikan pusat pengajian

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menterjemahkan kitab agama

d)

Mengislamkan golongan pemerintah

15.

# Maulana Jalaludin

# Maulana Abu Bakar

# Makhdum Sadar Jahan

Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan tokoh tersebut?

a)

Meluluskan sistem perundangan

b)

Menetapkan istiadat diraja

c)

Mengetuai utusan perang

d)

Menasihati pemerintah

16.

Mengapakah institusi Baitul Mal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menguruskan harta kerajaan

c)

Mengendalikan adat istiadat istana

d)

Menentukan bidang tugas pembesar

17.

Pada kurun ke-15, Sepanyol dan Portugal bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di luar Eropah.


Apakah kesan persaingan tersebut?

a)

Pemantapan kerjasama ketenteraan

b)

Perkongsian pelabuhan entreport

c)

Pengukuhan institusi keagamaan

d)

Pembahagian kawasan pengaruh

18.

Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada kurun ke-15?

# Peru

# Mexico

a)

Pemerintahan tradisional dikekalkan

b)

Kemusnahan tamadun tempatan

c)

Taraf hidup masyarakat berkembang

d)

Perdagangan antarabangsa meningkat

19.
Mengapakah tamadun awal dunia terbentuk di kawasan lembah sungai?    
a)
Kepercayaan nenek moyang
b)
Kemudahan pemujaan
c)
Keselamatan terjamin 
d)
Kesuburan tanah
20.
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China?    
a)
Menunjukkan ketinggian seni bina 
b)
Menghalang penghijrahan penduduk 
c)
Melaksanakan pemerintahan secara autokratik
d)
Mempertahan empayar daripada serangan musuh 
21.

Gambar menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar Chiina. Mengapakah tembok tersebut dibina?

a)

Menandakan sempadan negeri

b)

Menjamin keselamatan wilayah

c)

Menjadi benteng penghalang banjir

d)

Melambangkan keagungan kerajaan

22.

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?

a)

Kebebasan mengamalkan sebarang agama

b)

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi

c)

Kesejahteraan semua lapisan rakyat

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

23.

Perubahan dalam sistem pemerintahan di Rom, mengapakah perubahan sistem beraja kepada Republik?

a)

pengenalan birokrasi Barat

b)

pemberontakan masyarakat

c)

kebangkitan golongan intelektual

d)

bangsawan menggantikan Raja

24.
Kerajaan Funan berubah dari sebuah Kerajaan Agraria kepada Kerajaan Maritim
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
a)
Kekuatan Tentera
b)
Perluasan Empayar
c)
Kemajuan Pelabuhan
d)
Pertambahan Penduduk
25.
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik orang Kristian untuk memeluk Islam.
Mengapakah orang Kristian berminat memeluk Islam?
a)
memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
b)
mengutamakan kemewahan didalam kehidupan
c)
memperkuat kedudukan sesuatu bangsa
d)
menjamin kemuliaan keturunan
26.
Dalam sistem pemerintahan Tamadun Mesopotamia raja dianggap sebagai Tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Apakah sistem pemerintahan tersebut?  
a)
Tirani
b)
Oligarki  
c)
Teokrasi  
d)
Monarki 
27.
Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Kutei di Sumatera? 
a)
Perintah raja
b)
Agama Buddha  
c)
Undang-undang  
d)
Salasilah raja  
28.

Dua kepercayaan masyarakat Cina pada hari ini.

a)

mandat daripada Tuhan

b)

kehidupan selepas mati

c)

Yin dan Yang

d)

Feng Hsui

29.

Gambar berikut menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja. Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut?

a)

Sebagai pusat kegiatan perdagangan

b)

Menjadi pusat pentadbiran

c)

Lambang penguasaan alam semesta

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan Negara

30.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?

a)

Keturunan baginda dihormati

b)

Memiliki kebijaksanaan

c)

Berpengalaman luas

d)

Sentiasa dipercayai

31.

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?

I Perbezaan kepercayaan

II Prinsip perjuangan berbeza

III Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’

IV Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Apakah kepentingan tulang oracle dalam tamadun China?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Peningkatan status masyarakat

c)

Pengenalan sistem perundangan

d)

Peralatan untuk berperang

33.
Mengapakah tamadun awal dunia terbentuk di kawasan lembah sungai?    
a)
Kepercayaan nenek moyang
b)
Kemudahan pemujaan
c)
Keselamatan terjamin 
d)
Kesuburan tanah
34.
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China?    
a)
Menunjukkan ketinggian seni bina 
b)
Menghalang penghijrahan penduduk 
c)
Melaksanakan pemerintahan secara autokratik
d)
Mempertahan empayar daripada serangan musuh 
35.
Apakah aspek yang ditekankan oleh Gereja Katolik pada zaman Pertengahan di Eropah?    
a)
Pembelajaran ilmu akhirat 
b)
Penerokaan wilayah baru 
c)
Pengukuhan institusi keluarga 
d)
Penguasaan kegiatan perdagangan
36.
Apakah tugas Buapak  dalam sistem pemerintahan Adat Pepatih di Negeri   Sembilan?  
a)
Mengetuai  luak
b)
Mentadbir daerah 
c)
Melantik anak buah
d)
Menyelesaikan masalah
37.

API / AWAS / BATAS

Apakah persamaan persatuan2 diatas?

a)

Sokong Malayan Union

b)

Bantah Malayan Union

c)

Sokong Persekutuan Tanah Melayu

d)

Bantah Persekutuan Tanah Melayu

38.

Sebab British Gantikan Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah Melayu

a)

Akur tuntutan golongan radikal

b)

Memenuhi desakan orang dagang

c)

Pertambahan bilangan kaum imigran

d)

Sebab kekuatan perpaduan orang Melayu

39.

Dibawah ialah Ciri – ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali....

a)

Sebuah persekutuan dibentuk dengan 11 buah negeri

b)

PTM diketuai Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Sistem pemerintahan berbentuk monarki

d)

Pesuruhjaya Tinggi British jaga kedudukan istimewa orang Melayu

40.

Salah satu faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ( PTM 1948 ) ialah....

a)

mematuhi Perjanjian Tordesilas

b)

gesaan Piagam Atlantik 1945

c)

penubuhan Suruhanjaya Reid

d)

British menyerah kalah kepada Jepun