NEW
Font size
WorksheetsKuiz BM Simpulan Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kumar menjadi __________ pasukan sekolahnya dalam perlawanan hoki pada petang itu.
anak didik
ayam tambatan
kaki ayam
anak emas
Pegawai tentera yang _____________ itu telah dihukum penjara seumur hidup.
bertegang leher
berat sebelah
berpaling tadah
pisau cukur
Puan Zarima sentiasa _______________ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab itu.
makan dalam
makan hati
makan suap
makan ulam
Sejak Encik Razli jatuh sakit, keluarganya terpaksa ______________.
makan hati
makan suap
tangan panjang
ikat perut
Dia dan keluarganya ____________ apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.
angkat kaki
langkah seribu
berpatah arang
berpaling tadah
Hazlin ___________ apabila melihat pelbagai jenis baju yang dijual di kedai itu
ada hati
sakit mata
rambang mata
sejuk mata
Pegawai keselamatan itu menuduh kami dengan _____________ tanpa menyiasat terlebih dahulu.
membabi buta
buta fikiran
hentam sahaja
buta hati
Pak Samad yang ________________ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
manis mulut
bongkok sabut
kering hati
hati muda
Sikap Udin yang suka ________________ itu menyebabkan dia tidak disukai kawan-kawannya.
angkat mata
angkat kaki
angkat diri
angkat sumpah
Farah tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah ______________________.
hutang darah
naik darah
hisap darah
mabuk darah
Encik Saiful hidup senang hasil ________________nya berbakti kepada tanah.
titik peluh
makan suap
jalan buntu
kacang hantu
Kecemerlangan Ana dalam peperiksaan telah menjadi _____________ orang kampungnya.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah fikiran
Wani mengambil sikap _________________ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
atas pagar
pilih kasih
hentam kromo
berpeluk tubuh
Bakul-bakul ini adalah _______________ orang-orang yang cacat penglihatan.
ringan tangan
buah tangan
bekas tangan
dalam tangan
Jangan bersikap _________________ ketika mengadili sesuatu permainan.
buruk sangka
buruk siku
berat sebelah
baik hati
Sejak Izham berpisah dengan _____________nya dia asyik termenung sahaja.
puteri lilin
anak buah
ibu pertiwi
mata air
Ayah membayar ____________________ sebanyak RM10,000 untuk membeli sebuah kereta Proton X70.
buah tangan
wang hantaran
wang muka
wang syiling
Malik menanam sayur di tanah yang luasnya hanya _______________ di hujung kampung untuk menyara keluarganya.
sekangkang kera
retak seribu
sehelai sepinggang
sebatang kara
Nenek Limah tinggal _________________ di pondok kecilnya itu.
sekangkang kera
isi perut
patah kandar
sebatang kara
Siti Fatimah __________________ apabila Cikgu Faten memujinya seorang pengawas yang bertanggungjawab.
senyum kambing
senyum simpul
senyum tawar
senyum sumbing
