Font size
WorksheetsLATIH TUBI BAHAGIAN A SEM 2 PENGAJIAN AM
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara diukur berdasarkan kualiti hidup rakyat.
Pilih empat langkah kerajaan dalam membina negara maju dan sejahtera.
membina ekonomi berasaskan pengetahuan
mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti
mengeratkan perpaduan kaum
mentrasformasikan pendidikan
mengelakkan amalan politik perkauman
pilih tiga matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) dalam merealisasikan potensi pertumbuhan negara
menjana pekerjaan yang berpendapatan tinggi
menggalakkan kemasukan pelaburan asing
menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan
menggalakkan keterangkuman
Pilih 3 faedah yang akan dinikmati oleh komuniti perniagaan melalui Program Transformasi kerajaan.
menarik pelabur asing
pembinaan insfarastruktur yang lengkap
pengurangan kadar kemiskinan
peningkatan kualiti kerja
Pilih 4 strategi yang dilaksanakan melalui Dasar Pandang ke Timur yang bertujuan membawa perubahan struktur dalam sektor awam.
budaya tunduk tanda hormat
Fail meja dan manual prosedur kerja
konsep pejabat terbuka
penggunaan tanda nama
kad perakam waktu kerja
Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi adalah untuk menangani isu yang dihadapi oleh negara dalam hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti
pilih 4 isu yang dihadapi oleh Malaysia.
Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekitaan
Negara Perindustrian
Keadilan ekonomi dan sosial
Moral dan etika
Dalam pelaksanaan Dasar Sogososha , taraf sogoshosha boleh dicapai apabila sesebuah syarikat perdagangan memenuhi ciri-ciri penting
pilih 3 ciri penting ini
Mempunyai rangkaian antarabangsa,
Mengendalikan barang dagangan yang banyak
Menguasai syarikat multinasional
Memainkan peranan utama dalam bidang perdagangan luar.
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara memerlukan pertambahan hasil pendapatan melalui daya pengeluaran sektor awam dan juga swasta
Pilih 4 strategi bagi mencapai matlamat Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.
Membaiki sistem dan organisasi
Mengguna teknologi yang sesuai
Menerap nilai-nilai baharu yang positif
Memperkasa penguatkuasaan undang-undang
Menggubal dasar-dasar baharu
DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA
* Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad pada September 1982
* Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk pada tahun 2100
pilih 4 kesan positif pelaksanaan dasar tersebut.
Kuasa beli rakyat semakin meningkat
Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi
Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
Mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing
Pertahanan negara yang kuat
DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA
*Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad pada September 1982
*Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk pada tahun 2100
pilih 4 implikasi negatif pelaksanaan dasar tersebut
Kekurangan peluang pekerjaan
Masalah perumahan
Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar
Peningkatan masalah sosial
Berlaku migrasi penduduk ke luar negara
pilih 4 kepentingan negara maju dan sejahtera kepada rakyat.
Memberikan kehidupan rakyat yang selesa.
Memberikan kehidupan yang aman
Meningkatkan pendapatan rakyat.
Memberikan kestabilan politik kepada masyarakat
Meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pilih 4 kesan apabila prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara kurang dihayati dalam kalangan masyarakat.
Keharmonian hidup rakyat terjejas
Berleluasanya masalah sosial.
Meningkatnya kadar jenayah
Meruntuhkan jati diri rakyat
Berlakunya pergaduhan kaum
pilih 4 faedah Dasar Kependudukan Negara 70 juta kepada negara.
Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
Pasaran tempatan yang luas
Pertahanan negara yang kukuh
Meningkatkan daya pengeluaran negara
Meningkatkan daya saing negara
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan beberapa bidang utama untuk dicapai.
Pilih 4 bidang yang betul.
Memartabatkan profesion keguruan.
Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Menambah baik sistem bantuan kepada murid miskin
Meningkatkan kualiti sekolah.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
Pilih 4 matlamat Dasar Sukan Negara diperkenalkan.
Menyediakan peluang dan kemudahan sukan
Membentuk masyarakat yang sihat berdisiplin dan bersatu padu
Meningkatkan imej negara melalui penyertaan dalam sukan antarabangsa
Membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan
Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen
Pilih 4 bidang yang berpotensi memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE).
Minyak, gas dan tenaga
Minyak sawit
Perkhidmatan kewangan
Insurans dan takaful
Pelancongan
Pilih 4 nilai yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional
Amanah
Bersyukur
Adil
Benar
Akauntabiliti
Teras strategi ke dua dalam Rancangan Malaysia ke 10 : Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Pilih 4 pendekatan yang diperkenalkan untuk melaksanakan strategi yang ke dua.
Mewujudkan ekonomi diterajui
Perkongsian Awam dan Swasta
Pertumbuhan dipacu inovasi
Membina infrastruktur bertaraf dunia
Membangunkan SME sebagai tonggak ekonomi
Pilih 4 alasan yang menunjukkan berlakunya pembangunan sosial di Malaysia
Peningkatan jumlah pekerjaan
Peningkatan kemudahan kesihatan
Peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti
Peningkatan kemudahan infrastruktur
Peningkatan kadar celik ICT
Pilih 4 cabaran Malaysia untuk mencapai status negara maju.
Pembentukan satu negara Bangsa Malaysia
Negara perindustrian
Keadilan ekonomi dan sosial
Moral dan integriti
Pembangunan masyarakat berasaskan kekeluargaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengariskan enam ciri yang perlu dimiliki oleh setiap murid agar mampu bersaing di peringkat global.
Pilih 4 ciri yang betul.
Berpengetahuan
Mempunyai kemahiran berfikir
Berkemahiran memimpin
Berkemahiran dwibahasa
Beridentiti Malaysia
Pilih 4 manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara kepada rakyat di negara ini.
Peningkatan tahap kesihatan
Pengisian masa lapang dengan aktiviti yang sihat
Peluang kerjaya
Peningkatan daya saing individu
Peluang perniagaan berasaskan produk sukan
Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai agenda penting dalam beberapa dasar negara.
Pilih 4 dasar tersebut.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Sogososha
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Integrasi Nasional
Pilih 4 faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)
Meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi kesejahteraan alam sekitar
Menarik kemasukan ramai pelancong asing untuk menikmati keindahan semula jadi
Menikmati alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.
Mendapat faedah daripada Program Bandar Lestari
Menikmati cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari
Pilih 3 cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara.
Memastikan keharmonian negara berkekalan
Memastikan perpaduan negara terus utuh
Memastikan kontrak sosial terus dipegang
Memastikan tiada jurang ekonomi antara kaum
Pilih 4 cara rakyat Malaysia dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara dalam kehidupan harian.
Rakyat hendaklah memahami latar belakang pembentukan Perlembagaan Malaysia
Rakyat perlu merujuk kepada perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian
Rakyat mestilah mematuhi peruntukan perlembagaan
Rakyat menjaga dan memelihara Keluhuran/ ketertinggian Perlembagaan
Rakyat sentiasa menghormati institusi beraja
Pilih 4 usaha rakyat untuk memakmurkan masyarakat yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Mewujudkan daya keusahawanan yang tinggi
Menggunakan teknologi tinggi
Menyelesaikan masalah dengan rasional
Menarik kemasukan pelabur asing
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Pilih 4 usaha membangunkan modal insan bagi negara maju.
Memperkasa pendidikan awal kanak-kanak mengikut acuan negara maju
Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran
Mentransformasi TVET (Pendidikan Teknik vokasinal dan latihan) untuk memenuhi permintaan industri
Menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi
Pilih 4 tujuan dasar negara digubal
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
Mengatasi masalah atau krisis
Menunjukkan bahawa kerajaan melaksanakan tanggubjawabnya
Panduan bagi mencapai objektif yang ditetapkan
Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikan
Pilih 3 langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperkukuh penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.
Menubuhkan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah
Mewajibkan pembacaan Rukun Negara ketika perhimpunan rasmi sekolah
Menubuhkan Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti.
Meningkatkan kesedaran melalui pelaksanaan pelbagai program
Pilih 4 cabaran yang dihadapi dalam menjayakan Rancangan Malaysia ke-10
Menguruskan hutang
Mengurangkan defisit negara
Memantapkan tadbir urus
Meningkatkan kreativiti dan inovasi
Meningkatkan daya saing negara
Antara langkah kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 adalah melalui penswastaan. Bagi mencapai sasaran ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor swasta berperanan memacu pertumbuhan ekonomi Negara.
Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan?
(a)
Pilih 4 matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan
Meringankan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai terhadap sektor swasta
Meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti
Mengagihkan sumber-sumber yang ada secara cekap
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat
Pilih 4 petunjuk prestasi utama bidang kesihatan bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
Penduduk memiliki kualiti hidup yang tinggi
Pembangunan prasarana kesihatan yang berkualiti disediakan
Kesedaran untuk memiliki insurans kesihatan
Tahap kesihatan yang tinggi
Angka kematian penduduk yang rendah
Pilih 4 kesan pengamalan prinsip Rukun Negara yang pertama kepada masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama
Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama
Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat
Memupuk masyarakat yang mengamalkan politik matang
Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama yang songsang
Pilih 4 sebab kerajaan membentuk dasar awam.
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
Mengurangkan kos pengurusan / pentadbiran
Meningkatkan ekonomi negara
Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikkan
Meletakkan asas pentadbiran negara
Pilih 4 inisiatif pembaharuan strategik Model Baru Ekonomi (MBE)
Menyubur peranan sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi
mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing
memperkukuhkan sektor awam
membina infrastruktur berasaskan pengetahuan
membangunkan modal insan berkualiti
Pilih 4 objektif Dasar Sosial Negara
Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
Mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja
Menjana sinergi multi sektor.
Pilih 4 pendekatan yang digunakan untuk membasrai kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
Meningkatkan peluang pekerjaan baharu
Memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang berdaya saing
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai
Senaraikan 4 komponen yang diambil kira dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM)
Pendidikan
Perumahan
Keselamatan awam
Kesihatan
Pelancongan
Pilih 4 strategi untuk menjayakan Dasar Sains Dan Teknologi Nasional ke-2.
Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan
Mendapatkan bantuan teknologi moden daripada negara maju
Membangunkan modal insan dalam sains dan teknologi
Memanggil balik saintis Malaysia di luar negara
Mewujudkan budaya sains, inovasi dan keusahawanan teknologi di Malaysia
Pilih 4 usaha kerajaan dalam memperkukuhkan Dasar Perindustrian Negara.
Menggalakkan pelaburan tempatan dalam projek mega
Mengoptimumkan peranan PKS
Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
Mengadakan usahasama dengan pelabur asing
Memberi pelbagai insentif
Pilih 4 kepentingan rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip ketiga Rukun Negara iaitu keluhuran perlembagaan.
Menghormati perlembagaan
Menjadi sumber rujukan
Memberi perlindungan kepada rakyat
Menghormati perkara yang tidak boleh dipersoalkan
Menghormati Yang Dipertuan Agong.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengenal pasti enam aspirasi setiap murid perlu ada bagi memastikan mereka dapat bersaing di peringkat global.
Pilih 4 daripada aspirasi tersebut.
Pengetahuan
Kemahiran mengendalikan program
Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Pilih 4 cita-cita yang ingin dicapai berdasarkan Rukun Negara.
memelihara satu cara hidup yang demokratik
mencapai perpaduan erat dalam kalangan masyarakat
mencapai kematangan dalam berpolitik
mencipta satu masyarakat yang adil
menjamin satu cara hidup yang liberal
Pilih 4 tonggak dalam Dasar Teknologi Hijau Negara.
Tenaga – mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga
Alam sekitar – memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi – meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi
Pembangunan - meningkatkan pembangunan lestari
Social – meningkatkan kualiti hidup untuk semua
Pilih 4 koridor pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan negara.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Koridor Pembangunan Tenaga Sarawak (SCORE)
Koridor Iskandar Malaysia (WPI)
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Koridor Raya Multimedia Cyberjaya
Pilih 4 cara bagaimana menerapkan prinsip kedua ideologi negara dalam amalan kehidupan seharian.
Mengutamakan kepentingan negara berbanding peribadi
Sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan raja-raja sebagai ketua negara
Sentiasa menjaga imej negara
Sentiasa mematuhi arahan pihak polis
Menghormati lambang-lambang negara
Pilih 4 kesan penting kerajaan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi)
Mewujudkan tenaga kerja berpengetahuan
Menarik kemasukan pelabur asing
Menggalakkan peranan sektor swasta
Meningkatkan kecekapan sektor awam
Penstrukturan semula sistem kewangan
Rancangan Fizikal Negara bertujuan merasionalisasikan perancangan spatial negara untuk mencapai ekonomi yang efisien dan berdaya saing global.
Pilih 4 implikasi hasil perancangan tersebut.
Pewujudan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan Kawasan Pertanian Utama
Pewujudan kawasan perbandaran yang pesat dengan penduduk dan industri
Pengurusan sumber akuatik yang mapan dan komprehensif
Pewujudan rangkaian pengangkutan komprehensif
Peningkatan penggunaan teknologi hijau
Pilih 4 petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
Tingkat pendidikan penduduk tinggi
Tingkat pendapatan penduduk tinggi
Dapat mengatasi masalah perumahan
Tingkat kesihatan tinggi
Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
Pilih 4 objektif penggubalan Rukun Negara.
Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
Untuk mencapai perpaduan lebih erat
Untuk memelihara cara hidup demokratik
Untuk membina masyarakat yang mementingkan sains dan teknologi
Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Pilih 4 daripada lapan inisiatif tersebut.
Memperkukuhkan sektor awam
Meneroka pasaran baharu
Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
Meningkatkan sumber pertumbuhan
Memastikan pertumbuhan yang mapan
Pilih 4 Teras Strategik yang terdapat dalam Rancangan Malaysia ke 10.
Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempergiatkan kualiti hidup.
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
Meningkatkan usahasama dengan negara-negara besar dunia
Pilih 4 cabaran terhadap kepercayaan agama dan amalannya dalam kalangan rakyat di negara ini.
Ajaran sesat
Ekstremis agama
Jenayah kebencian agama
LGBT
Kemerosotan budaya dan moral
Pilih 4 rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
Meningkatkan aset kerajaan
Meminimumkan kesan kepada rakyat
Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Defisit negara lebih terurus
Lebihan perbelanjaan dapat disalurkan untuk pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti
Pilih 4 faktor yang diambil kira dalam menentukan strategi pembangunan sains dan teknologi yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik.
Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
Berdikari
Maklumat sains dan teknologi
Kecanggihan peralatan moden
Pilih 4 kesan kepada negara jika prinsip kelima Rukun Negara tak diamalkan.
Imej negara tercemar
Kewujudan golongan murtad
Keamanan negara terjejas
Perpaduan negara terancam
Alam sekitar negara tercemar
Pilih 4 isu berkaitan cabaran untuk mewujudkan negara maju.
Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
Negara perindustrian
Moral dan etika
Kestabilan politik
Keadilan ekonomi dan sosial
Pilih 4 langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara.
Mengawal ketat perbelanjaan mengurus dan pembangunan
Meningkatkan kemasukan pelabur asing
Memberi insentif kepada pengusaha industri
Mengawal mata wang
Memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Pilih 4 kriteria masyarakat Malaysia yang dapat dibentuk berdasarkan Rukun Negara.
Masyarakat yang bersatu padu
Masyarakat yang hidup harmoni walaupun berbeza fahaman politik
Masyarakat yang memelihara satu cara hidup demokratik
Masyarakat progresif yang dapat menggunakan sains dan teknologi moden.
Masyarakat yang bersikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
