WorksheetsAYAT SAMA MAKSUD PT3
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.
Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.
Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.
Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.
Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.
Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.
Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.
Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.
Sungai–sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.
Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
Sikap manusia yang sering–mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai sungai sentiasa tercemar.
Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar.
Berkotak–kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.
Dengan menaiki kapal terbang, kotak–kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.
Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba
Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.
Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham.
“Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.
“Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.
“Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar.
Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.
Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.
Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik.
Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum tercemar.
Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang.
Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
