NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu ( Tatabahasa ) 40 SOALAN
Total questions: 40
Worksheet time: 39mins
Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.
A di
B pada
C ke
D dari
“Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok
rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
A sebatang
B sebilah
C sebuah
D sekeping
_______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu.
A Aku
B Saya
C Awak
D Anda
“Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah disiapkan tadi”, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A kalian
B kamu
C anda
D kita
Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.
A perlahan
B pantas
C cepat
D laju
Suara juruhebah itu kurang ____________ .
A jelas
B gopoh
C kasar
D kuat
Sazali, Kamal dan Yahya berlatih menyanyi sambil __________alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
A bermain
B permainan
C memainkan
D memetik
Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________ bas yang ada di hadapannya.
A melanggar
B menyelit
C memotong
D menyusup
Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
A pada
B dari
C kepada
D daripada
Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.
A bagi
B untuk
C kepada
D daripada
Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.
A oleh
B hingga
C sambil
D supaya
Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana
dikejar oleh anjing.
A sambil
B dengan
C seraya
D dan
“Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.
A harus
B dapat
C boleh
D hendak
Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.
A setiap
B beberapa
C sebilangan
D sebahagian
Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya.
A amat
B benar
C nian
D agak
Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A jua
B hanya
C sahaja
D memang
Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.
A bawah
B tengah
C atas
D tepi
Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga RM15,000.
A terlaris
B terbaru
C terbuang
D terpakai
Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.
A lauk-pauk
B kuih-muih
C sayur-mayur
D buah-buahan
Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.
A sebiji
B sebuku
C sebuah
D sebatang
Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan menggunakan
_____________ tuala.
A sehelai
B secarik
C selembar
D sekeping
Suhaila berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat di rumah seorang diri.
A jauh hati
B berat hati
C besar hati
D berkat hati
Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. sikap Ahmad ________________________.
A bagai menatang minyak yang penuh.
B seperti kacang lupakan kulit
C bagai kaduk naik junjung
D seperti aur dengan tebing.
Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya.
A namun begitu
B selain itu
C walaupun
D sekiranya
Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur.
Perkataan seerti bagi kesempatan ialah
A peluang
B peranan
C kehendak
D kesanggupan
Siput babi makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut.
Perkataan berlawan bagi lembut ialah
A rapuh
B keras
C kenyal
D lembik
__________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu?
Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas
A Apa
B Bila
C Siapa
D Mengapa
Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Saya tidak dengarlah.
B Saya tidak boleh bercakap.
C Saya bercakap dengan kamu tadi.
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.
Di manakah letaknya sekolah kamu ?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Sekolah saya terletak di Kampung Budu, Benta, Pahang.
B Sekolah saya mempunyai empat bangunan.
C Sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
D Sekolah saya sekolah kampung.
Pilih ayat yang betul.
I Perdana Menteri akan melawat ke Kuala Lipis. Beliau dijangka tiba pada pukul 10.00 pagi.
II Ahmad murid yang pintar . Namun demikian, beliau tetap belajar bersungguh-sungguh.
III Puan Zahalina mengajar di SK Lubok Kulit. Beliau telah berkhidmat di sana selama dua tahun.
IV Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.
A I dan II
B III dan IV
C I dan III
D II dan III
Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana masa semakin ________.
A cepat
B suntuk
C lampau
D laju
Rossa _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Hakimah.
A menuliskan
B menyatakan
C menyerahkan
D mengumumkan
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.
A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga
B telinga kuali
C hati terbuka
D lapik perut
Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.
A bersengkang mata
B sekangkang kera
C tebal telinga
D berat mata
Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.
A bauh fikiran
B buah mulut
C curi tulang
D curi hati
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan
B kaki ayam
C gigi hutan
D jejak bara
Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan
B bawa mulut
C buta huruf
D alas perut
Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.
A naik darah
B diam ubi
C kera sumbang
D lipas kudung
Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang
B kaki bangku
C kaki ayam
D kaki botol
