wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Terengganu 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Pengilangan

c)

Pembinaan

d)

Pengangkutan

2.

Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.

Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Hayat perniagaan berterusan

c)

Proses penubuhan rumit

d)

Bebas menguruskan perniagaan

3.

Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?

I. Francaisi perlu membayar fi kepada francaisor

II. Francaisor menyediakan latihan pengurusan kedai

III. Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara bersama

IV. Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?

I. Jumlah keuntungan tahunan

II. Jumlah jualan tahunan

III. Bilangan pekerja tetap

IV. Jumlah modal dilaburkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?

a)

Kedai Perabot Mega

b)

Syarikat Penerbangan Air Asia

c)

Pasar Raya Nirwana

d)

Kilang Kek Merry

6.

Gambar berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan.


Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?

a)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

b)

Mempromosikan aktiviti perniagaan di Malaysia

c)

Membuat penyelidikan dan pembangunan produk

d)

Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?

a)

Pelepasan cukai

b)

Promosi perniagaan

c)

Latihan dan pembangunan

d)

Penggubalan undang-undang

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?

I. Melalui dasar kerajaan

II. Meningkatkan permintaan barang

III. Meningkatkan pengimportan barang

IV. Meningkatkan kadar faedah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Gaya pengurusan yang manakah menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?

a)

Gaya pengurusan sederhana

b)

Gaya pengurusan sokongan

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan SWOT.


Apakah ciri SWOT tersebut?

a)

Peluang

b)

Ancaman

c)

Kekuatan

d)

Kelemahan

11.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

Dicapai dalam jangka masa setahun

c)

Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif jabatan dan fungsian

12.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran masakan kampung.


Apakah ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran D’Kampung?

a)

Realistik

b)

Boleh dicapai

c)

Munasabah

d)

Boleh diukur

14.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Maju Sdn. Bhd. yang mengeluarkan sabun pencuci pakaian.


Hitungkan jumlah hasil Syarikat Maju Sdn. Bhd.?

a)

RM16 000

b)

RM17 000

c)

RM19 000

d)

RM20 000

15.

Syarikat Kayu Jati Sdn.Bhd. terpaksa menilai semula objektif syarikat ketika penularan wabak covid -19.


Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Kewangan

b)

Pemasaran

c)

Demografi

d)

Undang-undang

16.

Maklumat di bawah berkaitan dengan peranan bahagian fungsian X dalam Syarikat Ceria Sdn. Bhd.


Apakah bahagian fungsian x?

a)

Pentadbiran

b)

Pengeluaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Pemasaran

17.

Pernyataan yang manakah tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?

a)

Menyelesaikan masalah pelanggan

b)

Memastikan bahan mentah mencukupi

c)

Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang mencukupi

d)

Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan

18.

Gambar 3 di bawah menunjukkan satu bahagian fungsian dalam sebuah organisasi perniagaan.


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Khidmat Pelanggan

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

19.

Antara yang berikut, organisasi luar yang manakah mempunyai hubungan dan interaksi dengan sesebuah organisasi?

I. Pembekal

II. Kerajaan

III. Peguam

IV. Perunding insurans

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Mengapakah penggunaan e-mel sangat penting kepada sesebuah organisasi?

a)

Meningkatkan komunikasi di kalangan pekerja

b)

Maklumat yang disampaikan lebih tepat

c)

Mengurangkan gangguan dalam penyampaian maklumat

d)

Maklumat perniagaan boleh dihantar dengan mudah dan cepat

21.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan sumber manusia?

I. Kelayakan yang bersesuaian

II. Kecekapan menjalankan tugas

III. Tempat pengajian

IV. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Rajah 1 menunjukkan sejenis struktur organisasi.


Apakah jenis struktur organisasi di atas?

a)

Struktur organisasi berdasarkan produk

b)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

c)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

d)

Struktur organisasi berdasarkan wilayah

23.

Maklumat berikut menunjukkan faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sebuah organisasi.


Apakah faktor penentu sistem penggajian yang diterima oleh En. Zul?

a)

Permintaan dan penawaran buruh

b)

Ganjaran yang dibayar pesaing

c)

Bentuk dan jenis tugas

d)

Kemampuan organisasi

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sumber fizikal dalam sebuah organisasi


Apakah sumber fizikal tersebut?

a)

Produk siap

b)

Stok

c)

Bahan mentah

d)

Produk separuh siap

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan.

Apakah agensi kerajaan tersebut?

a)

MARA

b)

MATRADE

c)

SIRIM

d)

MyIPO

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987?

I. Karya lagu

II. Karya seni

III. Karya muzik

Iv. Karya lirik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?

a)

Sewa beli

b)

Overdraf

c)

Overdraf

d)

Geran Penyelidikan dan Pembangunan

28.

Gambar menunjukkan perbualan antara dua orang peniaga.


Apakah jenis pembiayaan X?

a)

Sewa beli

b)

Pajakan

c)

Pemfaktoran

d)

Syer

29.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kunci Kira-Kira Mouna Enterprise.

Apakah X?

a)

Ambilan

b)

Tunai

c)

Pinjaman

d)

Kenderaan

30.

Jenis pembiayaan manakah sesuai dipilih oleh En. Amin yang ingin membuka gerai menjual jus buah-buahan?

a)

Sewa beli

b)

Pinjaman

c)

Simpanan peribadi

d)

Ar-Rahnu

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 1000 unit produk Y.


Berapakah untung yang diperoleh daripada pengeluaran produk Y sekiranya harga jualan seunit ialah RM50?

a)

RM17 000

b)

RM25 000

c)

RM33 000

d)

RM50 000

32.

Gambar berkaitan dengan seorang usahawan.


Apakah kebolehan usahawan tersebut?

a)

Kebolehan merancang

b)

Kebolehan mengurus modal

c)

Kebolehan mengurus sumber manusia

d)

Kebolehan menentukan visi dan misi

33.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenama produk kecantikan yang dihasilkan oleh beberapa usahawan.


Apakah kekuatan diri yang ada pada usahawan tersebut?

a)

Fokus tenaga dan tumpuan

b)

Keupayaan membina jenama

c)

Perhubungan baik dengan pasangan

d)

Kemahiran pembangunan karakter diri

34.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan keberuntungan perniagaan?

I. Meluaskan pasaran

II. Meningkatkan jualan

III. Menikmati keuntungan

IV. Memantapkan imej perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Sewa Beli 1967

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

36.

Rajah 2 berkaitan dengan dua entiti perniagaan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Perniagaan Keropok Lekor Lazat mengalami masalah kurangan tunai. Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pengurus?

a)

Menambah bilangan pekerja

b)

Meningkatkan promosi

c)

Mengurangkan kos operasi

d)

Membeli lebih banyak bahan mentah

38.

Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?

a)

Menilai operasi perniagaan yang akan dijalankan

b)

Memberi gambaran tentang kedudukan kewangan

c)

Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang

d)

Menjangka risiko yang akan berlaku

39.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dimuatkan dalam ringkasan eksekutif?

I. Nama perniagaan

II. Modal permulaan

III. Jenis perniagaan

IV. Sasaran untung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Pernyataan manakah yang merupakan maklumat dalam rancangan operasi?

a)

Susun atur ruang bangunan dan kilang

b)

Carta alir proses

c)

Senarai alatan pejabat

d)

Pembahagian tugas semua pekerja