NEW
Font size
WorksheetsNOVEL "DESTINASI IMPIAN"
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1.Siapakah penulis bagi Novel Destinasi Impian?
Osman Ayob
Mohd Ismail Sarbini
Ruzaini Yahya
2.Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Destinasi Impian?
Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan
Pertelingkahan antara abang dengan adik
Cabaran yang dihadapi oleh remaja untuk menuju ke suatu destinasi
Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain
3.Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
Persoalan tentang kesanggupan menyahut cabaran
Persoalan tentang sikap tidak bertanggungjawab seorang abang
Persoalan tentang kasih sayang antara ibu dan anak
Persoalan tentang semangat perjuangan yang tinggi
4.Antara berikut, yang manakah merupakan permulaan cerita Destinasi Impian?
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan Firdaus, Azlina dan Johari
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya
5. Siapakah watak utama novel Destinasi Impian?
Azlina
Johari
Firdaus
Mazlinda
6.Nyatakan teknik plot bagi kenyataan berikut :
"Pergilah, tapi jangan marah kalau kupanggil pengecut, penakut.."
Teknik Pemerian
Teknik Monolog
Teknik Dialog
Teknik Imbas Kembali
7. Pada jam berapakah Johari, Azlina dan Firdaus bertolak dari rumah untuk memulakan kayuhan mereka ke Morib?
Pukul 2.30 petang
Pukul 7.00 pagi
Pukul 3.00 petang
Pukul 10.00 pagi
8. Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
Masyarakat yang gemar membaca
Masyarakat yang tegas
Masyarakat yang membela haiwan peliharaan
Masyarakat yang prihatin
9.Nyatakan latar tempat dimana Azlina dan Johari memerhatikan Firdaus yang bersama-sama kawan-kawannya?
Tepi Jalan
Di bawah pokok Ru
Tapak Perkhemahan
Gerai Air Tebu
10.Nyatakan gaya bahasa bagi penyataan berikut:
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
Hiperbola
Simile
Metafora
Sinkope
11.Yang manakah antara berikut bukan nilai yang terdapat dalam novel Destinasi Impian?
Nilai cinta akan bahasa kebangsaan
Nilai cintakan haiwan peliharaan
Nilai keberanian
Nilai semangat setia kawan
12.Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
Kita hendaklah bersaing untuk terus maju
Bercakap bohong memudaratkan diri
Kita hendaklah bersaing secara normal
Kita janganlah berdendam terutamanya antara adik-beradik
13.Siapakah watak yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar?
Mazlinda
Azlinda
Johari
Azlina
14. Berapakah jauh jarak Datuk mengayuh basikal dulu?
50KM
30KM
70KM
55KM
15.Mengapakah tayar basikal Firdaus kempis di pertengahan jalan?
Firdaus terlanggar lubang di tengah jalan
Terdapat sebatang paku menembusi tayar itu
Tayar basikal Firdaus telah disabotaj oleh Azlina
Firdaus tercampak ke atas tanah merah
16. Berikut merupakan perwatakan bagi watak Firdaus kecuali?
Seorang yang suka berdendam
Seorang yang selalu dimanjakan
Seorang yang tegas
Seorang yang cepat marah apabila kepenatan
17.Berikut merupakan watak sampingan dalam novel Destinasi Impian kecuali?
Sazali
Moksin
Suhaizi
Mokhtar
18.Nyatakan gaya bahasa bagi kenyataan berikut :
Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.
Metafora
Sinkope
Simile
Hiperbola
19.Nyatakan teknik plot bagi penyataan dibawah :
"Menyesal! Aku menyesal!"Ingin aku jeritkan kata-kata itu sekuat-kuat hati supaya Abang Johari dan Azlina mendengarnya tetapi suaraku tersangkut di rengkung.
Teknik Imbas Muka
Teknik Monolog
Teknik Monolog Dalaman
Teknik Pemerian
20. Yang manakah antara berikut merupakan klimaks / puncak novel Destinasi Impian?
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakan
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan termasuklah sikap Firdaus yang mudah berputus asa
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya terhadap adik dan rakan-rakannya.
