NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa Tahun 5 : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Haleesya Dameeya menulis dengan menggunakan sebatang ..................
buku
pen
pemadam
kertas
.................. Adila gemar makan ikan dan nasi.
Kucing
Harimau
Singa
Ular
Penjenayah itu akan dibawa ke .................. untuk disoal siasat.
balai bomba
balai polis
balai raya
balai ketibaan
Soon Fat dan Adam menunggang .................. setiap hari ke sekolah.
basikal
teksi
bas
lori
Pertandingan Kuiz Bahasa itu akan diadakan di .................. sekolah.
pondok
padang
dewan
kantin
Ayah menghadiahi ibu seutas .................. berlian yang cantik.
cincin
rantai
cermin mata
baju
Gelagat .................. yang lucu itu sangat menghiburkan kanak-kanak yang hadir ke majlis itu.
guru
badut
patung
doktor
.................. ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Hussein Onn
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Azlina tidak sihat, dia ke ................. untuk mendapatkan rawatan.
Butik Razi
Restoran Amin
Dewan Bestari
Klinik Putra
Amin dan Chen Fong berjalan menuju ke ................. untuk meminjam buku.
Hospital Gemilang
Balai Polis Sri Andaman
Perpustakaan Sri Budiman
Klinik Harmoni
Abang pergi ke ................. untuk membayar bil elektrik dan bil air.
Pasar Malam Taman Dahlia
Pejabat Pos Kelana Jaya
Kedai Runcit Muthu
Restoran Muhammad
Pelbagai barang keperluan dijual di .................
Klinik Mesra
Pasar Raya Jaya
Universiti Malaya
Balai Polis Damansara
Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen Peringkat Daerah itu diadakan di .................
Dewan Budiman
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pejabat Peguam Kumaran
Kedai Gunting Rambut Era
................. dibina sebagai penghormatan kepada perajurit yang gugur di medan perang.
Menara Kuala Lumpur
Muzium Polis Diraja Malaysia
Tugu Negara
Stadium Merdeka
Hari Kebangsaan negara kita disambut pada bulan .................
Mei
Julai
Ogos
Jun
Farid seorang ................. Dia bekerja di Mahkamah Tinggi Temerloh.
guru
peguam
doktor
arkitek
................. Kak Mah di dalam bakul itu baru diangkat dari ampaian.
Buku
Baju
Bola
Bekas
Ibu mempelawa para ................. menjamah kuih-muih yang disediakannya.
kucing
pinggan
bapa
tetamu
Emak memasak sup ikan di dalam sebuah .................
tin
besen
periuk
piring
Abang saya ingin melanjutkan pelajarannya ke ................. pada tahun depan.
Universiti Howard
Stadium Merdeka
Masjid Negara
Plaza Tol Sungai Besi
