wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja ( Tahun 5 )

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Guru Besar ( ) sebuah beg semasa menuju ke pejabatnya.

a)

menjinjing

b)

berjabat

c)

mengangkat

d)

menolak

2.

Murni pandai ( ) hati sendiri dengan mendengar muzik dan menonton wayang.

a)

menawar

b)

menghiburkan

c)

membesarkan

d)

menjalani

3.

Encik Chan ( ) tangan dengan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

a)

merendamkan

b)

mengangkat

c)

berjabat

d)

menjinjing

4.

Pesakit itu semakin sembuh setelah ( ) pembedahan di Hospital Pantai.

a)

menebang

b)

menuntut

c)

berjabat

d)

menjalani

5.

Kakak ( ) pakaian kotor ke dalam baldi yang berisi air dengan serbuk pencuci.

a)

memakai

b)

merendamkan

c)

membuang

d)

mencuci

6.

Teng Jie ( ) sebuah beg sambil berjalan menuju ke sekolah.

a)

menyandang

b)

mengelek

c)

menjunjung

d)

menjinjing

7.

Encik Chong sedang ( ) ranting pokok mangga di halaman rumahnya.

a)

menghiris

b)

memangkas

c)

menebang

d)

menebas

8.

Ibu melarang adik ( ) televisyen hingga larut malam.

a)

menjenguk

b)

menuntun

c)

menonton

d)

menuntut

9.

Setibanya di rumah, abang pun ( ) baju sekolahnya kerana cuaca sungguh panas.

a)

melepaskan

b)

menanggalkan

c)

membebaskan

d)

melucutkan

10.

Puan Suraya ( ) air panas ke dalam teko untuk membancuh kopi.

a)

menjirus

b)

membuang

c)

mencurahkan

d)

menuang

11.

Emak Ai Lien ( ) beberapa tongkol jagung untuk keluarganya.

a)

mendidih

b)

menggoreng

c)

menjerang

d)

mengukus

12.

Mak Timah ( ) sate untuk menjamu tetamunya.

a)

menggoreng

b)

memanaskan

c)

membakar

d)

mengasap

13.

Petani itu sedang ( ) tanah di kebunnya.

a)

menimbuskan

b)

menggalikan

c)

menggemburkan

d)

mengambuskan

14.

Pak Mat ( ) lembunya pada sebatang pokok.

a)

mengunci

b)

menambat

c)

memberkas

d)

membalut

15.

Penyanyi yang popular itu menyanyi sambil ( ) gitar.

a)

memalu

b)

menggores

c)

menggesek

d)

memetik