wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4: SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan peranan British Military Administration (BMA).


BMA berusaha untuk membubarkan sebuah pertubuhan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu


Apakah pertubuhan tersebut?

a)

PKM

b)

PETA

c)

MPAJA

d)

Force 136

2.

Kertas Putih 6274 memuatkan kandungan rancangan Malayan Union.


Apakah perkara yang dimuatkan dalam kandungan tersebut?


I Kesatuan

II Pendidikan

III Adat istiadat

IV Sistem perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Maklumat berikut menerangkan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua


  • Pelaburan ekonomi
  • Melicinkan sistem pentadbiran


Bagaimanakah tindakan British untuk mencapai hasrat tersebut?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Membubarkan Negeri-Negeri Selat

d)

Menghapuskan institusi kesultanan

4.

Rajah menunjukkan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union.


Raja-raja Melayu - Agama Islam dan Adat istiadat


Apakah kesan perkara ini kepada pemerintahan negara?

a)

Menghakis kuasa raja

b)

Menjamin politik orang Melayu

c)

Mengekalkan warisan tamadun

d)

Mengurangkan kawasan pengaruh

5.

Jadual berikut menunjukkan demontrasi damai oleh penduduk Tanah Melayu pada tahun 1946.


Kelantan - 10,000 orang

Kedah- 50,000 orang


Apakah yang mendorong mereka melakukan tindakan tersebut?

a)

Mendokong penubuhan Melayu raya

b)

Membantah kemasukan imigran

c)

Menuntut hak sama rata

d)

Menolak Malayan Union

6.

Apakah sumbangan tokoh berikut semasa penubuhan Malayan Union?


I Mengadakan rapat umum

II Menghantar surat bantahan

III Menerbitkan akhbar Melayu

IV Menganjurkan kongres Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Gambar berikut berkaitan dengan demontrasi orang Melayu Sarawak pada tahun 1949.


Mengapakah orang Melayu Sarawak mengadakan demontrasi tersebut?

a)

Pembentukan kerajaan sendiri

b)

Pergerakan politik semakin radikal

c)

Penyerahan Sarawak kepada British

d)

Penentangan terhadap sistem Residen

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Sarawak.


Seramai 409 orang kakitangan awam kerajaan Sarawak telah meletak jawatan pada 2 April 1947 sebagai tanda bantahan.


Apakah punca berlaku peristiwa tersebut?

a)

Surat Pekeliling No/9

b)

Kemelesetan ekonomi

c)

Kadar gaji yang rendah

d)

Kod etika perkhidmatan

9.

Dialog berikut berkaitan penentangan masyarakat tempatan terhadap kerajaan British di Sarawak.


Penduduk I : Kumpulan ini merupakan pakatan sulit yang terdiri daripada kaum terpelajar.


Penduduk II : Saya sendiri ingin menyertai sebab tidak puas hati dengan tekanan politik dari British.


Apakah maksud perbualan tersebut?

a)

Bantahan sistem cukai

b)

Berunding dengan British

c)

Pembukaan kampung baru

d)

Penubuhan Rukun Tiga Belas

10.

British khuatir pemimpin persatuan di Sabah menentang penyerahan Sabah terhadap British.


Bagaimanakah tindakan British mengatasinya?

a)

Memberi pencen bulanan

b)

Menghantar keluar negara

c)

Menawarkan kenaikan pangkat

d)

Menjatuhkan hukuman gantung

11.

Apakah kegagalan yang telah dihadapi oleh British Military Administration di Tanah Melayu?


I Membenteras kegiatan jenayah

II Menangani kongsi gelap

III Memerdekakan Tanah Melayu

IV Mengiktiraf PKM

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Mengapakah British meletakkan Tanah Melayu di bawah Pentadbiran Tentera British pada September 1945?

a)

Untuk menghapuskan pengaruh Jepun

b)

Melatih tentera

c)

Mewujudkan keamanan

d)

Memulihkan kegiatan ekonomi

13.

Berdasarkan maklumat berikut, apakah tujuan penubuhan tersebut?


Malayan Union telah diperkenalkan oleh kerajaan British pada 1 April 1946


I Meningkatkan pelaburan ekonomi

II Untuk melindungi pelabur Barat

III Untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

IV Untuk melicinkan sistem pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Antara berikut,yang manakah merupakan peranan raja-raja Melayu dalam Malayan Union?

a)

Membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu

b)

Menyuruh rakyat menerima Malayan Union

c)

Menjadi Penasihat British

d)

Menjadi Ketua Pentadbir Negeri

15.

Apakah faktor penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Sultan Melayu kehilangan kedaulatan

dan kuasa politik

b)

Orang Melayu kehilangan tanah air

c)

Raja-raja Melayu diberi peluang memerintah semula

d)

Tamadun orang Melayu terhakis

16.

Apakah faktor yang mengancam 
status quo orang Melayu?

a)

Pemberian kerakyatan secara jus soli

b)

Orang Melayu hilang taringnya

c)

Raja-raja Melayu hilang kelebihannya

d)

Ketua pentadbiran ialah Residen

17.

Siapakah pegawai British yang memaksa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan sebagai persetujuan pelaksanaan Malayan Union

a)

Frank Swettenham

b)

Sir Frederick Weld

c)

R.O Winstedt

d)

Sir Harold Mac Michael

18.

Senarai di bawah merujuk kepada pihak-pihak yang menentang Malayan Union.


  • X
  • Bekas Pegawai British
  • Raja-raja Melayu


Siapakah X?

a)

Pemimpin Indonesia

b)

Islamic Voice of Malaya

c)

Dato'Onn Jaafar

d)

Orang Melayu

19.

Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sepanduk menentang

Malayan Union.

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada peristiwa berikut?


" Tanah Melayu hak Melayu,Malayan Union tidak dikehendaki".

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya

b)

Bersatu teguh bercerai roboh

c)

Berani kerana benar,takut kerana salah

d)

Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan

20.

Bagaimanakah tokoh-tokoh tersebut menentang pelaksanaan Malayan Union?


  • Halimahton Abd Majid
  • Datin Puteh Mariah
  • Zahara Abdullah
a)

Mengetuai Angkatan Wanita Sedar

b)

Mengadakan perhimpunan kaum wanita

c)

Memperjuangkan hak kebajikan wanita

d)

Membantu penubuhan UMNO

21.

Rajah di bawah menunjukkan tujuan penubuhan UMNO.


1946 - X

1949 -Mula menuntut kemerdekaan


Apakah X ?

a)

Memajukan pendidikan orang Melayu

b)

Menyatukan orang Melayu

c)

Menentang Malayan Union

d)

Melindungi kepentingan orang Melayu

22.

Apakah tugas British Military Administration (BMA)? (Buku teks m/s 94)

I. mengembalikan kestabilan

II. menubuhkan lebih banyak sekolah Inggeris

III. bekerjasama dengan Komunis

IV. memulihkan kepercayaan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Bagaimanakah British Military Administration (BMA) memulihkan keamanan dan kestabilan? (Buku teks m/s 94)

a)

membawa lebih ramai buruh asing

b)

menyeru rakyat menanan lebih banyak makanan

c)

membubarkan pasukan MPAJA

d)

menubuhkan unit ketenteraan baru

24.

Apakah maksud jus soli ? (Buku teks m/s 96)

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan agama

c)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan kaum

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

25.

Membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London


Pernyataan di atas merujuk kepada (Buku teks m/s 96)

a)

Unit Perancangan Tanah Melayu

b)

Majlis Perundangan Malayan Union

c)

Kertas Putih 6274

d)

Majlis Eksekutif

26.

Malayan Union merupakan satu unit pentadbiran yang menyatukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat kecuali (Buku teks m/s 97)

a)

Pulau Pinang

b)

Melaka

c)

Johor

d)

Singapura

27.

Apakah bidang tugas Ahli Majlis Raja-Raja? (Buku teks m/s 97)

I. Membincangkan bidang tugas Gabenor British

II. Membincangkan syarat kerakyatan

III. Membincangkan adat-istiadat Melayu

IV. Membincangkan soal agama Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli merangkumi (Buku teks m/s 97)

I. Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

II. Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura

III. Berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 15 tahun

IV. Berumur 15 tahun dan ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 18 tahun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Gambar di atas merupakan seorang pegawai British yang menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja terhadap Malayan Union. Siapakah nama pegawai British tersebut? (Buku teks m/s 98)

a)

Sir Harold MacMichael

b)

H. C. Willan

c)

George Henry Hall

d)

A. T. Newboult

30.

Utusan Melayu

Warta Negara

Majlis


Apakah persamaan ketiga-tiga akhbar tersebut dari segi kandungan? (Buku teks m/s 102)

a)

Menyokong gagasan Malayan Union

b)

Menyiarkan syarat-syarat kewarganegaraan jus soli

c)

Membantah dan mengutuk Malayan Union

d)

Membincangkan adat resam Melayu

31.

Antara berikut siapakah bekas pegawai British yang menentang Malayan Union? (Buku teks m/s 103)

I. Frank Swettenham

II. George Maxwell

III. H. C. Willan

IV. George Henry Hall

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Gambar di atas menunjukkan Persidangan Kongres Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946. Apakah kejayaan Kongres Melayu tersebut? (Buku teks m/s 105)

a)

Menerbitkan akhbar Utusan Melayu

b)

Menghantar surat bantahan ke London

c)

Mengadakan perarakan menentang Malayan Union

d)

Menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO)

33.

Orang Melayu menanggap hari lahirnya Malayan Union sebagai "Hari Kematian". Bagaimanakah orang Melayu bertindak sebagai tanda berkabung? (Buku teks m/s 105)

a)

Memakai pakaian berwarna hitam

b)

Memakai lilitan kain putih di songkok

c)

Memakai kain hitam di lengan

d)

Memakai pakaian berwarna putih

34.

Apakah peranan Gerard T. MacBryan dalam peristiwa penyerahan Sarawak? (Buku teks m/s 108)

a)

Mendapatkan persetujuan dari rakyat Sarawak

b)

Mendapat kelulusan Majlis Negeri

c)

Mendapat persetujuan daripada ketua tempatan

d)

Mendapat persetujuan Vyner Brooke

35.

Apakah dapatan tinjauan yang dilakukan oleh Gammans dan Reess Williams terhadap rakyat Sarawak? (Buku teks m/s 108)

I. Kebanyakan peribumi menyokong

II. Kebanyakan peribumi menentang

III. Orang Cina menyokong

IV. Orang Cina menentang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah yang dinyatakan dalam Prinsip Kelapan, Perlembangaan 1941? (Buku teks m/s 109)

a)

Sarawak akan diserahkan kepada British

b)

Sarawak akan kekal di bawah pemerintahan Brooke

c)

Sarawak akan menjadi sebahagian Malaysia

d)

Sarawak akan diserahkan kepada rakyat Sarawak

37.

Siapakah nama "Tuan Muda" Sarawak dalam gambar di atas? (Buku teks m/s 109)

a)

Anthony Brooke

b)

Vyner Brooke

c)

Bertram Brooke

d)

Gerard T. MacBryan

38.

Pada Disember 1946, British mengeluarkan Peikeliling No.9/1946 (Circular No.9). Apakah fungsi pekeliling tersebut? (Buku teks m/s 110)

a)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan anti penyerahan

b)

Menggalakkan pegawai awam untuk letak jawatan

c)

Menyeru pegawai awam untuk mengadakan demonstrasi

d)

Mengarah pegawai awam mengadakan persidangan

39.

Beliau mengetuai kaum ibu dengan mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang. Siapakah tokoh yang dimaksudkan? (Buku teks m/s 111)

a)

Cikgu Ajibah Abol

b)

Dayang Fauziah

c)

Cikgu Lily Eberwein

d)

Hajah Sipah Tuanku Othman

40.

Artikel bertajuk "Kerajaan British Menipu Rakyat" yang berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British disiarkan pada 7 November 1949 di dalam akhbar (Buku teks m/s 111)

a)

Fajar Sarawak

b)

Utusan Sarawak

c)

Majlis

d)

Utusan Melayu

41.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Kumpulan Rukun 13? (Buku teks m/s 112)

I. Ditubuh secara sulit oleh pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

II. Kumpulan awam yang ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

III. Mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak

IV. Menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

"Sungkit Berdarah" adalah nama yang diberi kepada peristiwa (Buku teks m/s 112)

a)

Demonstrasi kaum Ibu membantah penyerahan Sarawak

b)

Pergerakan PPM menghantar surat bantahan kepada kerajaan British

c)

Perletakkan jawatan beramai-ramai oleh pegawai perkhidmatan awam

d)

Duncan Stewart ditikam oleh Rosli Dhoby

43.

Mengapakah Young Malay Association ditubuhkan? (Buku teks m/s 113)

a)

Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam sosial dan ekonomi

b)

Menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak

c)

Menyeru orang Melayu untuk mengadakan demostrasi

d)

Menghantar surat bantahan kepada kerajaan British

44.

Siapakah Gabenor British pertama di Sabah? (Buku teks m/s 114)

a)

Clement Attlee

b)

C. F. C. Macaskie

c)

Charles Arden Clarke

d)

Sir Edward Twining

45.

Mengapakah Sabah dikatakan dapat memenuhi kepentingan British? (Buku teks m/s 114)

I. Menjadi markas tentera

II. Membekalkan sumber bahan mentah

III. Menjadi kawasan pasaran barangan British

IV. Dijadikan pelabuhan utama British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Sabah diserahkan kepada Brittish kerana kekurangan dana untuk menanggung kerosakan. Siapakah yang menyebabkan kerosakan itu berlaku? (Buku teks m/s 115)

a)

Jepun

b)

Pengganas komunis

c)

Filipina

d)

Indonesia

47.

Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS)

Persatuan Kebangsaan Melayu

Barisan Pemuda Sabah (BARIP)


Apakah tujuan asal organisasi-organisasi di atas ditubuhkan? (Buku teks m/s 116)

a)

Membuka lebih banyak sekolah Melayu di Sabah

b)

Memperjuangkan hak guru-guru bumiputera di Sabah

c)

Menggalakkan bumiputera Sabah untuk bangkit menentang British

d)

membaiki ekonomi dan politik kaum bumiputera

48.

Bagaimanakah British melemahkan gerakan nasionalisme persatuan-persatuan di Sabah? (Buku teks m/s 116)

I. Menawarkan jawatan kenaikan pangkat kepada pemimpin

II. pemimpin ditamatkan perkhidmatan dan diberi pencen

III. Pemimpin dibuang negeri

IV. Pemimpin dan ahli dipindahkan ke bandar lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan kerana (Buku teks m/s 117)

a)

penduduk tempatan diugut

b)

penduduk tempatan menyokong penyerahanh tersebut

c)

penduduk tempatan tidak memahami tujuan penyerahan

d)

penduduk tempatan tidak ambil peduli

50.

Persidangan Raja-raja Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Siapakah tokoh dalam gambar di atas?

a)

Sultan Badlishah

b)

Sultan Abdul Aziz

c)

Sultan Ibrahim

d)

Dato' Nik Ahmed Kamil