wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemeliharaan dan pemuliharaan

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pupus bermaksud

a)

Spesis masih boleh dijumpai di muka bumi tetapi jumlahnya terhad

b)

Spesis telah lenyap dari muka bumi

c)

Spesis masih boleh dijumpai di dalam zoo

d)

Spesis tidak dapat dijumpai di muka bumi

2.

Spesis haiwan tersebut telah pupus

a)

T-Rex

b)

Quagga

c)

Harimau Jawa

d)

Badak sumbu Sumatra

3.

Namakan burung yang telah pupus.

(a)  

4.

Sesetengah spesis haiwan dan tumbuhan dikategorikan sebagai spesis yang terancam. Maksud spesis terancam ialah

a)

Bilangan haiwan semakin berkurang

b)

Bilangan haiwan berkurang di habitat semulajadi tetapi bertambah di zoo

c)

Bilangan tumbuhan semakin berkurang

5.

Apakah spesis haiwan terancam di Malaysia?

a)

Harimau Malaya

b)

Tapir

c)

Gajah Pygmy Borneo

d)

Tenggiling

6.

Spesis haiwan berikut merupakan spesis terancam kecuali

a)

Beruang Panda

b)

Penyu Karah

c)

Kangaru

d)

Dugong

7.

Selain haiwan,tumbuhan juga merupakan spesis terancam. Tumbuhan yang dikategorikan sebagai spesis terancam di Malaysia ialah

a)

Bunga Rafflesia

b)

Orkid Selipar

c)

Pokok balak seperti Meranti, Cengal dan Keruing

d)

Periuk Kera

8.

Pada pendapat anda,mengapakah terdapat spesis tumbuhan yang terancam?

a)

Aktiviti pembalakan yang tidak dikawal

b)

Hutan dibersihkan untuk dibangunkan sebagai kawasan kediaman

c)

Habitat tumbuhan dimusnahkan untuk tujuan pertanian

d)

Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab memetik tumbuhan seperti bunga Rafflesia , periuk kera dan orkid selipar

9.

Haiwan aquatik seperti penyu Karah dan dugong menjadi terancam akibat beberapa sebab kecuali

a)

Tumpahan minyak di laut

b)

Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda

c)

Pembuangan sampah terutamanya plastik ke dalam laut

d)

Kewujudan tukun tiruan sebagai tempat pembiakan ikan

10.

Orang Utan dikategorikan sebagai spesis yang terancam akibat dari kemusnahan habitat untuk tujuan pertanian. Di manakah pusat konservasi Orang Utan di Malaysia

(a)  

11.

Faktor-faktor ancaman kepada spesis haiwan dan tumbuhan ialah

a)

Pencemaran alam seperti tumpahan minyak

b)

Bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami

c)

Aktiviti manusia seperti pembalakan terkawal

d)

Aktiviti manusia seperti pemburuan haram dan penerokaan kawasan hutan yang tidak terkawal

12.

Mengapakah penyu memakan plastik yang terapung di laut?

a)

Penyu tiada makanan

b)

Plastik boleh dicernakan oleh penyu

c)

Plastik kelihatan seperti obor-obor yang merupakan makanan penyu

d)

Plastik merupakan makanan penyu

13.

Pada pendapat kamu,mengapakah tumbuhan herba seperti Kacip Fatimah dan Tingkat Ali dikategorikan sebagai spesis terancam?

a)

Penerokaan hutan untuk projek pembangunan

b)

Kemusnahan habitat akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal

c)

Manfaat tumbuhan tersebut terhadap kesihatan manusia menyebabkan ia dituai secara berleluasa

14.

Yang manakah merupakan kesan aktiviti pembalakan secara berleluasa?

a)

Haiwan kekurangan sumber makanan

b)

Terdapat kewujudan spesies baharu

c)

Persaingan antara haiwan berlaku

d)

Kepupusan spesis haiwan dan tumbuhan

15.
Apakah maksud pemeliharaan hidupan?
a)
Pemeliharaan bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
b)
Pemuliharaan bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
c)
Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan.
d)
Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi
16.
Aktiviti berikut menunjukkan aktiviti pemeliharaan, kecuali...
a)
Elakkan membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan spesies haiwan terancam.
b)
Menebang pokok terpilih sahaja bagi mengelakkan kepupusan tumbuhan.
c)
Menganjurkan kempen yang menentang pembalakan dan pemburuan haram.
d)
Menanam semula pokok.
17.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) melalui portal rasminya menyarankan penebangan pokok balak harus dibuat secara terpilih dan penanaman semula perlu dilakukan.

Apakah yang dapat kita katakan tentang maklumat tersebut?

a)

Kesan pembalakan

b)

Kempen membalak

c)

Pemeliharaan Alam

d)

Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam

18.

Antara berikut, yang manakah bukan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam?

a)

Menganjurkan kempen menentang pemburuan dan pembalakan haram

b)

Mewartakan kawasan hutan simpan dan mengazetkan kawasan taman laut

c)

Memelihara tenggiling dan dugong di dalam sangkar

d)

Mewujudkan pusat rehabilitasi haiwan

19.

Kawasan paya bakau diwartakan sebagai _____________

a)

Tapak pelupusan

b)

Tapak Ramsar

c)

Tapak penempatan

d)

Tapak pemuliharaan

20.

Pemuliharaan bermaksud.....

a)

Merawat dan menjaga haiwan yang sakit.

b)

Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati pada masa akan datang.

c)

Melarang manusia dari memusnahkan haiwan dan tumbuhan.

d)

Menguatkuasakan undang-undang melalui Jabatan Perhilitan dan Jabatan Hutan

21.

Satu langkah pemuliharaan ialah...

a)

Memburu haiwan untuk makanan

b)

Menebang pokok untuk pembangunan

c)

Mengazetkan kawasan taman laut

d)

Menubuhkan pusat rehabilitasi haiwan

22.

Kerajaan telah mengazetkan Pulau Redang sebagai kawasan Taman Laut. Berikut merupakan perkara yang tidak boleh dilakukan di kawasan taman laut kecuali

a)

Memancing ikan

b)

Mengebom ikan

c)

Mengutip terumbu karang

d)

Menyelam skuba

23.

Kelab Pencinta Alam sekolah kamu telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Apakah aktiviti yang sesuai kamu adakan di sana?

a)

Memetik tumbuhan seperti Periuk Kera

b)

Membuat pembakaran terbuka

c)

Membuat pemerhatian terhadap spesis tumbuhan yang dilindungi

d)

Menebang pokok

24.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah berfungsi untuk

a)

Mendidik masyarakat tentang gajah yang merupakan spesis terancam

b)

Membolehkan pelawat melakukan aktiviti seperti menunggang gajah

c)

Menempatkan semula gajah liar yang mempunyai konflik dengan manusia. Contohnya gajah yang memasuki kawasan ladang kelapa sawit.

25.

Individu atau pihak yang didapati menyeludup atau menyimpan spesis hidupan terancam sepeeti tenggiling akan dikenakan tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 60, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 716, 2010.

Langkah ini merupakan satu usaha

a)

Pemeliharaan

b)

Pemuliharaan