wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA SENDI NAMA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan ............................ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

2.

Abang Zaki mengambil gambar kami ...................... menggunakan kamera Nikon.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

3.

Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang ................... bahagian utara.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

hingga

4.

Kelawar keluar mencari makanan ..................... waktu malam.

a)

di

b)

hingga

c)

sehingga

d)

pada

5.

Tudung saji itu digantung ...................... dinding bersebelahan dengan bilik emak.

a)

di

b)

pada

c)

dalam

d)

dengan

6.

Nadia memasukkan sampah .................. dalam tong sampah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

7.

Aimi berjalan kaki ke sekolah .................... adiknya, Aina pada setiap pagi.

a)

bagi

b)

demi

c)

antara

d)

dengan

8.

Kak Kiah membuat sebiji kek coklat ........................ hari jadi anaknya.

a)

bagi

b)

demi

c)

untuk

d)

kepada

9.

Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu ................... galah.

a)

untuk

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

10.

Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ........................ Sabah dan Sarawak.

a)

daripada

b)

hingga

c)

sampai

d)

dari

11.

Mereka sedang berbincang .................... kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

a)

tentang

b)

akan

c)

untuk

d)

sejak

12.

Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ................. anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

akan

c)

dengan

d)

kepada

13.

Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ............... dalam peti yang berwarna hitam.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

14.

Projek perumahan Mega sudah terbengkalai ................... tiga tahun yang lalu.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

sampai

15.

Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung .................... daya usaha kita sendiri.

a)

oleh

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

16.

"Hadiah itu .................... kamu, Zetty," kata Salina.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

d)

untuk

17.

Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat .................. semasa ke semasa.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

18.

Skim pinjaman buku teks disediakan .................. pelajar yang kurang mampu.

a)

demi

b)

bagi

c)

akan

d)

pada

19.

Dia menyusun batu-bata itu satu ..................... satu di bawah rumahnya.

a)

demi

b)

untuk

c)

pada

d)

kepada

20.

Amir Hafiz menghantar e-mel ....................... abangnya yang berada .............. Ireland.

a)

akan ... di

b)

untuk ... dari

c)

kepada ... di

d)

dengan ... dari