wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ulang Kaji 2.0

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah peristiwa hijrah berlaku?

a)

12 September Tahun 622 M.

b)

12 September Tahun 623 M.

c)

12 Oktober Tahun 622 M

d)

12 Oktober Tahun 623 M.

2.

Apakah faktor yang membawa kepada berlakunya peristiwa hijrah?

I Turunnya wahyu Allah

II Perjanjian Aqabah Kedua

III Gesaan penduduk Madinah

IV Usaha untuk menyebarkan Islam

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

3.

Sebaik sahaja tiba di Madinah, langkah pertama Nabi Muhammad s.a.w. ialah membina Masjid al-Nabawi. Mengapakah baginda berbuat demikian?

a)

Membuktikan kewujudan agama Islam

b)

Membuktikan keimanan kepada Allah s.w.t.

c)

Sebagai tempat persinggahan para musafir dan pedagang

d)

Sebagai kemudahan menjalankan pelbagai aktiviti umat Islam

4.

Apakah faktor utama kejayaan hijrah ke Madinah?

a)

Rasa cinta orang Arab Madinah terhadap Islam

b)

Kesanggupan orang Islam Makkah meninggalkan harta benda dan keluarga

c)

Sokongan orang Arab Madinah kepada orang Islam Makkah yang tidak berbelah bagi

d)

Ketabahan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam untuk menyebarkan Islam ke Madinah

5.

Gelaran Muhajirin telah diberikan kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah. Apakah gelaran yang diberikan kepada orang Madinah?

a)

Aus

b)

Ansar

c)

Khazraj

d)

Yahudi

6.

Mengapakah kaum Aus dan Khazraj memerlukan seorang pemimpin di Madinah?

a)

Untuk belajar cara berniaga

b)

Untuk belajar tentang agama

c)

Untuk membangunkan Madinah

d)

Untuk menghentikan persengketaan

7.

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada

tahun 622 M. berpandukan wahyu Allah. Apakah kepentingan piagam tersebut?

I Dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk Madinah

II Membolehkan kaum Yahudi menguasai perdagangan di Madinah

III Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. membina sebuah negara yang aman damai

IV Membuktikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

8.

Pada pendapat anda, apakah kemungkinan persamaan masyarakat Madinah dengan masyarakat negara kita pada masa kini?

a)

Dilarang beragama

b)

Wajib memeluk agama Islam

c)

Mesti meninggalkan agama asal

d)

Agama Islam merupakan agama rasmi negara

9.

Mengapakah orang Islam dibenarkan berperang?

a)

Untuk menakluki kawasan lain

b)

Untuk menyebarkan agama Islam

c)

Untuk mempertahankan agama dan negara

d)

Untuk menunjukkan kekuatan tentera Islam

10.

Apakah garis panduan yang harus diikuti oleh tentera Islam semasa perang?

I Tidak dibenarkan mengambil senjata

II Tidak dibenarkan memusnahkan tanaman

III Tidak dibenarkan membunuh kanak-kanak

IV Tidak dibenarkan merobohkan tempat ibadat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Perjanjian manakah yang menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam Madinah?

a)

Perjanjian Madinah

b)

Perjanjian Hudaibiyah

c)

Perjanjian Aqabah Kedua

d)

Perjanjian Aqabah Pertama

12.

Melalui Perjanjian Hudaibiyah, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama

a)

6 tahun

b)

8 tahun

c)

10 tahun

d)

12 tahun

13.

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, bilakah umat Islam boleh mengerjakan umrah?

a)

6 Hijrah

b)

7 Hijrah

c)

8 Hijrah

d)

9 Hijrah

14.

Antara berikut peristiwa manakah yang menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah?

a)

Perang Tabuk

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Perjanjian Hudaibiyah

d)

Pengislaman pemimpin Makkah

15.

Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada orang Islam?

a)

Perdagangan dengan negara lain dapat dijalankan

b)

Orang Makkah berpeluang datang ke Madinah pada bila-bila masa

c)

Bilangan orang Madinah yang memeluk agama Islam semakin bertambah

d)

Memberi peluang kepada orang Islam mengerjakan haji dan umrah pada tahun berikutnya

16.

Golongan al-Riddah muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Apakah yang dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?

I Murtad

II Mengaku sebagai nabi

III Enggan membayar zakat

IV Enggan tunduk kepada pemimpin

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

Saidina Umar bin al-Khattab dilantik menjadi khalifah melalui kaedah

a)

musyawarah

b)

cadangan daripada satu nama

c)

pencalonan oleh sekelompok masyarakat

d)

pemilihan daripada beberapa orang calon

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan baiah?

a)

Upacara perkenalan antara bakal khalifah dengan rakyat

b)

Perakuan sumpah taat setia seseorang yang dilantik sebagai pemimpin

c)

Persetiaan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah

d)

Proses rundingan untuk memutuskan kesahan pelantikan seseorang khalifah

19.

Apakah peranan khalifah dalam Islam?

I Menyebarkan agama Islam

II Mempertahankan negara Islam

III Memastikan perpaduan ummah

IV Memerangi negara yang enggan menerima Islam

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Mengapakah Khalifah Abu Bakar dikenali sebagai al-Siddiq?

a)

Sentiasa bercakap benar

b)

Mempunyai sifat yang garang

c)

Mengahwini puteri Nabi Muhammad s.a.w.

d)

Sentiasa meyakini kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.