wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 3 Wang dan Bank

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50

Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

2.

Encik Amin membeli sebuah kereta Proton Arena dengan bayaran ansuran sebanyak RM600 sebulan.

Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang memudahkan Encik Amin untuk membuat pembayaran ansuran tersebut?

a)

Draf bank

b)

Debit langsung

c)

Pindahan kredit

d)

Perintah sedia ada

3.

Pemegang akaun semasa boleh

a)

menerima buku akaun simpanan

b)

memperoleh kadar faedah yang tinggi

c)

mendapat kemudahan pinjaman overdraf

d)

menikmati simpanan yang dijamin oleh kerajaan

4.

Apakah fungsi bank pusat?

a)

Menguruskan pinjaman bersindiket

b)

Menerima deposit daripada orang ramai

c)

Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

d)

Membuat dan menerima bayaran daripada firma

5.

Apakah persamaan ciri yang membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai dan alat bayaran tetunda?

a)

Keseragaman

b)

Mudah dibawa

c)

Diterima umum

d)

Kestabilan nilai

6.

Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang.

Fungsi wang adalah sebagai alat

a)

ukuran nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran

7.

Pemilik akaun simpanan tetap

a)

dibayar kadar faedah lebih tinggi

b)

menerima penyata bank setiap bulan

c)

diberi kemudahan menggunakan cek

d)

boleh menggunakan kad juruwang elektronik

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang deposit tetap?

a)

Simpanan untuk satu tempoh masa tertentu

b)

Pemegang deposit diberikan buku akaun simpanan

c)

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan cek

d)

Pemegang akaun diberi kemudahan kad juruwang elektronik

9.

Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

a)

Mengawal nilai mata wang

b)

Menyelaras kadar rizab berkanun

c)

Memberi pendahuluan sementara

d)

Memberi khidmat nasihat pelaburan

10.

Berikut berkaitan satu prinsip skim perbankan Islam

"Harta yang disewa oleh pelanggan boleh dipindah milik kepada penyewa"

Apakah prinsip tersebut?

a)

Mudharabah

b)

Musyarakah

c)

Bai At Takjiri

d)

Bai Bithaman Ajil