NEW
Font size
Worksheets4.2 Muatan Haba Tentu (2)
Total questions: 13
Worksheet time: 18mins
Unit yang manakah mewakili unit untuk muatan haba tentu bagi suatu bahan?
J kg-1
J oC-1
J kg-1 oC-1
J kg oC
Suatu pepejal berjisim 0.3 kg disejukkan daripada 60 oC kepada 20 oC. Jika jumlah haba yang hilang ialah 6720 J, hitung muatan haba tentu pepejal itu.
400 J kg-1 oC-1
800 J kg-1 oC-1
560 J kg-1 oC-1
1050 J kg-1 oC-1
Muatan haba tentu bagi kuprum ialah 387 J kg-1 oC-1. Pernyataan manakah yang menerangkan muatan haba tentu bagi kuprum dengan betul?
Kuprum memerlukan 387 J tenaga haba untuk meningkatkan suhunya sebanyak 1 oC.
Suhu 1 kg kuprum akan menurun sebanyak 1 oC apabila ia menyerap 387 J tenaga haba.
Suhu 1 kg kuprum akan meningkat sebanyak 1 oC apabila ia menyerap 387 J tenaga haba.
1 kg kuprum menyerap 387 J tenaga haba semasa pemanasan.
Sebutir peluru dengan kelajuan 230 ms-1 melanggar sebuah beg pasir. Suhu beg pasir itu meningkat sebanyak 50 oC. Dengan mengandaikan tiada kehilangan haba ke persekitaran, kirakan muatan haba tentu peluru tersebut.
529 J kg-1 oC-1
115 J kg-1 oC-1
460 J kg-1 oC-1
265 J kg-1 oC-1
Kuantiti haba yang sama digunakan ke atas empat blok berbeza yang berjisim sama. Kenaikan suhu adalah ditunjukkan pada setiap blok.
Blok yang manakah mempunyai muatan haba tentu paling tinggi?
Blok A: Suhu naik 3oC
Blok B: Suhu naik 6oC
Blok C: Suhu naik 9oC
Blok D: Suhu naik 18oC
Rajah menunjukkan fenomena bayu laut. Manakah antara konsep fizik berikut yang menerangkan fenomena di atas?
keseimbangan terma
muatan haba tentu
haba pendam pelakuran
kekonduksian haba
Rajah menunjukkan lengkung pemanasan bagi 0.5 kg cecair yang dipanaskan oleh pemanas rendam 100 W. Berapakah muatan haba tentu cecair itu?
280 J kg-1 oC-1
1400 J kg-1 oC-1
2100 J kg-1 oC-1
4200 J kg-1 oC-1
24000 J haba digunakan untuk meningkatkan suhu sebuah blok logam 0.8 kg daripada 25 oC kepada 55 oC. Berapakah muatan haba tentu blok logam itu?
375 J kg-1 oC-1
545 J kg-1 oC-1
1000 J kg-1 oC-1
1200 J kg-1 oC-1
Cerek elektrik yang berkuasa 1200 W diisi dengan 0.5 kg air bersuhu 28 oC. Air tersebut dipanaskan sehingga mendidih. Berapakah masa yang diambil untuk air mendidih? [Muatan haba tentu = 4200 J kg-1 oC-1]
72 s
86 s
126 s
216 s
Muatan haba tentu kuprum ialah 400 J kg-1 oC-1. Berapakah haba yang digunakan untuk menaikkan suhu 100 g kuprum dari 20 oC ke 100 oC?
800 J
3200 J
4000 J
320000 J
Rajah menunjukkan tiga jenis periuk dengan jisim yang sama dan dipanaskan dengan jumlah haba yang sama dalam masa 5 minit. Pernyataan manakah benar selepas 5 minit dipanaskan?
Periuk kuprum mempunyai suhu paling rendah.
Periuk aluminium mempunyai suhu paling tinggi.
Suhu periuk kuprum sama dengan periuk kaca.
Suhu periuk kuprum lebih tinggi dari periuk kaca.
Rajah menunjukkan graf suhu-masa bagi suatu bahan X apabila dipanaskan oleh pemanas elektrik 100 W. Tentukan jisim bahan tersebut. [Muatan haba tentu bahan itu ialah 500 J kg-1 oC-1]
0.03 kg
0.75 kg
1.20 kg
2.00 kg
Jadual menunjukkan muatan haba tentu bagi bahan-bahan R, S dan T. Manakah di antara pasangan-pasangan berikut adalah paling sesuai untuk dijadikan pemegang suatu kuali?
Dasar kuali: R ; Pemegang kuali: T
Dasar kuali: T ; Pemegang kuali: R
Dasar kuali: S ; Pemegang kuali: T
Dasar kuali: T ; Pemegang kuali: S
