WorksheetsPRAKTIS TEORI SENI (4)
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
Apakah jenis olahan rupa motif yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah?
corak cerminan
corak batu bata
corak orgee
corak separa jatuh
Berapakah saiz ukuran garisan grid bagi huruf asas W ?
1 unit x 5 unit
3 unit x 5 unit
4 unit x 5 unit
5 unit x 5 unit
Antara objek yang berikut, yang manakah mempunyai jalinan sentuh?
kulit majalah
kertas pembalut hadiah
catan alam benda
kulit buah nanas
Apakah jenis garisan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah?
garisan berpusar
garisan berpancar
garisan beralun
garisan bergetar
Bagaimanakah haiwan dalam gambar rajah di atas mengharmonikan dirinya dengan alam sekeliling?
berenang di dalam air
berselindung di sebalik pokok
menukar warna badannya
menukar bentuk badannya
Antara yang berikut, yang manakah mampu menimbulkan penegasan?
seorang badut yang membuat persembahan
sekelompok buah-buahan tempatan
perabot kayu di ruang tamu
sejambak bunga yang berwarna warni
Apakah media yang digunakan bagi menghasilkan lukisan di atas?
pensel
pen
krayon
pastel
Apakah jenis arca yang dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dengan tempoh yang singkat?
arca binaan
arca acuan
arca timbulan
arca luakan
Kumpulan manakah yang mempunyai media yang digunakan bagi menghasilkan lukisan?
oil pastel, pensel, warna pensel, cat minyak
pensel, akrilik, arang, krayon
pastel, krayon, cat air, marker
pen, marker, pensel, oil pastel
Apakah objek yang digunakan oleh pelukis bagi menumpukan kepada kawasan yang hendak dilukis?
kamera digital
tetingkap fokus
petak tumpu
bingkai gambar
Berikut ialah salah satu jenis grafik persekitaran.
Apakah tujuan papan tanda ini diadakan?
Memperagakan maklumat di lebuh raya
Mengiklankan sesuatu tempat
Merupakan iklan bagi pejalan kaki
Merupakan maklumat haluan kepada orang awam
Apakah bahan yang digunakan bagi pembungkusan tradisional di atas?
daun mengkuang
daun kelapa
daun pisang
daun nipah
Apakah proses pertama yang dilakukan untuk melakukan anyaman tikar tradisional?
Lagang
Sisip
Mengepai
Anyaman
Apakah jenis motif ukiran yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
Badak mudik
Kepala cicak
Itik pulang petang
Lebah gantung
Pola corak ukiran di atas adalah daripada jenis
pola bujang
pola pemidang
pola lengkap
pola campuran
Gambar rajah di atas menunjukkan sejenis kraf tradisional.
Apakah jenis kraf tersebut?
tekat
songket
tenunan Pahang
batik lukis
Apakah aspek prinsip rekaan yang paling penting dalam reka bentuk sesebuah wau?
harmoni
kontra
imbangan
penegasan
Negeri manakah yang mempunyai reka bentuk rumah seperti di atas?
Selangor
Perlis
Perak
Negeri Sembilan
Yang manakah antara berikut yang mampu menghasilkan bentuk konkrit?
I. luakan
II. Picitan
III. lorekan
IV. Picitan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah jenis reka bentuk rumah yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
Rumah Perabung Lima
Rumah Bumbung Panjang
Rumah Bumbung Perak
Rumah Serambi Pulau PInang
