NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1 and 2 SOALAN OBJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Dalam hieraki pemerintahan di Negeri Sembilan, siapakah yang mempunyai jawatan tertinggi?
Ibu Soko
Lembaga
Buapak
Yang di-Pertuan Besar
Sistem percukaian telah menyumbang kepada kemakmuran Negeri-negeri Melayu.
Antara berikut, yang manakah sumber percukaian tersebut?
I. Hasil perlombongan
II. Perdagangan
III. Sewa ruang niaga
IV. Bayaran buruh asing
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah jenis pendidikan formal yang dilaksanakan di masjid dan surau?
Cara bacaan al-Quran
Cara bacaan solat dan tajwid
Menulis tulisan Jawi
Mempelajari Bahasa Melayu
Pada abad ke-16, kuasa-kuasa Barat telah datang ke negara kita.
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16?
I. Barangan mewah
II. Agama Kristian
III. Revolusi Perindustrian
IV. Pelabuhan persinggahan
I,II dan III
II,III dan IV.
I,II dan IV
I,III dan IV.
Bagaimanakah Terusan Suez dapat meningkatkan kegiatan perdagangan di Alam Melayu?
Jalur perdagangan di Selat Melaka menjadi semakin ramai
Memendekkan waktu tempoh pelayaran dari Eropah ke Alam Melayu.
Menghubungkan Alam Melayu dengan Eropah
Perdagangan yang dipercepatkan sangat menguntungkan
Pada tahun 1899 hingga 1946, manakah kuasa yang menakluk Kesultanan Sulu?
Sepanyol
Amerika Syarikat
British
Belanda
Apakah maksud dasar campur tangan?
Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu.
Melibatkan diri secara tidak langsung dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu.
Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah.
Melibatkan diri secara tidak langsung dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah.
Apakah persamaan antara strategi yang digunakan untuk British dan Belanda untuk menguasai negara kita?
Serangan fizikal, pajakan, perjanjian.
Serangan fizikal, pakatan, perjanjian.
Pajakan, pakatan, perjanjian.
Desakan/ugutan, manipulasi, serangan fizikal.
Maksud pajakan ialah.....
Peristiwa seseorang atau pihak berjanji kepada seorang atau pihak lain atau dua orang atau dua pihak itu saling berjanji untuk melaksanakan suatu hal.
Permuafakatan dan kerjasama antara dua pihak atau lebih dalam melaksanakan suatu perkara.
Kontrak yang membolehkan orang lain menggunakan atau menduduki tanah, bangunan dan lain dalam tempoh masa dan dengan bayaran tertentu
Mengambil kesempatan atas sesuatu perkara atau masalah sehingga mencapai tujuan yang dikehendaki.
Mengapakah British menggunakan strategi yang lebih licik untuk menguasai negara kita?
Untuk mengelakkan pemberontakan
Untuk menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan masyarakat
Supaya masyarakat menyayangi kerajaan British
Agar negara kita dapat dimajukan
Mengapakah British menggalakkan ekspedisi ke Timur pada abad ke-18?
Meningkatkan kekayaan negara melalui perdagangan.
Mengeksploitasikan hasil bumi.
Mendapatkan tanah jajahan.
Memerlukan pusat perdagangan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan.
Antara berikut, yang manakah merupakan wilayah pentadbiran Temenggung Abdul Rahman yang tinggal di Singapura?
I. Batu Sawar
II. Johor Lama
III. Singapura
IV. Batam
I dan II sahaja
II dan III sahaja.
II, III dan IV sahaja.
I, II, III dan IV
Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang menandakan...
I. Kemasukan kuasa British ke negeri Melayu
II. Perpisahan Pulau Pinang daripada Kesultanan Kedah
III. Penciptaan identiti Pulau Pinang sebagai tanah jajahan British.
IV. Union Jack dikibarkan pada 11 Oktober 1786
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
I,II dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Mengapakah Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan untuk mencari pelabuhan baharu di Alam Melayu?
Menguasai perdagangan di Alam Melayu.
Memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu.
Menguasai laluan perdagangan antara India dan China.
Memerlukan pusat pengumpulan barangan.
Melalui Perjanjian 2 Ogos 1824 antara John Crawfurd, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman, British dapat menguasai keseluruhan wilayah Singapura, kecuali...
Pulau kecil sekitarnya.
Kawasan laut.
Kawasan kediaman Sultan dan Temenggung.
Selat sekitarnya.
Mengapakah Belanda berbaik-baik dengan British?
Mengelakkan peperangan antara British dan Belanda berlaku sekali lagi.
Menyelesaikan pertikaian antara British dan Belanda berkenaan dengan Singapura.
Mengeratkan hubungan diplomasi untuk mendapatkan bantuan kewangan.
British menjaga jajahan Belanda di Timur semasa Perang Napoleon.
Perjanjian London 1824 ditandatangani antara Belanda dan British di London pada 17 Mac 1824.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I. Wilayah pengaruh
II. Kewangan
III. Perdagangan
IV. Percukaian
I dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
II, III dan IV sahaja.
I, II, III dan IV
Pada tahun 1826, British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan sebagai Negeri- negeri Selat.
Mengapakah British bertindak sedemikian?
Menyeragamkan pentadbiran.
Menguasai keseluruhan Selat Melaka.
Mengumpulkan hasil-hasil dari Negeri-negeri Melayu.
Mengaut keuntungan.
Apakah bentuk hubungan antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri- negeri Melayu?
Perdagangan
Pelaburan
Ekonomi
Diplomasi
Gambar tersebut menunjukkan sebuah bangunan. Pada asalnya, apakah peranan bangunan tersebut?
Mahkamah Agung Pulau Pinang
Bangunan Pejabat Awam Melaka
Ibu Pejabat Negeri-negeri Selat
Mahkamah Agung dan Bangunan Perbandaraan Singapura
