Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 : KESIHATAN MANUSIA

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar tentang penyakit.

a)

keadaan yang tidak normal pada badan

b)

keadaan yang tidak normal pada minda

c)

keadaan selesa pada badan dan minda

d)

memberi tekanan kepada seseorang individu

2.

Penyakit berjangkit ialah penyakit ....

a)

yang disebabkan oleh jangkitan daripada patogen

b)

yang disebabkan faktor genetik

c)

yang boleh berpindah dari satu individu kepada individu yang lain

d)

seperti kanser dan sakit buah pinggang

3.

Antara yang berikut yang manakah bukan penyakit berjangkit?

a)

Covid-19

b)

Demam malaria

c)

Taun

d)

Tekanan darah tinggi

4.

Apakah itu patogen?

a)

Organisma yang menyebabkan penyakit

b)

Organisma yang dapat menyembuhkan penyakit berjangkit

5.

Berikut ialah beberapa cara penyakit boleh berjangkit

a)

Bawaan udara

b)

Bawaan air

c)

Sentuhan

d)

Vektor

6.

Antara berikut ialah bukan cara yang dapat mencegah penularan penyakit berjangkit bawaan udara.

a)

Memakai topeng menutup hidung dan mulut

b)

Mencampurkan klorin di dalam kolam renang

c)

Tidak meludah di merata-rata tempat

d)

Elakkan berada di tempat yang sesak

7.

Pilih dua cara jangkitan bawaan udara

a)

Jangkitan air liur

b)

Jangkitan titisan

c)

Jangkitan bersin

d)

Jangkitan habuk

8.

Pilih haiwan yang merupakan vektor penularan penyakit berjangkit.

a)
b)
c)
d)
9.

Langkah-langkah berikut merupakan langkah pencegahan penyakit bawaan air.

a)

Memakai topeng muka

b)

Mencampurkan klorin dalam sistem bekalan air

c)

Membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna

d)

Memanaskan air minuman dengan sempurna

10.

Mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas merupakan satu langkah untuk mencegah penyakit berikut kecuali ...

a)

Kolera

b)

Covid-19

c)

demam kepialu

d)

disentri ameba

11.

Penyakit-penyakit ini merupakan penyakit yang kerap menular dikalangan murid-murid yang tinggal di asrama. Penyakit berjangkit ini menular akibat berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi dan pakaian.

a)

Panau

b)

Kurap

c)

Kudis buta

d)

Demam denggi

12.

Pilih vektor yang padankan dengan patogen yang betul

a)
b)
c)
d)
13.

Pilih penyakit dengan gejala yang betul

a)

Malaria - menggigil, demam dan cirit-birit

b)

Denggi - demam, konjuktivitis, berpeluh

c)

Kolera - cirit-birit dan muntah

d)

Kepialu - demam, ruam, sakit sendi

14.

Pilih urutan yang betul bagaimana nyamuk menyebarkan penyakit.


P : Air liur nyamuk yang berpatogen dikeluarkan semasa menghisap darah

Q : Nyamuk yang berpatogen menghisap darah orang yang belum dijangkiti

R : Nyamuk lain menggigit mangsa yang telah dijangkiti dan menyebarkan ke mangsa lain

S : Jangkitan merebak ke seluruh badan

a)

Q, S, R, P

b)

Q , P, S, R

c)

P, Q, R, S

d)

R, P, Q, S

15.

Antara mekanisme berikut yang manakah bukan mekanisme pertahanan badan tidak spesifik?

a)

Kulit merembes peluh dan sebum yang membunuh patogen

b)

Antibodi melekat pada patogen dan menggumpal

c)

Perut mengandungi asid hidroklorik untuk membunuh bakteria

d)

Membran mukus pada salur pernafasan memerangkap patogen

16.

Gambar di atas menunjukkan satu proses yang berlaku dalam barisan pertahanan kedua. Kenal pasti proses tersebut.

a)

Respirasi

b)

Fagositosis

c)

Homeostasis

d)

Peristalsis

17.

Pilih padanan yang betul antara istilah dengan definisinya.

a)

Vaksin >>> Bahan yang mengandungi patogen yang dilemahkan atau dimatikan

b)

Antigen >>> Jasad asing atau bahan yang bukan daripada badan sendiri yang merangsang penghasilan antibodi

c)

Imunisasi >>> Keupayaan sistem badan untuk melawan suatu patogen

d)

Pemvaksinan >>> Tindakan suntikan vaksin

18.

Graf di atas menunjukkan satu jenis keimunan. Namakan jenis keimunan ini.

a)

Keimunan pasif semula jadi

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semula jadi

d)

Keimunan aktif buatan

19.

Rujuk graf di atas untuk menjawab soalan ini. Pilih pernyataan yang benar mengenai jenis keimunan ini

a)

Suntikan vaksin yang kedua menghasilkan sedikit antibodi

b)

Suntikan vaksin yang pertama (dos penggalak) merangsang badan menghasilkan lebih banyak antibodi

c)

Suntikan vaksin yang kedua menghasilkan lebih banyak antibodi dari suntikan vaksin kali pertama

d)

Apabila graf mencecah garisan putus-putus itu bermaksud seseorang itu akan mencapai keimunan

20.

Apakah jenis keimunan yang ditunjukkan dalam graf di atas?

a)

Keimunan pasif semula jadi

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semula jadi

d)

Keimunan aktif buatan

21.

Pilih contoh-contoh penyakit yang boleh mencapai keimunan jenis keimunan aktif buatan.

a)

Tetanus

b)

Batuk kering

c)

Rubella

d)

Penyakit anjing gila

22.

Pilih perbandingan yang betul antara keimunan aktif buatan (KAB) dan keimunan pasif buatan (KPB).

a)

KAB >>> Mencegah penyakit

KPB >>> Merawat penyakit

b)

KAB >>> Masa yang panjang untuk menerima keimunan

KPB >>> Masa yang pendek untuk memperolehi keimunan

c)

KAB >>> Vaksin yang mengandungi bakteria atau virus yang telah dimatikan atau dilemahkan

KPB >>> Antiserum dari haiwan yang mengandungi antibodi atau antitoksin

d)

KAB >>> Memberi perlindungan jangka masa pendek

KPB >>>Memberi perlindungan jangka masa panjang

23.

Penyakit Covid-19 merupakan penyakit berjangkit melalui

a)

vektor

b)

udara

c)

air

24.

Program immunisasi kebangsaan sedang dilaksanakan dengan giat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Apakah jenis keimunan yang akan diperolehi dari program ini?

a)

Keimunan pasif semulajadi

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semulajadi

d)

keimunan aktif buatan

25.

Antara penyakit-penyakit berikut, penyakit yang manakah yang pencegahannya sama seperti kaedah pemvaksinan Covid-19?

a)

Tuberkulosis

b)

Penyakit anjing gila

c)

Kanser

d)

Polio

e)

Beguk