wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM Himpunan Tatabahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Pemuda yang _____ lebat itu ialah abang sulung saya.

a)

berkumis

b)

bertocang

c)

berbaju

d)

berkain

2.

Budak-budak lelaki itu pergi ke ___ untuk bermain bola sepak.

a)

jalan

b)

sungai

c)

padang

d)

gelanggang

3.

“___ mahu rakyat di negara ini sentiasa bekerjasama dan bersatu padu,” titah Sultan Asyraf.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Tuanku

d)

Baginda

4.

Alya gembira melihat ___ neneknya setelah sembuh daripada demam.

a)

layanan

b)

hantaran

c)

bayaran

d)

senyuman

5.

Ukiran yang menarik dan halus pada ______ kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.

a)

pasar

b)

gerigi

c)

gerbang

d)

kedai

6.

Kami dapat menyaksikan ___ video tentang makyung dan wayang kulit ketika melawat ke Muzium Negara.

a)

penayang

b)

tayangan

c)

tertayang

d)

menayang

7.

Najwa ___ badannya pada sofa yang empuk itu sambil menonton televisyen.

a)

meletakkan

b)

merapatkan

c)

menggalaskan

d)

menyandarkan

8.

“___ berharap agar cikgu tidak melupakan kami,” kata murid-murid itu kepada Cikgu Esther yang akan berpindah ke sekolah lain.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

9.

Kemangkatan Tunku Laksamana Johor menyebabkan rakyat Johor berasa kehilangan kerana ___ ialah putera raja yang mesra rakyat.

a)

baginda

b)

beliau

c)

beta

d)

tuanku

10.

Fida berasa ___ apabila terdengar bunyi burung hantu di luar rumahnya.

a)

gayat

b)

seram

c)

gopoh

d)

tenteram

11.

Setelah selesai memandikan bayinya, Puan Preeta ___ bayinya supaya tidur.

a)

mendukungkan

b)

menimangkan

c)

mendodoikan

d)

memangkukan

12.

Pakar perubatan itu sedang menjalankan ___ tentang ubat-ubatan tradisional.

a)

uji kaji

b)

soal siasat

c)

kaji selidik

d)

soal siasat

13.

Muka Mariam masam kerana kakak datang ___ ketika mengambilnya dari sekolah.

a)

lalu

b)

lama

c)

lewat

d)

lampau

14.
a)

kubis

b)

kobis

15.
a)

taugeh

b)

tauge

16.
a)

strawbery

b)

strawberi

17.

Cikgu Nisya memanggil ___ murid Tahun Lima Bestari beratur di hadapannya.

a)

satu

b)

semua

c)

pelbagai

d)

pertama

18.

Beberapa ___ pokok kelapa telah tumbang akibat tiupan angin kencang.

a)

biji

b)

ruas

c)

batang

d)

rumpun

19.

Para pemain membawa raket ___ ke gelanggang badminton.

a)

para

b)

pelbagai

c)

beberapa

d)

masing-masing

20.

Setiap hari Ahad, ibu Mei Ling akan ___ buah-buahan di pasar tani Lahad Datu.

a)

bertani

b)

berniaga

c)

berternak

d)

berkebun

21.
a)

fiksyen

b)

fiksen

22.

Johari selalu ___ tentang keadaan adik-adiknya di kampung walaupun dia tinggal berjauhan di bandar.

a)

mengambil angin

b)

mengambil hati

c)

mengambil berat

d)

mengikut jejak

23.

Pegawai polis itu _____ cedera di bahu akibat ditembak oleh penjenayah dua tahun lalu.

a)

akan

b)

masih

c)

belum

d)

pernah

24.

Juliana berasa ___ apabila tidak diundang ke majlis hari lahir kawan baiknya.

a)

sakit hati

b)

kecil hati

c)

patah hati

d)

ambil hati

25.

Mary asyik memerhatikan cahaya _____ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.

a)

rama-rama

b)

kupu-kupu

c)

riang-riang

d)

kunang-kunang

26.

Jelas kelihatan ikan-ikan berenang di dalam sungai kerana airnya jernih _____ .

a)

agak

b)

amat

c)

terlalu

d)

paling

27.

Swee Lan gagal menghantar e-mel kerana _____ Internet di kawasan itu kurang baik.

a)

tercapaikan

b)

tercapai

c)

capaian

d)

dicapai

28.

Pemuda itu merupakan jurutera yang berpengalaman _____ dalam bidang kejuruteraan elektrik.

a)

kukuh

b)

tinggi

c)

jauh

d)

luas

29.
a)

feshen

b)

fesyen

30.
a)

kuetiau

b)

kuetiaw

31.

Kita dinasihati __ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.

a)

agar

b)

kerana

c)

tetapi

d)

bagi

32.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran ___ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

33.

Terdapat ____ masyarakat yang masih berkeliaran di luar _____ perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan.

a)

seluruh.....meskipun

b)

segenap.....sama ada

c)

segelintir....walaupun

d)

beberapa.....sungguhpun

34.

Pembelian panik di pasar raya ____ negara telah mendapat ____ luas daripada media massa.

a)

semua.....liputan

b)

segenap.....liputan

c)

seluruh.....liputan

d)

segala liputan

35.

Perdana Menteri ___ semua anggota masyarakat agar patuh ___ arahan kerajaan.

a)

menyuruh.....pada

b)

menyeru.....akan

c)

menggesa.....kepada

d)

mengumumkan.....kepada

36.

Kita ____ supaya menggunakan pensanitasi tangan dari masa ke masa bagi ____ kuman pada tangan.

a)

disuruh.....melupuskan

b)

digesa.....membasmi

c)

diseru.....menghapuskan

d)

diminta.....menghancurkan

37.

____ jalan yang ____ oleh pihak polis mampu mengekang pergerakan penduduk di luar.

a)

Halangan.....diadakan

b)

Hadangan.....dibuat

c)

Sekatan.....dilakukan

d)

Pemeriksaan.....dilakukan

38.

____ penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat membimbangkan semua pihak.

a)

Nilai

b)

Kadar

c)

Tarif

d)

Harga

39.

Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk ____ pergerakan penduduk agar ___ jangkitan virus dapat diputuskan.

a)

memerhatikan.....kitaran

b)

mengawal.....gelungan

c)

memantau.....rantaian

d)

mengawasi.....gelombang

40.

Perdana Menteri _____ semua anggota masyarakat agar tidak ____ maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.

a)

menggesa.....merebakkan

b)

menyuruh.....menyalurkan

c)

meminta.....menularkan

d)

melarang.....menyebarkan

41.
a)

stokin

b)

stoking

42.
a)

terong

b)

terung

43.

Kejayaan Aneezah sebagai murid terbaik UPSR menjadi _____ jiran-jirannya.

a)

mulut murai

b)

mulut tempayan

c)

buah tangan

d)

buah mulut

44.

Keadaan radio yang rosak itu menjadi lebih teruk setelah dibaiki oleh Tan Choong bak kata pepatah _____.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti tikus jatuh ke beras

45.

Posmen itu membuka _____ apabila dikejar anjing.

a)

langkah bendul

b)

langkah kanan

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

46.

"Jika kamu tidak bersalah, usahlah kamu takut," kata Boon Soon kepada Muthu.


Pilih peribahasa yang sesuai.

a)

Berani kerana benar, takut kerana salah.

b)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

d)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

47.

Jessie berasa seronok kerana dapat berehat sambil menyedut udara segar di kampung.

Pilih perkataan antonim bagi menyedut.

a)

menghembus

b)

membuang

c)

menelan

d)

meniup

48.

Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Pilih perkataan sinonim bagi terbilang.

a)

terpuji

b)

tertangkas

c)

termasyhur

d)

teristimewa

49.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Setiap murid perlu beratur semasa bergerak ke dewan,” kata Cikgu Ho kepada semua murid.

a)

Cikgu Ho disuruh oleh setiap murid untuk beratur semasa ke dewan.

b)

Semua murid diminta oleh Cikgu Ho untuk beratur semasa ke dewan.

c)

Cikgu Ho dan semua murid dikehendaki beratur semasa bergerak ke dewan.

d)

Cikgu Ho memberitahu kepada semua murid agar beratur semasa bergerak ke dewan.

50.

Pilih jawapan yang paling sesuai dengan ayat tanya yang diberikan.


Siapakah yang membantu datuk menanam sayur di kebun?

a)

Datuk dan Leslie mengusahakan kebun sayur sejak dua tahun yang lalu.

b)

Leslie membantu datuk menanam sayur di kebun pagi semalam.

c)

Leslie diberi upah kerana membantu datuk menanam sayur di kebun.

d)

Leslie yang membantu datuk menanam sayur di kebun.