wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Air & Larutan

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sifat fizik air tulen KECUALI

a)

Takat beku air tulen ialah 0OC.

b)

Air tulen tidak berwarna.

c)

Ketumpatan air tulen ialah 10 g/cm3

d)

Takat didih air tulen ialah 100OC.

2.

Rajah menunjukkan tindakan kapilari pada tumbuhan. P dan Q masing-masing ialah

a)

daya tarikan dan daya tolakan.

b)

daya tolakan dan daya tarikan.

c)

daya lekitan antara molekul air dengan dinding xilem dan daya lekatan antara molekul air.

d)

daya lekatan antara molekul air dengan dinding xilem dan daya lekitan antara molekul air.

3.

Fenomena tindakan kapilari pada tumbuhan disebabkan

a)

daya lekatan antara molekul air dan dinding xilem membolehkan air dibawa dari akar ke daun.

b)

daya lekitan antara molekul air di permukaan.

4.

Air merupakan

a)

suatu sebatian yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen yang bergabung secara fizikal.

b)

suatu sebatian yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen yang bergabung secara kimia.

c)

suatu campuran yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen yang bergabung secara fizikal.

d)

suatu campuran yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen yang bergabung secara kimia.

5.

Komposisi unsur di dalam molekul air boleh ditentukan dengan menjalankan

a)

endoplasma.

b)

ekspedisi.

c)

eksperimen.

d)

elektrolisis.

6.

Semasa elektrolisis dijalankan,

a)

gas oksigen dihasilkan di katod dan gas hidrogen dihasilkan di anod.

b)

gas oksigen dihasilkan di anod dan gas hidrogen dihasilkan di katod.

7.

Simbol kimia bagi air ialah

a)

HO.

b)

H2O.

c)

H2O

d)

H2O.

8.

Kehadiran bendasing dalam air menyebabkan

a)

takat lebur air dan takat didih air tidak berubah.

b)

takat lebur air menjadi lebih tinggi dan takat didih air lebih rendah.

c)

takat lebur air menjadi lebih rendah dan takat didih air lebih tinggi.

9.

Penyejatan air ialah

a)

proses air bertukar menjadi wap air di seluruh bahagian air.

b)

proses air bertukar menjadi wap air di permukaan air.

c)

proses air bertukar menjadi wap air di dasar air.

d)

proses air bertukar menjadi ais di permukaan air.

10.

Kadar penyejatan air dipengaruhi oleh empat faktor berikut KECUALI

a)

kelembapan udara yang tinggi.

b)

suhu persekitaran yang tinggi.

c)

luas permukaan yang besar.

d)

pergerakan udara yang tinggi.

11.

Apakah contoh aplikasi penyejatan air dalam kehidupan harian yang betul?

a)

Mematikan bakteria di dalam air minuman.

b)

Penghasilan garam laut.

c)

Menjerukkan buah-buahan.

d)

Memproses makan dalam tin.

12.

Zat terlarut ialah

a)

cecair yang boleh melarutkan bahan contohnya air.

b)

bahan yang boleh melarut didalam cecair contohnya gula.

c)

hasil campuran contohnya gula melarut dalam air.

13.

Pelarut ialah

a)

cecair yang boleh melarutkan bahan contohnya air.

b)

bahan yang boleh melarut didalam cecair contohnya gula.

c)

hasil campuran contohnya gula melarut dalam air.

14.

Larutan ialah

a)

cecair yang boleh melarutkan bahan contohnya air.

b)

bahan yang boleh melarut didalam cecair contohnya gula.

c)

hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut di dalam pelarut, contohnya gula melarut dalam air.

15.

Perbezaan larutan tepu dengan larutan pekat ialah

a)

kuantiti zat terlarut terlalu sedikit di dalam pelarut dan boleh melarutkan lebih banyak zat terlarut.

b)

kuantiti zat terlarut berlebihan di dalam pelarut sehingga menghasilkan mendakan.

16.

Pilih kenyataan yang betul berkenaan larutan dan ampaian.

a)

Larutan ialah campuran jernih kerana zat terlarut larut di dalam pelarut.

b)

Larutan ialah campuran jernih kerana zat terlarut tidak larut di dalam pelarut.

c)

Ampaian ialah campuran keruh kerana zat terlarut larut di dalam pelarut.

d)

Ampaian ialah campuran keruh kerana zat terlarut tidak larut di dalam pelarut.

17.

Untuk meningkatkan kadar keterlarutan gula di dalam air kopi ialah

a)

menggunakan air kopi yang panas.

b)

menggunakan air kopi yang sejuk.

c)

mengacau air kopi dengan laju.

d)

menggunakan gula kiub berbanding gula halus.

18.

Kenyataan di bawah adalah berkenaan koloid KECUALI

a)

campuran dua atau lebih zat terlarut yang tersebar secara sekata.

b)

tidak membentuk campuran jernih dan tidak menghasilkan mendakan.

c)

contohnya air sabun dan minyak wangi.

d)

contohnya krim pencukur dan susu.

19.

Air dikenali sebagai pelarut semesta kerana

a)

keupayaannya untuk melarutkan sebahagian bahan sahaja yang terdiri daripada pepejal, cecair ataupun gas.

b)

keupayaannya untuk melarutkan hampir semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas.

20.

Pelarut bukan air ialan

(a)  

21.

Air perlu dibersihkan dan dirawat agar

a)

selamat diminum oleh manusia.

b)

rasa lebih sedap.

22.

Kaedah pembersihan air yang manakah lebih selamat diminum?

a)

Pendidihan

b)

Penurasan

c)

Penyulingan

d)

Pengklorinan

23.

Rajah menunjukkan sistem pembekalan air. Fungsi K ialah

a)

menyingkirkan bendasing seperti ranting kayu dan daun.

b)

mengurangkan keasidan air dengan kapur mati (kalsium hidroksida).

c)

menggumpal dan menenggelamkan zarah-zarah lumpur menggunakan alum.

d)

menyingkirkan bendasing dengan penapis pasir.

24.

Apakah peranan anda sebagai pengguna air yang baik?

a)

Tidak membuang sampah ke dalam aliran air seperti parit dan sungai.

b)

Mandi dengan lebih kerap setiap hari.

c)

Membasuh kenderaan setiap hari.