wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

f5 bab 4

Total questions: 37

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940an.

T5 B4 ms 112 [P1 B5-B6]


  • Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pertubuhan tersebut?


I Bersifat sederhana

II Fokus kepada sosioekonomi

III Berjuang untuk kemerdekaan

IV Menerima bantuan dana asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948? T5 m/s 103

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

Memenuhi desakan orang dagang

d)

Akur tuntutan golongan radikal

3.

Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara? T5 ms 104

a)

Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri

b)

Pembentukan masyarakat berbilang kaum

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

4.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 111 [P1 B5-B6]


Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

Sistem beraja tergugat

b)

Sempadan wilayah tergugat

c)

Negeri menjadi tanah jajahan

d)

Kegiatan perdagangan terjejas

5.

Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946? T5 B4 ms 111 [P2 B1-B5]

a)

Menganjurkan kongres

b)

Mengadakan demonstrasi

c)

Melaksanakan pungutan suara

d)

Mendapatkan bantuan kuasa asing

6.

Piagam Atlantik 1945


Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas? T5 ms 104

a)

Dasar liberalisasi

b)

Amalan realpolitik

c)

Dasar dekolonisasi

d)

Amalan monarki

7.

Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union? T5 m/s 96

a)

Menumpukan taat setia

b)

Menguatkan pasukan tentera

c)

Membantu dalam pentadbiran

d)

Membanteras ancaman komunis

8.

Rajah 2 berkaitan dengan negeri yang diletakkan di bawah Malayan Union.


Malayan Union


#Negeri-Negeri Melayu


#Negeri-Negeri Selat kecuali Singapura


Mengapakah Singapura dikecualikan? T5 B4 ms 96 [RAJAH]

a)

Sumber kewangan kerajaan terhad

b)

Majlis Raja-Raja membuat bantahan

c)

Kaum imigran melancarkan penentangan

d)

Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas

9.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.


Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.


Apakah kesan pernyataan tersebut? T5 ms 99

a)

Komposisi penduduk seimbang

b)

Sistem pertahanan negara mantap

c)

Kedudukan kaum peribumi terancam

d)

Pengaruh golongan radikan berkurangan

10.

Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945? T5 ms 104

a)

Mengadakan rundingan dengan AMCJA-PUTERA

b)

Membentuk Jawatankuasa Perundingan Kerjasama Kaum

c)

Menerima cadangan pembentukan Persekutan Tanah Melayu

d)

Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Bersekutu

11.

Rajah 3 menunjukkan pernyataan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.


Malayan Union 1946


Negeri-Negeri Selat

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu


Mengapakah British bertindak demikian? T5 ms 95

a)

Menjimatkan kewangan kerajaan

b)

Memelihara hak istimewa peribumi

c)

Memperkukuh pemerintahan beraja

d)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

12.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1948? T5 ms 108

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

13.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatkan jus soli. T5 ms 99


Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut?

a)

Menggugat kedudukan raja

b)

Memusnahkan status quo

c)

Pembentukan pelbagai budaya

d)

Penghapusan ekonomi tradisional

14.

Rajah 4 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948. T5 ms 107


Sultan---->Menteri---->Majlis Eksekutif Negeri Majlis Perundangan


Apakah tugas Menteri Besar?

a)

Mengetuai angkatan tentera

b)

Mengetuai upacara rasmi

c)

Mengetuai pentadbiran

d)

Menabalkan raja

15.

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.


  • Pengenalan Malayan Union
  • Penyerahan Sarawak kepada British


Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

T5 ms 98 & 111

a)

Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

Menjejaskan hak kaum peribumi

c)

Menghalang perpaduan kaum

d)

Mengubah sempadan negeri

16.

Sebelum Perang Dunia Kedua

  • Negeri-Negeri Selat
  • Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu


Selepas Perang Dunia Kedua

  • Malayan Union


Rajah di atas menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu. T5 ms 95-96


Apakah tujuan British melakukan perubahan di atas?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Memajukan penduduk tempatan

c)

Menghapuskan sempadan negeri

d)

Menghapuskan pengaruh komunis

17.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan

Union? T5 ms 99

a)

Mempertahankan tamadun bangsa

b)

Melemahkan golongan radikal

c)

Meningkatkan kos pentadbiran

d)

Kesukaran mendapatkan kerakyatan

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948. T5 B4 ms 104 [ P1 B3-B6 ]


· Pegawai kanan British

· Pemimpin UMNO

· Wakil Raja – Raja Melayu


Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?

a)

Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

c)

Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

19.

Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.


KAMI TIDAK MAHU

DIJAJAH


Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’ (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ? T5 B4 ms 110 [ P4 B7 ]

a)

Taraf kerajaan sendiri terjejas

b)

Sempadan negeri akan diubah

c)

Majlis Tertinggi Negeri dibubar

d)

Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan

20.

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.


· Angkatan Wanita Sedar (AWAS )

· Angkatan Pemuda Insaf (API )

· Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ? T5 ms 99

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

21.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Brirish.

T5 m/s 110

Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan ?

a)

Kemasukan kaum imigran akan berterusan

b)

Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan

d)

Hak istimewa penduduk peribumi terjejas

22.

Akhbar----> Tempat

Utusan Melayu----> Singapura

Majlis---->Kuala Lumpur

Warta Negara----> Pulau Pinang

Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan ?T5 ms 100,101

a)

Menyeru orang Melayu bersatu

b)

Menganjurkan pertubuhan politik

c)

Menyebarkan ideologi demokrasi

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

23.

Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946 ? T5 ms 101

a)

Mengeratkan perpaduan antara kaum

b)

Menentang pelaksanaan Malayan Union

c)

Memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu

d)

Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat

24.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu? T5 ms 107

a)

Pelaksanaan sistem penasihat

b)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

c)

Penyelarasan sistem pewarisan takhta

d)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

25.

Tahun-----> 1946

Peristiwa---> Pengenalan Malayan Union




Apakah kesan peristiwa di atas terhadap orang Melayu? T5 ms 102 ( no 27)

a)

Perpaduan kukuh

b)

Ekonomi meningkat

c)

Budaya berkembang

d)

Kuasa sultan bertambah

26.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan union di Tanah Melayu.


Dari Bentan ke Kuala Sedidi

Singgah Berjaja di Batu Pahat

Syarat kerakyatan secara jus soli

Kuasa raja turut tergugat


Apakah tindakan orang Melayu ? T5 ms 98-99

a)

Memohon bantuan luar

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Menggubal perlembagaan alternatif

d)

Mengadakan demonstrasi secara aman

27.

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.


Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut? T5 B4 ms 104 [ P3 B2-B3 ]

a)

Menamatkan Malayan Union

b)

Memperkukuh sistem pertahanan

c)

Mengawal kedatangan kaum imigran

d)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

28.

Jadual 6 berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. T5 B4 ms 108 [ P2 B2-B4 ]


Tahun ----> Peristiwa

1948 ----> Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani


Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu

a)

Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

Parti - parti politik digabungkan

c)

Syarat kerakyatan dipermudah

d)

Hak istimewa dilindungi

29.

Rajah 3 berkaitan dengan asa kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.


Asas Kerakyatan Malayan Union

Kewarganegaraan sama

Prinsip jus soli


Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut? T5 ms 98-100

a)

Perkembangan ekonomi luar Bandar

b)

Pengukuhan kuasa pembesar tempatan

c)

Pengurangan jumlah penduduk peribumi

d)

Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu.


· Prinsip kerakyatan sama rata

· Pesuruhjaya negeri di setiap negeri

· Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu


Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut? T5 B4 ms 96 [ JADUAL ]

a)

Malayan Union

b)

Pentadbiran Tentera British

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

31.

Berdasarkan Perlembagaan 1941. Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan sendiri kepada Sarawak.


Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan? T5 ms 110-111

a)

Tentangan pembesar tempatan

b)

Kekurangan bilangan pegawai

c)

British mengambil alih pentadbiran

d)

Bantahan daripada Kesultanan Brunei

32.

Senarai berikut menerangkan penubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas

Perang Dunia Kedua.


· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

· Barisan Tani Malaya (BATAS)


Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut? T5 ms 100


a)

Menentang kemasukan kaum imigran

b)

Menentang pembentukan sistem Ahli

c)

Menyokong pendidikan sekular

d)

Menyokong Malayan Union

33.

Tarikh----> 8 Februari 1946

Peristiwa--->Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan

British.


Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak? T5 ms 110

a)

Penentangan Majlis Negeri

b)

Penipuan terhadap pembesar

c)

Penghapusan hak istimewa peribumi

d)

Percanggahan dengan Perlembagaan 1941

34.

Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946. T5 ms 110


Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

a)

Mencanggahi Perlembagaan 1941

b)

Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri

c)

Mengugut pembesar bagi mendapat persetujuan

d)

Menghapus hak istimewa pemimpin tempatan

35.

Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946? T5 ms 95


a)

Menyekat pengaruh dan campur tangan luar

b)

Mendapatkan sokongan penduduk tempatan

c)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

d)

Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

36.

Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu. T5 ms 96 & 108


Jus soli

Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura


Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

Kesamarataan agihan ekonomi

b)

Pelaksanaan perkongsian kuasa

c)

Mengehadkan kemasukan imigran

d)

Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

37.

Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak , Duncan Stewart telah dibunuh.

Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut? T5 ms 111


a)

Pengaruh golongan radikal meningkat

b)

Pentadbiran kerajaan menjadi lemah

c)

Rosli Dhobi dihukum gantung

d)

Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan