Font size
WorksheetsTenaga Tahun 5 oleh Cikgu Zarina
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Antara berikut yang manakah sumber tenaga tidak boleh dibaharui?
bahan nuklear
matahari
makanan
biojisim
Tandakan sumber tenaga yang boleh dibaharui
petroleum
ombak
gas asli
angin
Tenaga ini dapat menerangi bumi dan memberi haba kepada kita.
Nyatakan bentuk tenaga yang terlibat
Tenaga nuklear
Tenaga suria
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai tenaga.
Tenaga boleh berubah bentuk kepada bentuk lain
kita memerlukan tenaga untuk membuat kerja
Tenaga boleh dimusnahkan
Tenaga nuklear adalah satu bentuk tenaga
Simbol di atas bermaksud.....dalam tenaga ialah
dimakan oleh
dibentuk kepada
dihasilkan kepada
berubah kepada
Mengapakah kita menggunakan bahan api fosil untuk menjana tenaga elektrik walaupun penggunaannya mencemarkan udara?
Boleh jawab lebih daripada satu.
kuantiti banyak
kuantiti sedikit
lebih murah
mudah didapati
senang dan mudah digunakan
Apakah perubahan tenaga yang berlaku apabila telefon bimbit digunakan?
Tenaga kimia → Tenaga haba → Tenaga cahaya → Tenaga bunyi
Tenaga kimia → Tenaga elektrik → Tenaga cahaya → Tenaga haba
Tenaga kimia → Tenaga elektrik → Tenaga cahaya → Tenaga bunyi
Tenaga elektrik → Tenaga cahaya → Tenaga bunyi
Mengapakah sumber tenaga boleh dibaharui tidak banyak digunakan sekarang?
Tanda pada jawapan yang betul. Boleh lebih daripada satu.
Tidak boleh disimpan lama
tidak stabil, bergantung pada situasi
sangat murah
kos tinggi
Berdasarkan gambar situasi di atas, nyatakan perubahan tenaga yang terlibat?
Tenaga kinetik → tenaga keupayaan → tenaga bunyi
Tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga bunyi
Tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga bunyi
Tenaga kinetik → tenaga kimia → tenaga keupayaan
Sumber tenaga boleh dibahagikan kepada 2 iaitu....
Tanda pada jawapan yang betul. Jawapan boleh lebih daripada satu.
Boleh berubah bentuk
Boleh dibaharui
Tidak boleh dibaharui
boleh dihasilkan
Tenaga keupayaan boleh didapati daripada....
Jawapan lebih daripada satu
Nyatakan perubahan bentuk gambar di atas.
Tenaga suria → tenaga haba
Tenaga suria → tenaga elektrik
Tenaga suria → tenaga cahaya
Tenaga elektrik → tenaga suria → tenaga haba
Perhatikan gambar di atas. Tanda sumber tenaga yang sentiasa ada secara berterusan.
Jawapan boleh lebih daripada 1
matahari
bahan api fosil
ombak
angin
biojisim
Apakah maksud Biojisim?
didapati daripada tumbuhan dan haiwan untuk membekalkan tenaga apabila dimakan.
sumber tenaga yang dihasilkan oleh manusia untuk membekalkan tenaga elektrik.
bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan yang membekalkan tenaga apabila dibakar.
membekalkan tenaga untuk menggerakkan kapal layar dan bilah pada kincir angin.
Tenaga kimia → tenaga haba → tenaga cahaya.
Antara gambar berikut, yang manakah menunjukkan perubahan bentuk tenaga yang sama seperti di atas?
