WorksheetsDASAR-DASAR NEGARA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
Dasar ini melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta.
a)
Dasar Pensyarikatan
b)
Dasar Penswastaan
c)
Dasar Pandang ke Timur
d)
Dasar Pendidikan
2.
Nyatakan strategi yang bukan dalam melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
a)
Meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan dan hubungan budaya
b)
Saling tidak menghormati kebudayaan etnik
c)
Membangkitkan semangat nasionalisme
d)
Menyelidik, memulihkan dan memelihara nasionalisme agar tidak hilang ditelan zaman
3.
Berikut dasar-dasar kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional kecuali
a)
Dasar Pendidikan
b)
Dasar Sukan
c)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
d)
Dasar Pensyarikatan
4.
Berikut potensi-potensi yang ada pada Negara Malaysia untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020 kecuali
a)
Ekonomi Malaysia hari ini berpandukan eksport melalui industri berteknologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
b)
Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
c)
Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpaksikan modal insan, inovasi dan idea
d)
Pendidikan dan latihan tidak diberi keutamaan dalam pembangunan di bawah rancangan pembangunan Malaysia
5.
Aspek utama petunjuk negara maju dan sejahtera kecuali
a)
Agama dan Kepercayaan
b)
Ekosistem
c)
Prasarana
d)
Politik
6.
Kepentingan membina negara maju dan sejahtera seperti berikut kecuali
a)
Mengutamakan pentadbiran kerajaan
b)
Mensejahterakan dan membahagiakan rakyat
c)
Meningkatkan taraf hidup rakyat
d)
Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi
7.
Petunjuk negara maju dan sejahtera adalah seperti berikut kecuali
a)
Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
b)
Mengatasi masalah kependudukan
c)
Tahap kesihatan yang rendah
d)
Tahap pendidikan yang tinggi
8.
Berikut tonggak utama dalam Model Baru Ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 kecuali
a)
1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
b)
Program Transformasi Kerajaan (PTK)
c)
Program Transformasi Ekonomi (PTE)
d)
Rancangan Malaysia Kesebelas
9.
Berikut usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kecuali
a)
Membangunkan modal insan
b)
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
c)
Mengawal keselamatan
d)
Menyediakan infrastruktur
10.
Pernyataan manakah yang bukan alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang
a)
Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, jantina dan kedudukan (status sosial)
b)
Menjamin institusi kehakiman yang bebas
c)
Mengawal ketenteraman atau keamanan
d)
Keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan
100 %
