Font size
WorksheetsKSSM SEJARAH T4 BAB 2
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya"
Siapakah nama tokoh yang mengemukakan pernyataan tersebut?
Profesor William R.Roff
Hans Kohn
Dr.R.Suntharalingam
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Yang manakah antara berikut merupakan maksud nasionalisme?
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Usaha mewujudkan empayar yang luas
Usaha meningkatkan martabat sesebuah negara
Perjuangan menentang penjajahan
John Locke telah menghasilkan karya Two Treatises of Government.
Apakah pandangan beliau berkaitan undang-undang?
Undang-undang perlu digubal bagi mengawal keselamatan rakyat
Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi hak asasi manusia
Undang-undang perlu digubal bagi menjamin perpaduan rakyat
Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi kehendak manusia
Apakah kesan daripada Revolusi Keagungan 1688?
Pemantapan sistem raja berperlembagaan
Kemunculan golongan kapitalis
British meluaskan empayar
Penamatan sistem beraja di England
India mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.
Siapakah yang dilantik sebagai Perdana Menteri Pertama India?
Muhammad Ali Jinnah
Jawaharlal Nehru
Arya Samaj
Mahatma Gandhi
Antara yang berikut, yang manakah matlamat nasionalisme di China?
Mempertahankan tradisi dan peradaban China
Menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu
Menyokong pemerintahan Barat
Meluaskan empayar
Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?
(a)
Semangat bushido merupakan asas pembinaan nasionalisme semasa era pemulihan Meiji.
Antara berikut, yang manakah maksud semangat bushido?
Sikap yang sanggup menanggung risiko
Bersungguh-sungguh mencapai cita-cita
Bersemangat menentang musuh
Menentang menggunakan kekejaman
Siapakah yang telah melancarkan gerakan pemulihan Jepun pada 1868?
(a)
Apakah tuntutan Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal?
Menuntut Sepanyol melakukan perubahan politik
Menuntut kemerdekaan segera
Menuntut kewarganegaraan Sepanyol
Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
Siapakah pengasas Katipunan?
(a)
Apakah akhbar yang diterbitkan oleh Katipunan bagi menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?
(a)
Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar. Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?
Menuntut hak bersuara pelajar universiti
Menentang pengaruh Barat
Menuntut penubuhan sebuah universiti
Memperjuangkan hak asasi pelajar
Siapakah nama tokoh dalam gambar tersebut?
(a)
Namakan parti yang ditubuhkan oleh beliau bersama Nai Pridi Phanomyong.
(a)
Nama asal Thailand ialah (a)
Nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme lain yang berlaku di Asia Tenggara.
Menentang penjajah
Mempertahankan kedaulatan Thailand
Menjunjung pentadbiran raja berkuasa mutlak
Mendapatkan kemerdekaan
Muhammadiyah merupakan salah satu pertubuhan dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.
Apakah ciri-ciri perjuangan pertubuhan ini?
Menyebarkan Islam sebenar
Membanteras ancamana sekularisme barat
Mempertahankan agama Islam
Menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran
Pelaksanaan birokrasi Barat oleh Raja Mongkut dalam sistem pentadbiran Thailand adalah untuk membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.
Apakah kesan daripada tindakan Raja Mongkut tersebut?
Thailand berjaya meluaskan empayarnya
Thailand menjadi kuasa ekonomi yang kuat di Asia Tenggara
Thailand berjaya mengekalkan kedaulatannya
Thailand setanding dengan kuasa-kuasa Barat
Apakah kesan Revolusi Thai 1932 terhadap politik Thailand?
Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
Meneruskan sistem raja berkuasa mutlak
Pelaksanaan birokrasi Barat dalam pentadbiran
Pendidikan Barat diperluaskan
'Pemerintahan beraja menjadi simbol penindasan yang menggugat hak rakyat.'
Apakah peristiwa berlaku di Barat yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?
Revolusi perindustrian
Revolusi pertanian
Revolusi Keagungan
Revolusi Rakyat
John Locke menggubal 'Bill of Rights'
Pernyataan manakah berkaitan dengan penggubalan akta di atas?
Raja berkuasa mutlak
Raja berperlembagaan
Raja di bawah undang-undang
Raja berkuasa terhad
Penduduk Amerika melaungkan slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan"
Mengapakah mereka bertindak demikian?
Benci dengan penjajahan
Ketiadaan wakil di Parlimen
Cukai membebankan
Hak rakyat dipersoalkan
Mahatma Ghandi menjadikan Satyagraha sebagai pegangan untuk nasionasme di India.
Apakah Satyagraha?
Berpegang teguh dengan kebenaran
Tali persaudaraan
Ikatan kasih sayang
Muafakat masyarakat
Mengapakah orang China menentang Dinasti Manchu?
Berlaku kejam terhadap rakyat
Menolak perinsip kemanusiaan
Dianggap sebagai orang luar
Hilang autoriti
• Revoluisi Perancis
• Revolusi England
Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?
Memperjuangkan kedaulatan negara
Mempertahankan peradaban
Menentang penguasaan ekonomi
Penentangan pemerintahan beraja
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.
• Bal Gangadhar Tilak
• Bipin Chandra Pal
Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?
Menggerakkan perjuangan militan
Menentang lelemahan pemerintah
Mempertahankan pemerintahan Islam
Memberi perhatian isu sosioagama
”Hilang Gelap Terbitlah Terang“ merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.
Apakah kandungan buku tersebut ?
Kemerdekaan negara
Kemunduran peribumi.
Kepentingan kerjasama.
Kesetiaan kepada raja.
Thaiand telah berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.
Apakah kesan terhadap negara tersebut
Persaingan kuasa barat
Pemantapan kuasa raja.
Pengekalan kemerdekaan
Penguasaan ekonomi oleh imigran.
Apakah sumbangan tokoh ini dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?
Perjuangan berpendidikan agama
Perjuangan bercorak radikal
Perjuangan melalui penulisan
Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
• Diterbitkan pada 23 julai 1906
• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran islam sebenar.
Apakah akhbar tersebut ?
Saudara.
Neracha
Al-Imam
Pengasuh
Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.
• Mari kita berjuang
• Angan – angan dengan gurindam
• Sedarlah
Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut ?
Memupuk semangat kebangsaan
Menyeru penubuhan persatuan
Menentang tuntutan orang dagang
Menuntut kemerdekaan negara
Persatudaraan Sahabat Pena ( PASPAM ) telah ditubuhkan pada tahun 1934.
Apakah peranan PASPAM ?
Menegakkan ajaran Islam
Menggalakkan kemajuan bangsa
Memajukan budaya dan maruah
Menggalakkan ahlinya untuk bersatu
Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang Melayu.
Apakah bukti keberkesanan perjuangan kesatuan tersebut?
Pembentukan pasukan tentera semut
Mendapat naungan daripada kerajaan British.
Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.
Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.
Mengapakah perjuangan Dol Said menentang British dianggap satu gerakan nasionalisme?
Perjuangan mempertahankan hak asasi
Perjuangan yang mendaulatkan wilayahnya
Perjuangan menuntut kemerdekaan
Perjuangan mempertahankan kekayaan negara
Apakah yang berlaku ketika Dahagi India 1857?
Pemberontakan oleh sepoi atau askar upahan British berbangsa India akibat ancaman terhadapa adat, budaya dan agama.
Pemberontakan rakyat India kerana tidak mendapat bekalan yang mencukupi.
Pemberontakan akibat keinginan untuk mencapai kemerdekaan.
Pemberontakan pemimpin-pemimpin India dan rakyat.
Mengapakah INC dan Liga Muslim membentuk Jawatankuasa Khas selepas Perang Dunia Kedua?
Mengisytiharkan kemerdekaan
Merangka rancangan pembahagian India dan Pakistan.
Menyatukan negara India dengan Pakistan.
Menghapuskan British di India.
Mengapakah masyarakat China hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu?
Dinasti Manchu gagal menghalang kemasukan kuasa Barat.
Dinasti Manchu tidak menjaga kebajikan masyarakat China.
Dinasti Manchu bekerjasama dengan kuasa asing.
Dinasti Manchu mengenaka cukai yang tinggi kepada rakyat.
Negara berikut terlibat Revolusi dalam Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat KECUALI ?
Revolusi Keagungan
Revolusi Amerika
Revolusi Perancis
Revolusi Itali
Siapakah penulis karya Hilang Gelap Terbitlah Terang?
Raden Adjeng Kartini
Soekarno
Jokowi Widodo
Soeharto
Pak Sako
Putera Gunung Tahan
Apakah tema yang diketengahkan oleh tokoh tersebut?
Penentangan terhadap idea pembaharuan Barat
Kepentingan menikmati kebebasan
Kepentingan pendidikan dalam kalangan kaum wanita
Kepentingan perpaduan dalam penentangan penjajah
Penubuhan madrasah telah meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar dalam pendidikan moden Islam.
Antara madrasah yang ditubuhkan pada awal abad ke-20 ialah
Madrasah al-Idrisiyah
Madrasah Muhammadiah
Madrasah Diniah Bakriah
Madrasah Darul Muttaqin
Golongan intelektual mempunyai pengaruh yang luas dalam menyebarkan idea nasionalisme di negara kita.
Bagaimanakah mereka menyuarakan idea dan tuntutan mereka?
Perbincangan dengan penjajah
Mengadakan kongres
Penulisan akhbar dan majalah
Demonstrasi jalanan
Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) telah ditubuhkan oleh masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat.
Apakah matlamat persatuan ini?
Menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal
Menuntut menganggotai Majlis Mesyuarat Kerja
Meluaskan aktiviti perniagaan
Melanjutkan pelajaran tinggi di Britain
Apakah cerpen yang pernah dihasilkan oleh tokoh tersebut?
Habis Gelap Terbitlah Terang
Cerita Awang Putat
Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
Rumah Besar Tiang Sebatang
Central India Association of Malaya (CIAM) telah ditubuhkan pada Oktober 1936 di bawah pimpinan Dr. A.M Soosay.
Apakah matlamat perjuangan persatuan tersebut?
Menuntut peluang berkhidmat dengan kerajaan
Melibatkan diri dalam pentadbiran British
Menjaga kebajikan orang India di Tanah Melayu
Mengembangkan kesedaran politik anti-British
Ibu Zain
Bulan Melayu
Apakah tema yang menjadi asas kepada majalah tersebut?
Memartabatkan bahasa Melayu
Kepentingan ilmu pengetahuan mengangkat martabat wanita
Meningkatkan semangat cintakan tanah air
Menggesa orang Melayu agar bersatu padu
§ The Malay Mail
§ The Malay Tribune
Apakah peranan akhbar tersebut dalam bidang pendidikan orang Melayu?
Membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu
Memuatkan isu semasa berkaitan pendidikan
Mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara
Menjadi wadah informasi kepentingan kemajuan
Apakah faktor luar yang mempengaruhi nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia Kedua?
Penyebaran ideologi Komunis
Kemunculan golongan berpendidikan Barat
Kehebatan kuasa asing
Kejayaan Jepun menewaskan Rusia
Kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan perjuangan tokoh agama yang dibawa oleh Gerakan Islah.
Antara yang berikut, tokoh manakah tidak terlibat dengan Gerakan Islah?
Muhammad Rakawi Yusuf
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Syed Syeikh al-Hadi
Haji Abbas Mohd Taha
