Font size
WorksheetsTawanan Komander Caucasus
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Berikan satu peristiwa yang menunjukkan perwatakan Farhani seorang yang berani
Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah. Berikan persoalan bagi peristiwa ini
Farhani seorang yang baik hati. buktikan pernyataan ini dengan memberikan contoh peristiwa yang sesuai
Bara, Farhani dan Dara Merah berpakat dan merancang strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus serta membebaskan Puteri Cleoptera dan rakan-rakannya yang telah ditawan.
Berikan latar masyarakat bagi peristiwa di atas.
Cikgu Salimah telah mengunjungi keluarga Farhani untuk bertanya khabar dan menyatakan rasa simpatinya. Encik Adnan dan Puan Asmah reda dengan kehilangan Farhani dan tidak sesekalipun menyalahkan Cikgu Salimah apatah lagi untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
apakah perwatakan Cikgu Salimah berdasarkan contoh di atas?
Dalam keadaan kelam-kabut itu, Bara membuka pintu balang kaca dan mencengkam lengan Farhani lalu menyeretnya pergi tetapi Farhani bertegas mahu menyelamatkan seseorang yang terkurung di dalam balang kaca. Farhani berusaha membuka balang kaca yang menempatkan Kim Yong
Apakah teknik plot bagi peristiwa di atas?
berikan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kebijaksanaan.
Nyatakan dua perwatakan Bara. berikan contoh peristiwa yang menggambarkan perwatakan tersebut.
Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Farhani berlima. Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.
apakah persoalan bagi peristiwa di atas?
Farhani seorang yang rajin.
Buktikan pernyataan ini.
