wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah nombor pengoksidaan bagi unsur kromium dalam larutan kalium dikromat (VI) K2Cr2O7?

a)

+2

b)

+3

c)

+5

d)

+6

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks?

a)

Tindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku berasingan

b)

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku lambat

c)

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak

d)

Tindak balas pembakaran dan penurunan berlaku serentak

3.

Berikut ialah merupakan definisi bagi tindak balas pengoksidaan, kecuali?

a)

Tindak balas yang melibatkan penambahan oksigen

b)

Tindak balas yang melibatkan kehilangan elektron

c)

Tindak balas yang melibatkan penambahan hidrogen

d)

Tindak balas yang melibatkan penambahan nombor pengoksidaan

4.

Berikut merupakan tindak balas penurunan kecuali?

a)

Penambahan oksigen

b)

Kehillangan hidrogen

c)

Pengurangan nombor pengoksidaan

d)

Menerima elektron

5.

Manakah di antara berikut bukan tindak balas redoks?

a)

Tindak balas peneutralan

b)

Tindak balas penyesaran logam

c)

Tindak balas pembakaran logam magnesium di udara

d)

Tindak balas penyesaran halogen daripada sebatian halida

6.

Adakah tindak balas penguraian ganda dua merupakan tindak balas redoks?

a)

Ya

b)

Tidak

7.

Penukaran ion Fe2+ kepada ion Fe3+ boleh diperhatikan melalui perubahan warna larutan daripada

a)

Hijau pucat kepada perang

b)

Perang kepada hijau pucat

c)

Hijau pucat kepada jingga

d)

Perang kelada jingga

8.

Dalam sel redoks elektron bergerak melalui litar luar daripada

a)

Katod ke anod

b)

Elektrod positif ke elektrod negatif

c)

Anod ke katod

d)

Elektrod kiri ke kanan

9.

Warna larutan kuprum(II) sulfat ialah

a)

Perang

b)

Biru

c)

Jingga

d)

Hijau

10.

Logam oksida di bawah boleh diekstrak menggunakan karbon kecuali?

a)

Aluminium oksida

b)

Stanum (IV) oksida

c)

Ferum(II) oksida

d)

Plumbum (II) oksida

11.

Apakah nombor pengoksidaan bagi logam kuprum?

a)

0

b)

+2

c)

-2

d)

+1

12.

Berikut merupakan agen pengoksidaan kecuali

a)

Air bromin

b)

Zink

c)

Larutam kalium manganat (VII) berasid

d)

Larutan kalium dikromat (VI) berasid

13.

Berikut merupakan agen penurunan kecuali

a)

Air klorin

b)

Zink

c)

Magnesium

d)

Gas hidrogen sulfida

14.

Apakah syarat bagi pengaratan besi berlaku?

a)

Air dan udara

b)

Air dan asid

c)

Udara dan asid

d)

Air, udara dan garam

15.

Berikut merupakan persamaan ion

X(s) + Y2+ (ak) —-> X2+(ak) + Y (s)


Manakah yang benar tentang persamaan itu?

a)

Y2+ dioksidakan

b)

X ialah agen pengoksidaan

c)

X ialah agen penurunan

d)

X menderma elektron kepada Y2+

16.

Al + 3Ag+ —-> Al3+ + 3Ag


Pernyataan manakah yang betul?

a)

Ion argentum dioksidakan

b)

Ion argentum ialah satu agen penurunan

c)

Atom aluminium mengalami pengoksidaan

d)

Atom aluminium menerima elektron

17.

Perubahan nombor pengoksidaan bagi kromium dalam tindak balas berikut ialah

Cr2O72- + 14H+ + 6Fe2+ —> 6Fe3+ + 2Cr3+ + 7H2O

a)

+6 kepada +2

b)

+6 kepada +3

c)

+7 kepada +2

d)

+7 kepada +3

18.

Berapakah nombor pengoksidaan bagi unsur kromium dalam kalium dikromat (VI), K2Cr2O7?

a)

+2

b)

+3

c)

+5

d)

+6

19.

Antara berikut yang manakah berlaku di X?

a)

Nombor pengoksidaan berubah dari 0 ke +2

b)

Larutan perang menjadi tidak berwarna

c)

Ion iodida dioksidakan

d)

Jisim X bertambah

20.

Antara persamaan berikut yang manakah berlaku di katod?

a)

Fe —> Fe2+ + 2e

b)

Fe2+ + 2e —> Fe

c)

O2 + 2H2O + 4e —> 4OH-

d)

4OH- —> O2 + 2H2O + 4e

21.

Eksperimen menunjukkan kesan logam magnesium dan kuprum terhadap pengaratan besi.


Manakah yang benar tentang eksperimen ini?

a)

Warna merah jambu kelihatan pada tabung uji X selepas 2 hari.

b)

Warna merah jambu kelihatan pada tabung uji Y selepas 2 hari.

c)

Mendakan biru gelap kelihatan pada tabung uji X selepas 2 hari.

d)

Tiada perubahan pada warna agar-agar.

22.

Warna hasil yang terbentuk ialah kuning semasa panas dan putih apabila sejuk.


Apakah logam tersebut?

a)

Ferum

b)

Plumbum

c)

Zink

d)

Kuprum

23.

Pernyataan manakah betul tentang tindak balas dalam sel kimia itu?

a)

Ion M2+ dioksidakan

b)

L lebih elektropositif daripada M

c)

Penurunan berlaku di elektrod L

d)

L ialah zink dan M ialah magnesium

24.

Persamaan berikut merupakan tindak balas antara karbon dengan zink oksida


C + 2ZnO —> CO2 + 2Zn


Manakah yang benar?

a)

Zink oksida dioksidakan kepada zink

b)

Karbon ialah agen penurunan

c)

Nombor pengoksidaan bagi karbon berkurang

d)

Nombor pengoksidaan bagi zink bertambah

25.

Logam manakah dapat mencegah pengaratan apabila bersentuhan dengan besi?

a)

Plumbum

b)

Argentum

c)

Kuprum

d)

Magnesium

26.

2Br- —> Br2 + 2e


Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas pengoksidaan berdasarkan persamaan tersebut?

a)

Elektron diterima oleh bromin

b)

Elektron diderma oleh bromin

c)

Elektron diterima oleh ion bromida

d)

Elektron diderma oleh ion bromida