Font size
WorksheetsKIMIA Cg. RITA-Trg1
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Antara bahan berikut yang manakah terdiri daripada ion
Zink
Ammonium klorida
Naftalena
Oksigen
Apakah yang dimaksudkan dengan Pemalar Avogadro?
Bilangan zarah dalam satu mol bahan
Tekanan bagi satu mol bahan
Isipadu yang dipenuhi oleh satu mol gas
Jisim bagi satu mol bahan
Logam Y bersifat lembut dan berkilat. Ia bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan satu larutan yang menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Apakah Logam Y?
Ferum
Kuprum
Kalium
Stanum
Antara berikut yang manakah sebatian ion?
H2O
SO3
NH3
MgBr2
Antara berikut, yang manakah betul tentang elektrolit?
Mempunyai ion-ion yang bergerak bebas dalam larutan akues
Wujud sebagai cecair pada suhu bilik
Larut dalam air
Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal
Antara zarah-zarah dalam larutan ammonia, yang manakah menunjukkan sifat alkali?
H+
OH-
NH4+
NH3
Antara berikut garam manakah boleh disediakan melalui tindakbalas pemendakan?
I Zink nitrat
II Barium sulfat
III Argentum klorida
IV Kalium karbonat
I dan III sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I dan II sahaja
CaCO3 + 2HCI -----> CaCl2 + CO2 + H2O
Berdasarkan persamaan kimia di atas, apakah perubahan yang dapat diperhatikan untuk menentukan kadar tindak balas?
Pertambahan isipadu gas yang terbebas
Pertambahan jisim bahan tindak balas
Pengurangan isipadu larutan bahan tindakbalas
Mendakan yang terbentuk berkurang
Antara berikut, yang manakah berlaku semasa proses pengoksidaan?
Kehilangan oksigen
Terima hidrogen
Kehilangan elektron
Pengurangan nombor pengoksidaan
Apabila Zink dilarutkan dalam asid hidroklorik, suhu didapati meningkat. Jenis perubahan haba ini digambarkan sebagai
Eksotermik
Isotermik
Endotermik
Poliisotermik
Che Nom ingin membakar tart keju yang manis tetapi mempunyai kalori dan menarik warnanya. Bahan manakah yang perlu ditambah kedalam tart keju itu?
Monosodium glutamat dan asid benzoik
Monosodium glutamat dan tatrazina
Aspartam dan asid benzoik
Aspartam dan tatrazina
Diantara ion-ion berikut yang manakah menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan ammonium berlebihan?
Mg2+
Al3+
Zn2+
Pb2+
Apakah sifat seramik yang membuatkannya sesuai untuk menjadi lapisan penebat dalam lapisan relau?
Lengai terhadap bahan kimia
Penebat haba
Keras dan kuat
Penebat elektrik
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara karbon dengan kuprum(II) oksida
C + 2CuO -----> CO2 + 2Cu
Antara pernyataan berikut yang manakah benar berkaitan tindak balas tersebut.
I Pepejal perang terhasil
II Karbon bertindak sebagai agen pengoksidaan
III Nombor pengoksidaan kuprum bertambah dari
0 kepada +2
IV Nombor pengoksidaan kuprum berkurang dari
+2 kepada 0
I dan II
I dan IV
III dan IV
I, II dan IV
HCl + KOH -----> KCl + H2O AH= -57kJmol-1
Berdasarkan persamaan termokimia di atas, hitungkan perubahan haba apabila 50 cm3, 0.1 moldm-3 HCl bertindakbalas dengan 50cm3, 0.1 moldm-3 KOH
57 J
285 J
357 J
385 J
Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?
Naftalena
Stim
Udara
Neon
Logam Y bertindak balas dengan klorin menghasilkan pepejal hijau YCl2 atau pepejal perang YCl3. Berdasarkan hasil tindakbalas di atas, dimanakah kedudukan logam Y di dalam jadual berkala unsur
Kumpulan Logam Alkali
Kumpulan Halogen
Kumpulan Logam Peralihan
Kumpulan Gas Adi
0.2 mol pita Magnesium bertindak balas dengan asid nitrik cair berlebihan. Selepas 30 saat didapati 0.05 mol Magnesium tertinggal sebagai baki. Berapakah kadar tindakbalas purata itu?
1.7 x 10-3 mols-1
1.5 x 10-3 mols-1
2.3 x 10-3 mols-1
5.0 x 10-3 mols-1
Seorang pelajar ingin mengkaji haba penyesaran menggunakan logam plumbum. Yang manakah larutan yang sesuai digunakan dalam eksperimen ini?
I Zink nitrat
II Kuprum (II) nitrat
III Argentum nitrat
IV MagnesiuM nitrat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Setiap pagi Muthu menolong ayahnya mengumpul latek dari pokok getah. Dia mendapati latek menggumpal selepas beberapa jam. Bagaimanakah Muthu dapat mengelakkan latek daripada menggumpal?
Tambah larutan ammonia
Tambah larutan natrium klorida
Tambah asid etanoik
Tambah sulfur monoklorida
1.2g unsur X bertindakbalas dengan 8g unsur Y untuk membentuk sebatian yang mempunyai formula XY2. Berapakah jisim atom relatif bagi unsur X ? (Jisim atom relatif Y = 80)
9
12
24
40
Persamaan berikut menunjukkan tindakbalas antara asid sulfurik dan kalium hidroksida.
H2SO4 + 2KOH -----> K2SO4 + 2H2O
Berapakah isipadu larutan kalium hidroksida
0.5 moldm-3 yang boleh meneutralkan 50 cm3 asid sulfurik 0.5 moldm-3?
25.0 cm3
50.0 cm3
100.0 cm3
400.0 cm3
Antara pasangan bahan berikut yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyediakan kuprum(II) sulfat?
Asid sulfurik cair, kuprum(II) karbonat
Ammonium sulfat, kuprum(II) oksida
Asid sulfurik cair, serbuk kuprum
Larutan natrium sulfat, larutan kuprum(II) nitrat
Apabila 1.48g butanol, C4H9OH terbakar dalam oksigen berlebihan, haba yang terhasil meningkatkan suhu
500 cm3 air daripada 28OC kepada 53.5OC. Apakah haba pembakaran bagi butanol?
(Jisim molekul relatif bagi butanol = 74, haba muatan tentu = 4.2 Jg-1 OC-1)
53.55 KJmol-1
2677.50 KJmol-1
29.40 KJmol-1
7925.40 KJmol-1
Penguraian Plumbum(II) nitrat menghasilkan Plumbum(II) oksida, oksigen dan gas bewarna perang. Antara berikut, yang manakah persamaan kimia seimbang bagi tindakbalas tersebut ?
Pb(NO3)2 -------> PbO + NO2 + O2
2Pb(NO3)2 + O2 --------> 2PbO + 3NO2 + O2
2Pb(NO3)2 ------> 2PbO + 4NO2 + O2
Pb(NO3)2 + O2 --------> PbO + NO2 + 5/2O2
