wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesusasteraan Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sebab pulut santan terasa

Sebab mulut badan binasa.


Apakah jenis puisi tersebut?

a)

Syair

b)

Gurindam Dua Belas

c)

Pantun Dua Kerat

2.

Hari Jumaat pergi memukat,

Orang menangguk ikan di kali;

Minta maaf belum berhajat,

Datang menengok bukan membeli.


Baris ketiga dan keempat dikenali sebagai?

a)

Baris syarat

b)

Baris jawab

c)

Baris maksud

d)

Baris Pembayang

3.

Berikut adalah BUKAN jenis seloka yang terdapat dalam teks Nilai Insan

a)

Seloka Malang Pak Kaduk

b)

Seloka Boros dan Jimat

c)

Seloka Kehilangan Adat Melayu

d)

Seloka Tak Berikhtiar Sendiri

4.

Ada wang badan tak sihat,

Tidak bernikmat apa dibuat.


(Gurindam Beberapa Petua Hidup)


Baris pertama dan kedua daripada gurindam tersebut dikenali sebagai baris ...

a)

Baris pembayang dan baris maksud

b)

Baris sebab dan baris tindakan

c)

Baris syarat dan baris jawab.

d)

Setiap baris adalah baris maksud.

5.

Ada kepada sesuatu hari,

Baginda bersemayam di balai Seri,

Dihadap sekalian hulubalang menteri,

Ramainya tidak lagi terperi.


Berdasarkan Syair Seratus Siti, nyatakan nama raja bagi negeri tersebut.

a)

Raja Alauddin Riayat Syah

b)

Raja Ajam

c)

Raja Muzaffar.

d)

Raja Malabari

6.

Menteri pun sampai ke sana sudah,

Inikah tanaman yang indah,

Kepada temannya ia bersabda,

"Dahulu taman di sini tiada"


Ia berkata dengan sama teman,

"Siapa ini mempunyai taman,

Pembuatannya indah tempatnya nyaman,

Kalaukan ini rumah Siluman"


Berdasarkan 2 rangkap syair di atas, namakan syair tersebut.

a)

Syair Seratus Siti

b)

Syair Bidadari

c)

Syair Pedoman Hidup

7.

Dari Medan ke Sibolga,

Padi di Langkat bawa ke Deli;

Kasih bukan barang berniaga,

Hati tak dapat dijual beli.


Pantun Empat Kerat di atas mempunya unsur gaya bahasa. Nyatakan...

a)

Kata ganda

b)

Metafora

c)

Sinkope

d)

Personifikasi

8.

Wah, hilang adat lenyaplah bahasa!

Ghaib sepi tiada bersisa...

Semakin mengerang senantiasa,

Laksana dipagut tedung yang bisa!


Soalan;

Apakah jenis puisi di atas?

a)

Pantun empat kerat

b)

Syair

c)

Gurindam Dua Belas

d)

Seloka Kehilangan Adat Melayu

9.

Pilih pembayang yang sesuai bagi pantun empat kerat di bawah


-----------------------------------


-----------------------------------


Tatkala negara diancam bencana

akur perintah demi keselamatan.

a)

Semua rakyat perlu bersama

Bersatu hati harungi rintangan.

b)

Wahai rakyat jelata,

Ayuh kita gemleng tenaga.

c)

Buah bidara dipetik teruna,

Dahannya patah terkena tangan

d)

Dahan patah terkena tangan,

Buah bidara dipetik teruna

10.

Bidal Melayu sedia berkata:

"Nak kaya berdikit-dikit,

Nak ramai bertabur urai"

Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.


Apakah maksud 'papa'?

a)

Miskin

b)

Ayah

c)

Sedih

d)

Sunyi.