wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIDALAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ada gula ada semut

a)

Orang yang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

b)

Ada sesuatu maksud tersembunyi di balik sesuatu perbuatan atau perkataan

2.

Ada udang di balik batu

a)

Orang yang diam jangan disangka pengecut

b)

Ada sesuatu maksud tersembunyi di balik sesuatu perbuatan atau perkataan

3.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

a)

Orang yang diam jangan disangka pengecut

b)

Perkerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

4.

Alah bisa tegal biasa

a)

Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

b)

Memperoleh sesuatu yang diinginkan

5.

Hilang dimata, di hati jangan

a)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

b)

Walaupun berjauhan, tetapi ingat di hati

6.

Indah khabar daripada rupa

a)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

b)

Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya

7.

Orang mengantuk disorongkan bantal

a)

Memperoleh sesuatu yang diinginkan

b)

Sesuatu kejadian tidak mungkin akan berlaku daripada satu pihak sahaja

8.

Nasi sudah menjadi bubur

a)

Nasi yang tidak masak

b)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

9.

Sudah terantuk baru tengadah

a)

Sudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat

b)

Melihat ke atas

10.

Takut akan bayang-bayang sendiri

a)

Rasa takut kerana bersalah

b)

Mencuri

11.

Ukur baju di badan sendiri

a)

Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri

b)

Agar tidak tersalah saiz

12.

Melentur buluh biarlah ketika rebung

a)

Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil

b)

Orang yang mementingkan diri

13.

Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

a)

Sesuatu kejadian tidak mungkin akan berlaku daripada satu pihak sahaja

b)

Rajin berusaha

14.

Burung terbang dipipiskan lada

a)

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

b)

Sombong

15.

Cacing hendak menjadi naga

a)

Orang kecil hendak menyamai orang besar

b)

Orang yang suka membuli

16.

Dapat durian runtuh

a)

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah

b)

Kerugian yang terlalu banyak

17.

Darah setampuk pinang

a)

Sama padan

b)

Belum berpengalaman

18.

Jauhari jua yang mengenal manikam

a)

Orang yang bijaksana juga yang dapat melakukan penilaian yang tepat

b)

Berharapkan orang yang kita percayai

19.

Lunak gigi daripada lidah

a)

Bersikap lemah lembut

b)

Suara yang merdu

20.

Di mana semut mati kalau tidak dalam gula

a)

Sesuatu kejadian yang tak mungkin berlaku tanpa sebab

b)

Manusia selalunya terperangkap oleh pujuk rayu dan puji-pujian