wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6 - LATIHAN KENDIRI PERIBAHASA

Total questions: 19

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Semua jemputan majils perkahwinan itu terpegun apabila melihat kedua-dua orang pengatin yang sama lawa dan sama padan __________.

a)

seperti mentimun dengan durian

b)

seperti cincin dengan permata

c)

seperti emas baharu disepuh

d)

seperti langit dengan bumi

2.

Saya kagum akan Profesor Naim yang kelihatan sangat sibuk dengan tugasan hariannya tetapi beliau masih gigih mengarang buku __________.

a)

seperti lilin membakar diri untuk menerangi orang lain

b)

bagai hendak menepung tidak berberas

c)

bagai semut menghimpun melukut

d)

seperti birah dengan keladi

3.

Suzila menjadikan kawannya yang berjawatan tinggi sebagai __________ untuk mendapatkan kenaikan pangkat.

a)

batu loncatan

b)

berjiwa besar

c)

batu api

d)

orang tengah

4.

Encik Kamal menerima dan akan memenuhi jemputan jirannya ke majlis pada malam ini.

a)

Ada gula ada semut

b)

Seperti sayur dengan rumput

c)

Bagai lukah, tak penuh air

d)

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

5.

Encik Wazi dan Puan Laila sangat __________ tentang pelajaran anak-anak mereka kerana menyedari pentingnya ilmu pengetahuan.

a)

ambil hati

b)

ambil berat

c)

ambil angin

d)

ambil mudah

6.

Sikap Amin amat berbeza sekali dengan adiknya sejak belakangan ini __________.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti cincin dengn permata

c)

seperti langit dengan bumi

d)

seperti isi dengan kuku

7.

Janganlah pula ada yang mengambil kesempatan untuk __________ semasa bergotong-royong

a)

ringan tulang

b)

putih tulang

c)

tulang belakang

d)

curi tulang

8.

Perniagaannya __________ kerana kesan ekonomi yang teruk yang telah melanda negara sejak kebelakangan ini.

a)

durian runtuh

b)

gulung tikar

c)

wang muka

d)

langkah kanan

9.

Janganlah membuat tuduhan secara __________ sehingga menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

a)

bidan terjun

b)

adu domba

c)

serkap jarang

d)

hentam keromo

10.

Yasin dikatakan __________ kerana perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.

a)

kepala batu

b)

kepala angin

c)

keras kepala

d)

berat kepala

11.

Sebelum guru masuk, suasana kelas Tahun Enam Dahlia sangat bising dengan suara murid-murid bercakap __________.

a)

seperti anak ayam kehilangan ibu

b)

seperti bertih direndang

c)

seperti murai dicabut ekor

d)

seperti kumbang putus tali

12.

Selepas mendapat sebentuk cincin daripada Jimi, kini Tania meminta seutas rantai emas pula


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

alah bisa tegal biasa.

b)

beri betis hendak paha.

c)

biar titik jangan tumpah.

d)

belum duduk sudah berlunjur.

13.

Pak Cik Chua __________ mengusahakan kebunnya dengan pelbagai jenis tanaman buah-buahan.

a)

mandi peluh

b)

mandi darah

c)

mandi kerbau

d)

mandi embun

14.

Jangan terlalu mengamalkan sikap suka __________ sesuatu perkara kerana boleh merugikan diri sendiri.

a)

ambil mudah

b)

ambil berat

c)

ambil hati

d)

ambil alih

15.

Budak itu tidak dapat memanfaatkan komputer riba yang dihadiahkan kepadanya dan sikapnya sedemikian __________.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti ulat lupa akan daun

16.

Zakwan mengajak sepupunya bekerja di bandar kerana di sana ada banyak peluang

pekerjaan bak kata orang __________ .

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

d)

ada gula ada semut

17.

Puan Suriani __________ semenjak kematian suaminya kerana dia hanya seorang suri rumah

a)

patah hati

b)

patah kandar

c)

pening lalat

d)

putih mata

18.

Ketibaan Syamsul di rumah Pak Kasim semalam ibarat __________ kerana keluarga itu sedang makan beberapa biji buah durian kunyit.

a)

langkah panjang

b)

langkah kanan

c)

langkah kiri

d)

langkah sumbang

19.

"Kita tidak boleh membuat tuduhan secara __________ sehingga terbukti seseorang itu bersalah," kata ayah pada Shamsul

a)

bidan terjun

b)

separuh tiang

c)

serkap jarang

d)

hentam keromo