wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Novel Di Sebalik Dinara

Total questions: 60

Worksheet time: 3570secs

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama penulis Novel Di Sebalik Dinara?

a)

Dayang Noora

b)

Dayang sayang kamu

c)

Dayang Noor

d)

Dayang Nor

2.

Siapakah watak utama novel Di Sebalik Dinara?

a)

Shida

b)

Alia

c)

Farisha

d)

Medina

3.

Siapakah rakan serumah Farisha?

a)

Azraai

b)

Rosman

c)

Alia

d)

Shida

4.

Apakah tema novel ini?

a)

Ketaasuban dalam persaingan dalam dunia sains.

b)

Ketaasuban dengan kemajuan teknologi yang menghakis nilai-nilai kemanusiaan.

c)

Ketaasuban dalam persaingan dalam kepakaran saintis

d)

Persaingan dalam merebut gelaran saintis

5.

Farisha pertama kali bertemu dengan Aqram di______________.

a)

Soft Lab

b)

Lapangan Terbang Senai

c)

Simposium

d)

Secure Shell

6.

Berikut merupakan perwatakan Farisha

a)

Farisha merupakan seorang yang pendendam

b)

Farisha sangat terburu-buru dalam membuat keputusan

c)

Farisha sangat bijak dalam bidang ICT

d)

Farisha tidak menyayangi ayahnya Karl

7.

Di manakah Farisha menghadiri mesyuarat dalam Bab 1?

a)

Cyberjaya

b)

Putra Jaya

c)

Nusa Jaya

d)

Alam Jaya

8.

Apakah fungsi retinal scanner?

a)

Mengesan penceroboh

b)

Mengesan pemilik rumah

c)

Mengesan ahli keluarga

d)

Mengesan kecemasan

9.

Apakah nama syarikat perkongsian Farisha dan Rosman?

a)

Secured Shell

b)

Soft Shell

c)

Soft Lab

d)

Secured Lab

10.

Berapakah umur Farisha?

a)

30 tahun

b)

20 tahun

c)

22 tahun

d)

26 tahun

11.

Apakah unsur gaya bahasa bagi perkataan yang bergaris di bawah:


Contohnya apabila kau dah sihat nanti.

a)

metafora

b)

anafora

c)

sinkope

d)

hiperbola

12.

Tindakan Azraai memasang retinal scanner dan interkom di pintu rumah Farisha membuktikan bahawa dia

a)

seorang yang suka mengawal adiknya

b)

seorang yang kaya

c)

seorang yang bertanggungjawab

d)

seorang yang menyukai peralatan teknologi canggih

13.

Antara berikut yang manakah tidak benar

a)

Syarikat Farisha mendapat tawaran sebanyak 1.5 juta untuk menggodam Sistem Dinara di Soft Lab

b)

Alia merupakan manusia cyborg yang dicipta oleh Karl

c)

Marilyn atau Medina merupakan ibu kandung Farisha yang berketurunan Portugal

d)

Karl telah menanam pelbagai implan dan memasukkan ubat-ubatan ke dalam tubuh Farisha semasa Farisha berusia 5 tahun

14.

Antara peristiwa berikut, yang manakah tidak menunjukkan nilai kasih sayang

a)

Farisha berasa sedih dan menangis teresak-esak apabila mengetahui abangnya Azraai menghidap penyakit jantung.

b)

Karl memasang implan dan memasukkan pelbagai jenis ubat ke dalam tubuh Farisha agar dia menjadi seorang yang pintar.

c)

Azraai memasang pengimbas retina dan alat interkom di pintu rumah Farisha untuk memastikan keselamatan adiknya.

d)

Marilyn melarikan Farisha kerana tidak sanggup melihat anaknya mati akibat uji kaji oleh Karl dan diserahkan kepada keluarga Azraai

15.

Pilih pengajaran yang betul berdasarkan peristiwa:

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

a)

Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

b)

Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.

c)

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita

d)

Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik

16.

Berikut adalah benar tentang Karl kecuali

a)

Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan

b)

Karl telah mensabotaj fikiran Marilyn menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.

c)

Dia sangat taasub akan penciptaan sains dan teknologi sehingga menyebabkan dia pemarah dan tidak suka akan kekalahan.

d)

Karl seorang yang kejam kerana sanggup mendera isterinya Rusmina sehingga mati.

17.

Peristiwa berikut menggambarkan latar masyarakat:


Karl dan Medina gigih berusaha untuk mencipta pelbagai rekaan demi kepuasan diri mereka.

a)

Masyarakat yang celik ilmu teknologi maklumat

b)

Masyarakat yang bijak

c)

Masyarakat saintis yang taasub akan teknologi

d)

Masyarakat yang rajin

18.

Yang manakah benar tentang latar tempat berikut

a)

Hotel Residence- tempat Farisha dan Rosman menghadiri simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.

b)

Secured Shell - Makmal komputer milik Karl tempat letaknya Sistem Dinara

c)

Stesen Monorel Bukit Jalil - tempat Farisha berbual-bual ringkas dengan seorang wanita separuh umur yang memakai gelang getah berwarna ungu yang menandakan dirinya pesakit kanser.

d)

Lapangan Terbang Senai- Tempat Farisha menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur

19.

Berikut adalah benar tentang Shida kecuali

a)

Shida ialah seorang yang prihatin

b)

Shida berkelulusan undang-undang

c)

Shida ialah seorang peguam

d)

Shida ialah rakan serumah Farisha

20.
Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:
" Farisha sanggup menerima tugas membangunkan semula projek Dinara"
a)
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan
b)
Masyarakat yang berani menanggung risiko
c)
Masyarakat yang gigih berusaha
d)
Masyarakat yang jujur melaksanakan tugas
21.
Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:
"Farisha menangis apabila mendapat tahu abang angkatnya, Azraai menghidap penyakit jantung"
a)
Masyarakat yang penyayang
b)
Masyarakat yang baik hati
c)
Masyarakat yang prihatin terhadap ahli keluarga
d)
Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga
22.
Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:
" Farisha tidak membenci Karl yang sedang nazak walaupun Karl telah menzaliminya semasa masih bayi."
a)
Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga
b)
Masyarakat yang pemaaf kesalahan orang lain
c)
Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain
d)
Masyarakat yang penyayang
23.
Pilih latar masa bagi peristiwa berikut:
"Farisha menghadiri simposium yang diadakan di Hotel Renaissence, Kuala Lumpur dengan menaiki monorel."
a)
pagi
b)
malam
c)
petang
d)
tengah hari
24.
Pilih latar masa bagi peristiwa berikut:
"Majlis pembakaran mayat Karl"
a)
pagi
b)
petang
c)
malam
d)
tengah hari
25.
Nyatakan latar tempat yang betul bagi peristiwa berikut:
Aqram membawa Farisha melawat pusat data yang mengandungi perkakasan Dinara
a)
Soft Lab, Cyberjaya
b)
Hotel Renaissence, KL
c)
Hotel Royal Essence, KL
d)
Dewan Seminar Cyberjaya
26.

Apakah kebolehan Aqram?

a)

Membaca fikiran orang lain

b)

Bertukar menjadi orang lain

c)

Dapat menembus dinding

d)

Dapat mengawal pergerakkan orang lain

27.

Mengapakah Dr. Maxi memerlukan Farisha?

a)

Farisha boleh menggodam sistem Dinara

b)

Farisha anak kepada Karl

c)

Farisha mempunyai syarikat sendiri

d)

Farisha mempunyai kuasa tersendiri

28.

Berapakah tawaran untuk Farisha menggodam sistem Dinara?

a)

1.5 juta

b)

3 juta

c)

15 juta

d)

30 juta

29.

Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada Farisha untuk menggodam sistem?

a)

4 minggu

b)

2 minggu

c)

4 bulan

d)

2 bulan

30.

Apakah nama alat yang digunakan untuk menembus minda Farisha?

a)

Penerator

b)

Senerator

c)

Generator

d)

Lenerator

31.

Siapakah pelopor Soft Lab?

a)

Dr. Maxi

b)

Medina

c)

Karl

d)

Alia

32.

Mengapakah projek dinara tergendala?

a)

Karl jatuh sakit

b)

Farisha belum dijumpai

c)

Dr. Maxi memerlukan Farisha

d)

Karl memerlukan Medina

33.

Siapakah nama abang Farisha?

a)

Azraai

b)

Azri

c)

Azman

d)

Azlan

34.

Berikut merupakan persoalan yang diutarakan dalam novel 'Di Sebalik Dinara' KECUALI

a)

Persoalan setiap kepakaran mempunyai nilai tersendiri.

b)

Persoalan tentang hubungan kemanusiaan yang musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan teknologi.

c)

Persoalan tentang kerjasama dalam menghasilkan sesuatu projek.

d)

Persoalan tentang dendam yang berpanjangan.

35.

Dr Maxi merupakan

a)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dina.

b)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara.

c)

kawan serumah Farisha

d)

seorang kanak-kanak terencat akal yang dicipta semula oleh Karl 30 tahun yang lalu.

36.

Rosman merupakan rakan kongsi Farisha di syarikat Secured Shell Sdn. Bhd serta mengendalikan kerja syarikat di Senawang.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Dr Maxi merancang strategi dengan menawarkan Aqram dan Farisha RM1.5 juta serta RM40 ribu kepada Shida demi memastikan projek Dinara berjaya.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Shida berjaya menyelongkar rahsia Dinara. Shida mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang membangunkan Dinara walaupu projek itu ialah usaha sama Medina dengan Karl.

a)

Betul

b)

Salah

39.

Berikut merupakan contoh peristiwa bagi nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara KECUALI

a)

Azraai menyayangi Farisha apabila dia memasang interkom dan retinal scanner di rumah sewa Farisha dan Shida. Dia mahu melindungi keselamatan Farisha setelag berlaku kejadian bunuh berhampiran dengan rumah sewa Farisha.

b)

Azraai yang mengetahui bahawa Farisha hanyalah anak angkat keluarganya tetap melayani Farisha seperti adik kandung dan cuba melindungi Farisha.

c)

Azraai menghubungi Rosman untuk mendapatkan pertolongan untuk menyelamatkan Farisha.

d)

Farisha memaafkan kesalahan Medina dan Rosman yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga dia menjadi anak angkat orang lain selama 26 tahun.

40.

"Pagi itu hati Shida meronta-ronta ingin kembali membaca kisah medina"


Nyatakan gaya bahasa yang sesuai dengan penyataan di atas.

a)

Simile

b)

Hiperbola

c)

Metafora

d)

Responsi

41.

Berikut merupakan watak-watak dalam novel Di Sebalik Dinara KECUALI

a)

Medina

b)

Aqram

c)

Dr. Karl

d)

Amin

42.

Berikut merupakan persoalan dan contoh peristiwa yang betul KECUALI

a)

Persoalan kecanggihan teknologi alaf baru. Contoh Peristiwa:Apartment Farisha yang dilengkapi dengan retinal scanner dan intercom yang bersambung dengan rumah Aqram.

b)

Persoalan kebijaksanaan dalam sesuatu bidang. Contoh peristiwa:Farisha,seorang pakar penggodam sistem perkomputeran telah diminta untuk menjadi juruperunding di Soft Lab.

c)

Persoalan kasih sayang. Contoh peristiwa: Walaupun Farisha seorang anak angkat, Azraai sangat menyayanginya seperti adik kandung.

d)

Persoalan kebijaksanaan saintis dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi. Contoh peristiwa: Karl telah mencipta mikrocip hasil kajiannya selama 20 tahununtuk dimasukkan ke dalam badan Farisha yang akan mampu menyalurkan pemikirannya kepada Farisha.

43.

Berikut merupakan contoh peristiwa yang mengambarkan teknik imbas kembali KECUALI

a)

Peristiwa Karl yang telah masuk ke dalam badan Shida teringat kembali kepada Medina yang digambarkan sebagai wanita yang pernah dicintainya.

b)

Farisha teringat kembali kepada rakan sekolahnya yang telah menjadi mangsa kebakaran apabila rumahnya dijilat api.

c)

Shida berusaha mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.

d)

Aqram terkenang kembali rahsia dirinya yang sebelum diberikan identiti baharu.

44.

Manakah cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara ?

a)

Cabaran untuk melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.

b)

Cabaran menjadi seorang saintis yang hebat mencipta pelbagai teknologi.

c)

Cabaran bersaing kehebatan dalam bidang teknologi.

d)

Cabaran patuh kepada seorang ketua.

45.

Manakah susunan yang betul dalam binaan plot?

a)

Permulaan - Klimaks - Perkembangan - Peleraian

b)

Perkembangan - Permulaan - Klimaks - Peleraian

c)

Permulaan - Perkembangan - Peleraian- Klimaks

d)

Permulaan - Perkembangan - Klimaks - Peleraian

46.

Peristiwa manakah yang menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca ?

a)

Peristiwa Azraai memasang retinal Scanner di rumah Farisha.

b)

Peristiwa Shida menjadi galang ganti Farisha kerana ketika itu Farisha di dalam hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

c)

Peristiwa Farisha menggodam komputer di Soft Lab.

d)

Peristiwa Azraai menjaga Farisha di Hospital.

47.

Berikut merupakan peristiwa yang memberikan teladan kepada pembaca KECUALI

a)

Peristiwa di mana Aqram, Dr Maxi dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada kemusnahan.

b)

Peristiwa Farisha berasa amat bersyukur dan reda di atas ketentuan Allah, di mana Farisha dibesarkan oleh keluarga angkat beragama Islam dan diberikan kasih sayang seperti keluarga sendiri.

c)

Peristiwa Farisha, Aqram dan Karl menggunkan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan memelihara alam sekitar.

d)

Peristiwa Azraai sangat menyayangi adiknya Farisha.

48.

Semua di bawah sebab Karl dirawat di rumah kecuali

a)

Permintaan Karl

b)

Hospital tidak mempunyai peralatan lengkap

c)

Rumah Karl mempunyai peralatan lengkap

d)

Karl mengupah perawat di rumah

49.

Dimanakah Aqram mencuri cawan Farisha?

a)

di dalam kapal

b)

di rumah Farisha

c)

di dalam kapal terbang

d)

di dalam pejabat Farisha

50.

Mengapakah Farisha terperanjat melihat pintu rumahnya?

a)

Kerana pintu rumahnya telah terpasang kunci lain.

b)

Kerana pintu rumahnya telah terpasang 'retinal scanner'.

c)

Kerana pintu rumahnya telah terpasang 'radiasi scanner'

d)

Kerana pintu rumahnya telah terpasang 'retinal scammer'

51.

Mengapakah farisha teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram?

a)

Merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya.

b)

Merupakan pusat kawalan barangan peribadinya.

c)

Merupakan pengawal peribadinya.

d)

Merupakan barangan peribadinya.

52.

Dengan siapakah Aqram bekerjasama untuk mengkaji DNA Farisha?

a)

Dr. Borhan

b)

Dr. Maxi

c)

Dr. Madi

d)

Shida

53.

Siapakah pembantu Farisha?

a)

Norman

b)

Rosman

c)

Razman

d)

Harry

54.

Mengapakah Farisya berasa kecewa?

a)

Kerana Philips Young sudah berpunya.

b)

Kerana Pilips Young tidak menyebut nama Farisya sebagai penggodam terbaik.

c)

Kerana Philips Young hanya menyampaikan ucaptama melalui hologram sahaja.

d)

Kerana Philips Young menganggap Farisya bukan penggodam antarabangsa.

55.

Apakah yang keinginan yang diucapkan oleh Aqram kepada Farisya?

a)

Ingin mencari juruwang untuk sebuah projek di makmalnya.

b)

Ingin mencari jururunding untuk sebuah projek di makmalnya.

c)

Ingin mencari pasangan hidup.

d)

Ingin mencari jurugambar untuk sebuah projek di makmalnya.

56.

Apakah anugerah yang pernah diterima oleh Karl?

a)

Anugerah Inovasi

b)

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian

c)

Anugerah Invois

d)

Anugerah Pelajar Terbaik

57.

DI DALAM NOVEL DI SEBALIK DINARA? TERDAPAT WATAK SAMPINGAN YANG BERNAMA ROSMAN. SIAPAKAH ROSMAN?

a)

RAKAN KONGSI FARISHA

b)

ABANG TIRI FARISHA

c)

ABANG ANGKAT FARISHA

d)

RAKAN SEKERJA DI SOFT LAB

58.

Apakah contoh peristiwa yang terjadi di Monorel- Stesen kereta api ke Puchong?

a)

Farisha berjumpa dengan Aqram.

b)

Shida berjumpa dengan Karl dalam keadaan separuh sedar.

c)

Farisha menemui seorang mak cik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna unggu.

d)

Azraai menjumpai Farisha yang telah diculik.

59.

Berikut merupakan contoh peristiwa untuk persoalan kegigihan berusaha dalam novel Di Sebalik Dinara KECUALI..

a)

Farisha berusaha mencari penculik-penculik yang telah menculiknya.

b)

Dr Maxi dan rakan-rakannya berusaha keras untuk menjayakan projek DInara.

c)

Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

d)

Shida berusaha mencari bukti tentang penyakit Farisha.

60.

Berikut merupakan peristiwa yang terjadi dalam binaan plot peleraian KECUALI..

a)

Medina berjaya menculik Farisha dengan bantuan orang suruhannya.

b)

Mayat Karl dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.

c)

Farisha dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

d)

Aqram tahu bahawa yang bercakap tadi bukanlah Shida tetapi Karl.