Font size
WorksheetsBm minggu PKP
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
“Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.
di
dari
pada
daripada
_________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.
juruacara
juruulas
juruhebah
jurubahasa
Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
meratap
merungut
meracau
merengek
Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam.
jalan mati
jalan buntu
jalan belakang
jalan pintas
Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.
berarak-arak
berpusu-pusu
berasak-asak
bertalu-talu
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia
pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Tiada sesiapapun yang __________ rumah pusaka itu sejak datuknya meninggal dunia.
merapati
mendekati
mendiami
menghampiri
Kami mengharungi Sungai Jelai yang _______ pada musim kemarau untuk pergi ke
perkampungan orang asli.
deras
dalam
lembap
cangkat
Pertandingan memancing ikan yang sepatutnya diadakan pada hujung minggu ini ___________ kerana pihak penganjur gagal mencari penaja.
dihapuskan
dibatalkan
dihentikan
dilewatkan
Farid bermati-matian menyatakan bahawa dia tidak ____________ langsung untuk menyakitkan hati ayah dan ibunya.
terasa
terkata
teringat
tergamak
Peserta ekspedisi itu bertungkus-lumus membina rakit ________ hari sudah senja.
kerana
lantaran
walaupun
sementara
Kamal _________ di sebalik rimbunan buluh untuk mengintip kegiatan penyeludupan
beras itu.
tersengguk-sengguk
terhendap-hendap
terkocoh-kocoh
tergaruk-garuk
