wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BIO COVID T5 2

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Tuliskan jawapan anda.


Sistem rangka berinteraksi dengan (a)   untuk membolehkan kita bergerak.

2.

Manakah antara yang berikut merupakan fungsi utama sistem rangka.

a)

Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan.

b)

Sumsum tulang menghasilkan sel otot.

c)

Tulang menyimpan mineral kalsium dan fosforus.

d)

Melindungi organ-organ dalaman badan.

3.

Seorang bayi mempunyai 275 tulang, manakala seorang dewasa mempunyai 206 tulang.

Benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

4.

Antara yang berikut yang manakah menerangkan bentuk turus vertebra yang melengkung dalam haiwan vertebrata?

a)

Melindungi saraf tunjang

b)

Menambahkan luas permukaan badan

c)

Mengagihkan berat badan

d)

Membongkok badan

5.

Manakah antara yang berikut merupakan rangka paksi?

a)

Femur

b)

Turus vertebra

c)

Sangkar rusuk

d)

Lengkungan pektoral

6.

Tengkorak terdiri daripada 2 jenis tulang iaitu ........

a)

Tibia dan Fibula

b)

Femur dan Patela

c)

Klavikel dan Skapula

d)

Kranium dan Mandibel

7.

Manakah antara berikut yang berfungsi untuk melindungi otak?

a)

Mandibel

b)

Kranium

c)

Sternum

d)

Pelvis

8.

Tulang manakah yang membentuk bahagian bawah rahang mulut?

a)

Mandibel

b)

Kranium

c)

Sternum

d)

Klavikel

9.

Manakah antara berikut merupakan ciri turus vertebra?

a)

Menyokong tengkorak

b)

Melindungi saraf tunjang

c)

Terdiri daripada siri tulang yang dinamakan pektoral

d)

Mempunyai cakera rawan supaya turus vertebra kekal tegak

10.

Manakah antara berikut bukan merupakan vertebra?

a)

Serviks

b)

Toraks

c)

Skapula

d)

Lumbar

11.

Rajah menunjukkan turus vertebra. Apakah B dan C ?

a)

B : Vertebra serviks

C : Vertebra toraks

b)

B : Vertebra toraks

C : Vertebra lumbar

c)

B : Vertebra lumbar

C : Vertebra sakrum

d)

B : Vertebra sakrum

C : Vertebra koksik

12.

Apakah jenis rangka apendaj yang ditunjukkan pada rajah?

a)

Lengkungan pektoral

b)

Anggota hadapan

c)

Lengkungan pelvis

d)

Anggota belakang

13.

Apakah jenis vertebra ini?

a)

Serviks

b)

Toraks

c)

Lumbar

d)

Sakrum

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tisu yang menyambungkan otot kepada tulang?

a)

Tendon

b)

Ligamen

c)

Rawan

d)

Gentian

15.

Apakah vertebra yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Serviks

b)

Toraks

c)

Lumbar

d)

Sakrum

16.

1. Cuaran melintang yang lebar dan pendek.

2. Mempunyai dua saluran arteri vertebra.

3. Menyokong kepala dan leher.


Ciri di atas menerangkan ciri dan fungsi suatu vertebra iaitu vertebra .................

a)

Serviks

b)

Toraks

c)

Lumbar

d)

Sakrum

17.

Manakah bahagian pada vertebra yang merupakan rongga untuk menempatkan saraf tunjang?

a)

Muka sendi

b)

Sentrum

c)

Salur saraf

d)

Cuaran spina

18.

Manakah antara berikut tidak benar tentang dua vertebra yang ditunjukkan pada rajah?

a)

Kedua-dua vertebra merupakan vertebra serviks.

b)

Vertebra aksis berbeza daripada vertebra yang lain kerana mempunyai cuaran odontoid.

c)

Vertebra atlas tidak mempunyai sentrum.

d)

Vertebra aksis merupakan vertebra yang bersendi dengan tengkorak untuk membolehkan kita menggeleng kepala.

19.

Manakah antara berikut membentuk sangkar rusuk?

a)

Sternum

b)

Klavikel

c)

Tulang rusuk sebenar

d)

Tulang rusuk bebas

20.

Tujuh pasang tulang rusuk yang pertama dikenali sebagai...

a)

Sternum

b)

Tulang rusuk sebenar

c)

Tulang rusuk palsu

d)

Tulang rusuk bebas

21.

Manakah antara yang berikut bukan merupakan rangka apendaj?

a)

Turus vertebra

b)

Lengkungan pelvis

c)

Anggota hadapan

d)

Lengkungan pektoral

22.

Berikut merupakan ciri suatu tulang apendaj:

1. Berbentuk rod

2. Menyambungkan sternum dengan skapula


Apakah nama tulang ini?

a)

Klavikel

b)

Radius

c)

Pelvis

d)

Humerus

23.

Rajah menunjukkan suatu bahagian rangka apendaj.

Apakah nama bahagian ini?

a)

Anggota hadapan

b)

Lengkungan pektoral

c)

Lengkungan pelvis

d)

Anggota belakang

24.

Rajah menunjukkan lengkungan pektoral. Manakah antara berikut adalah benar?

a)

X adalah humerus yang bersendi dengan radius dan ulna.

b)

Z merupakan tulang terbesar dalam sistem rangka manusia.

c)

X dan Y membentuk lengkungan pektoral manusia.

d)

Y adalah tulang yang berbentuk segitiga dan terletak di bahagian ventral badan.

25.

Manakah antara berikut merupakan tulang yang membolehkan kita memutarkan pergelangan tangan?

a)

Karpus

b)

Metakarpus

c)

Falanks

d)

Ulna

26.

Antara yang berikut, manakah yang membentuk tapak tangan manusia?

a)

Karpus

b)

Metakarpus

c)

Falanks

d)

Ulna

27.

Rajah menunjukkan lengkungan pelvis manusia yang terdiri daripada 2 tulang punggung. Setiap tulang punggung terdiri daripada cantuman X, Y dan Z.

Manakah antara berikut merupakan X, Y dan Z ?

a)

Iskium

b)

Ilium

c)

Pubis

d)

Vertebra

28.

Lengkungan pelvis menghubungkan ................... dengan rangka paksi.

a)

anggota hadapan

b)

anggota belakang

c)

tulang belakang

d)

sternum

29.

Berikut merupakan ciri-ciri suatu tulang pada anggota belakang.


1. Tulang terbesar dalam tubuh manusia.

2. Bersendi dengan lengkungan pelvis.


Apakah tulang ini?

a)

Tibia

b)

Femur

c)

Fibula

d)

Tarsus

30.

Rajah menunjukkan dua lengkungan pelvis. Antara A dan B, manakah merupakan lengkungan pelvis seorang wanita?

a)

A

b)

B

31.

Manakah yang berikut menghubungkan tulang dengan tulang yang lain?

a)

U

b)

V

c)

W

d)

X

32.

1. Menghubungkan antara otot dengan tulang.

2. Menghantar daya tarikan yang dikenakan oleh pengecutan otot dan menarik tulang ke atas.

Manakah yang memenuhi ciri-ciri di atas?

a)

U

b)

V

c)

W

d)

X

33.

Manakah yang berikut adalah benar tentang rajah di atas?

a)

Otot biseps mengendur.

b)

Otot triseps mengecut.

c)

Otot biseps mengecut.

d)

Otot triseps mengendur.

34.

Di manakah sendi lesung boleh didapati pada manusia?

a)

Siku

b)

Lutut

c)

Bahu

d)

Leher

35.

Apakah Y ?

a)

Tulang

b)

Rawan

c)

Lemak

d)

Ligamen