wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW (Bahagian 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang berlaku di Mekah ketika umur Nabi saw mencecah 35 tahun?

a)

Nabi menerima wahyu yang pertama

b)

Berlaku banjir yang besar

c)

Tentera bergajah menyerang Mekah

2.

Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa peletakkan Hajarul Aswad?

a)

Berlaku perebutan antara ketua kabilah untuk meletakkan semula hajarul aswad

b)

Berlakunya pergaduhan sehingga hajarul aswad beralih tempat

c)

Tentera bergajah Abrahah meruntuhkan kaabah

3.

Siapakah yang memberi cadangan dalam meleraikan perebutan peletakkan hajarul aswad?

a)

Bani Shaibah

b)

Umaiyyah al-Makhzumi

c)

Abu Bakar As-Siddiq

4.

Apakah pengajaran yang ditunjukkan oleh baginda saw daripada peristiwa peletakan hajarul aswad?

a)

menghormati keluarga

b)

menjaga adab dan batas pergaulan

c)

mendamaikan kehidupan masyarakat

5.

Di manakah wahyu pertama diturunkan?

a)

Gua Hirak

b)

Gua Thur

c)

Gua Nil

6.

Bilakah nabi menerima wahyu yang pertama?

a)

Bulan Rejab

b)

Bulan Syaaban

c)

Bulan Ramadhan

7.

Wahyu pertama diturunkan ketika Nabi saw berumur ......

a)

25 tahun

b)

35 tahun

c)

40 tahun

8.

Apakah ayat pertama (surah) yang diwahyukan pada Rasulullah saw?

a)

Surah al-Fatihah

b)

Surah al-A'laq

c)

Surah al-Mudatsir

9.

Berikut adalah orang pertama yang memeluk Islam di kalangan ahli keluarga Baginda saw, kecuali

a)

Bilal bin Rabah

b)

Saidatina Khadijah

c)

Saidina Ali bin Abi Talib

10.

Rasulullah saw dibawa mengembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj, dapat mengubati kedukaannya setelah .................

a)

kematian anaknya, Ibrahim

b)

kematian isteri dan bapa saudaranya, Abu Talib

c)

kematian isterinya, Khadijah

11.

Berikut adalah urutan perjalanan Israk dan Mikraj Nabi SAW.

a)

Dari Masjidil Haram > Masjidil Aqsa > Sidratul Muntaha

b)

Dari Masjidil Aqsa > Masjidil Haram > Sidratul Muntaha

c)

Dari Masjidil Haram > Sidratul Muntaha > Masjidil Aqsa

12.

Apakah perintah yang diterima oleh Nabi saw ketika di Sidratul Muntaha?

a)

Kefardhuan solat lima waktu

b)

Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan

c)

Perintah berhijrah dari Mekah ke Madinah

13.

Apakah perintah yang diterima oleh Nabi saw pada tahun ke-13 selepas kerasulannya?

a)

Berhijrah ke Madinah

b)

Memerangi kaum Quraisy

c)

Membina masjid pertama di Quba

14.

Siapakah yang berhijrah ke Madinah bersama Nabi Muhammad saw?

a)

Saidatina Khadijah

b)

Saidina Abu Bakar

c)

Saidina Ali bin Abi Talib

15.

Berikut adalah perkara yang nabi SAW laksanakan dalam membina pemerintahan di Madinah kecuali.......

a)

Membina masjid Nabawi

b)

Membina masjid pertama di Quba

c)

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Madinah Al-Munawwarah"?

a)

Kota berkilauan

b)

Kota bercahaya

c)

Kota bergemerlapan

17.

Bilakah Nabi Muhammad saw wafat?

a)

12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah

b)

12 Rabiul Akhir tahun 11 hijrah

c)

12 Rabiul Awal tahun 12 hijrah

18.

Dimanakah Rasulullah SAW dimakamkan?

a)

di rumah Saidatina Khadijah

b)

di rumah Saidatina Fatimah

c)

di rumah Saidatina Aisyah

19.

Berikut adalah tanda-tanda kecintaan kepada Baginda SAW kecuali;

a)

Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW

b)

Mencintai Ahlul Bait dan para sahabat

c)

Sentiasa mencintai keduniaan

20.

Apakah bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW?

a)
b)
c)