Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Matematik Pengguna

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut adalah jenis simpanan di bank, KECUALI?

a)

Akaun simpanan

b)

Akaun simpanan tetap

c)

Akaun Saham

d)

Akaun Semasa

2.

Apakah kelebihan akaun simpanan tetap.

a)

mudah membuat pengeluaran

b)

kadar faedah yang lebih tinggi

c)

tiada tempoh masa simpanan

d)

wang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM.

3.

Antara berikut adalah jenis pelaburan, KECUALI?

a)

Tanah

b)

Kereta

c)

Rumah

d)

Saham

4.

Apakah faedah mudah ?

a)

Faedah yang dikompaun dalam setahun

b)

Faedah ke atas simpanan tetap

c)

Faedah yang dihitung ke atas jumlah simpanan untuk satu tempoh masa (setahun)

d)

Faedah atas faedah

5.

Encik Rahim seorang peniaga, dia selalu menggunakan cek dalam urusan pembayaran yang dilakukannya. Apakah jenis akaun yang sesuai untuk En.Rahim?

a)

Akaun simpanan tetap

b)

Akaun simpanan

c)

Akaun semasa

d)

Akaun perniagaan

6.

Puan Raihanah menggunakan sejumlah wang yang diterima daripada bapanya untuk membeli satu lot kedai. Kedai tersebut kemudian disewakan kepada orang lain. Apakah jenis simpanan atau pelaburan yang dilakukan oleh Puan Raihanah?

a)

Amanah saham

b)

Saham

c)

Hartanah

d)

Simpanan tetap

7.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan seseorang melakukan pelaburan? (Pilih 2 jawapan yang tepat)

a)

Sebagai pendapatan tambahan

b)

Untuk kegunaan masa kecemasan

c)

kerana mempunyai lebihan wang

d)

Sebagai suatu hobi.

8.

Encik Farid mempunyai wang berjumlah RM6 000 di sebuah bank. Berapakah faedah yang diterima oleh En. Farid jika dia menyimpan selama 3 tahun, dengan faedah 5% setahun?

a)

RM600

b)

RM300

c)

RM1 800

d)

RM900

9.

Puan Syaurah menyimpan RM12000 di dalam akaun simpanan tetap dengan kadar faedah 6% setahun. Faedah dikompaun 2 kali dalam setahun. Hitung jumlah simpanan Puan Syaurah selepas 5 tahun.

a)

RM12 200

b)

RM20 000

c)

RM16 127

d)

RM12 167

10.

Cik Halina menyimpan wang sebanyak RM8 000 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Berapa lamakah Cik Halina perlu menyimpan wangnya untuk memperoleh faedah sebanyak RM2 160.

a)

5 tahun

b)

6 tahun

c)

7 tahun

d)

8 tahun