NEW
Font size
WorksheetsMengesan Kesalahan Dalam Ayat
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kebanyakan syarikat-syarikat telah mengehadkan perbelanjaan masing-masing dengan mengurangkan pengambilan pekerja baharu.
kebanyakan syarikat-syarikat
mengehadkan
mengurangkan
tiada kesalahan
Kepercayaan yang telah dipertaruhkan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada saya tidak akan saya menyia-nyiakan.
dipertaruhkan
kepada
menyia-nyiakan
tiada kesalahan
Geli hati saya apabila melihat kanak-kanak itu bersembunyi dirinya di celah-celah pakaian yang bergantungan di pasar raya itu.
apabila
bersembunyi
bergantungan
tiada kesalahan
Pendalaman sungai yang meragut nyawa anak Encik Jarjit mencecah lebih daripada lima meter.
Pendalaman
meragut
mencecah
Tiada kesalahan
Selain daripada kelulusan akademik yang cemerlang, keaktifan dalam kokurikulum juga menjadi antara kriteria pemilihan peserta program tersebut.
selain daripada
keaktifan
antara
tiada kesalahan
Panggilan telefon yang diterima dari Doktor Lim itu tadi melemahkan semangat Yati dan adik-adiknya.
Panggilan
dari
melemahkan
tiada kesalahan
Kedudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1940-an dahulu amat menyengsarakan rakyat jelata.
kedudukan
di
menyengsarakan
tiada kesalahan
Ahli-ahli lembaga pengarah syarikat itu sedang membincangkan tentang permasalahan yang melanda syarikat mereka.
tentang
permasalahan
melanda
tiada kesalahan
Murid yang disyaki keracunan makanan itu telah dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar.
disyaki
keracunan
pesakit
tiada kesalahan
Kerbau- kerbau di kampung itu selalu benar berendam di kawasan berhampiran rumah Tok Anjang.
benar
berendam
berhampiran
tiada kesalahan
Syarikat pembinaan itu sudah operasi sejak enam tahun yang lalu walaupun pernah mengalami kerugian.
pembinaan
operasi
mengalami
tiada kesalahan
Keputusan yang beliau ambil mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli jawatankuasa badan itu.
beliau ambil
daripada
jawatankuasa
tiada kesalahan
Oleh sebab dia ada gaya dalam bidang penulisan, ibunya menggalakkannya mendalami bidang itu di universiti.
Oleh sebab
ada gaya
mendalami
tiada kesalahan
Peluangnya untuk sembuh daripada penyakit barah itu semakin nipis kerana sel-sel barah itu telah merebak ke bahagian lain.
daripada
nipis
merebak
tiada kesalahan
Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras dan berhantu.
pedalaman
kononnya
keras
tiada kesalahan
Talib rabun jauh kerana tulisan pada papan tanda yang hampir dengannya pun tidak dapat dibacanya.
rabun jauh
pada
dapat
tiada kesalahan
Budak yang terkena renjatan elektrik itu menghembuskan nafas terakhirnya semasa dikejar ke hospital oleh bapanya.
renjatan
menghembuskan
dikejar
tiada kesalahan
" Kawasan pendalaman turut termasuk dalam senarai rancangan pembangunan kerajaan," kata Menteri Besar Pahang.
pendalaman
rancangan
kerajaan
tiada kesalahan
Surat amaran akan dikeluarkan pada murid yang lewat datang ke sekolah melebihi tiga kali.
amaran
pada
melebihi
tiada kesalahan
" Borang soal siasat ini terbahagi kepada dua bahagian dengan 15 soalan setiap satu," kata pegawai itu.
soal siasat
terbahagi
satu
tiada kesalahan
