wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 6 - REKA BENTUK HIASAN DALAMAN - TINGKATAN 3

Total questions: 30

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Hiasan Dalaman merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang untuk menjadikan keadaan lebih selesa.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Sesebuah ruang perlu menggambarkan idea yang jelas mengenai hiasan dalaman supaya ruang kelihatan ............. dan mendorong seseorang untuk lebih positif.

a)

sempit

b)

selesa

c)

semak

d)

serabut

3.

(Pilihan dibenarkan lebih daripada 1)

Pereka bentuk hiasan dalaman berperanan:

a)

Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.

b)

Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

c)

Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama.

d)

Mencipta dan menghasilkan kemasan reka bentuk ruang hiasan dalaman untuk kegunaan seperti ruang rumah kediaman, ruang bangunan awam, ruang komersial dan sebagainya.

e)

Menganalisis keperluan fungsi dan mengkaji susun atur reka bentuk hiasan dalaman dengan lebih efektif dan baik.

4.

Berikut Peranan penting dalam menghasilkan sesebuah reka bentuk hiasan dalaman, kecuali .....

a)

Warna Bilik

b)

Fungsi Bilik

c)

Saiz Bilik

d)

Bentuk Bilik

e)

Lokasi Bilik

5.

Lokasi bilik penting bagi mengetahui arah ........................ dan ..................... dalam sesebuah bilik.

a)

pencahayaan

b)

bentuk

c)

pengudaraan

d)

kedudukan

6.

Keluasan dan ketinggian sesebuah bilik perlulah diketahui bagi menentukan ...................... , ..................... dan ................ yang akan digunakan untuk menghias bilik.

a)

bentuk

b)

jenis hiasan

c)

jenis perabot

d)

aturan

7.

Fungsi Bilik merupakan Kegunaan bilik sama ada berfungsi sebagai bilik tidur, bilik tamu, bilik pejabat dan sebagainya.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Bentuk bilik merupakan Keadaan dan kepelbagaian bentuk bilik sama ada berbentuk segi empat sama, segi empat tepat dan sebagainya.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Berikut merupakan Ciri-ciri Seorang Pereka Hiasan Dalaman : (pilihan boleh lebih daripada 1)

a)

Kreativiti, imaginasi dan bakat seni.

b)

Sentiasa mementingkan pendapat diri sendiri

c)

Cita rasa warna yang baik dan teliti.

d)

Kebolehan untuk menghasilkan ilustrasi dan lukisan teknikal.

10.

Prinsip dalam bidang reka bentuk hiasan dalaman ialah ................. , .................. , irama dan pergerakan, penegasan, kontra, skala dan kadar banding serta perincian

a)

garisan

b)

kesatuan

c)

imbangan

d)

harga

11.

Elemen hiasan dalaman pula ialah ruang, .................. , cahaya, ..................... , ..................... , jalinan dan corak.

a)

garisan

b)

warna

c)

bentuk

d)

penegasan

12.

"Semua elemen dalam ruang dapat berfungsi bersama dan saling melengkapi. Hal ini bermakna, kita dapat melihat ruang secara keseluruhan dan elemen memainkan peranan dalam memenuhi fungsi ruang." Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Imbangan

b)

Irama

c)

Penegasan

d)

Kesatuan

13.

"Berhubung kait dengan penyusunan keseluruhan ruang yang menjadikannya kelihatan seimbang. Ia terdiri daripada simetri dan tidak simetri.

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Irama

b)

Imbangan

c)

Perincian

d)

Kontra

14.

"Penggunaan elemen tertentu berlaku secara berulang-ulang."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Penegasan

b)

Kontra

c)

Irama

d)

Kesatuan

15.

"Kaedah penggunaan warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan dan fokus utama."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Skala dan kadar banding

b)

Penegasan

c)

Kontra

d)

Perincian

16.

"Penggunaan pelbagai elemen yang bertentangan seperti penggunaan warna, saiz perabot dan tanaman hiasan."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Kontra

b)

Imbangan

c)

Irama

d)

Kesatuan

17.

"Kedua-dua prinsip ini mempunyai kaitan dengan saiz objek hiasan dan barangan. Dalam reka bentuk hiasan dalaman, prinsip-prinsip ini menimbulkan rasa pertalian dengan elemen lain."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Imbangan

b)

Skala dan Kadar Banding

c)

Kesatuan

d)

Perincian

18.

"Objek hiasan sebagai penambah seri seperti penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai gambar, hiasan dinding dan tombol perabot."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai :

a)

Kesatuan

b)

Irama

c)

Imbangan

d)

Perincian

19.

Ruang yang diisi dengan perabot atau dekorasi ialah ruang ..................... manakala ruang kosong ialah ruang ............. .

a)

positif - negatif

b)

negatif - positif

c)

luas - sempit

d)

sempit - luas

20.

Elemen cahaya terbahagi kepada dua, iaitu .................. dan buatan manusia.

a)

masyarakat

b)

semula jadi

21.

Dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman, garisan secara umumnya dikategorikan kepada tiga jenis iaitu ................. , ...................... , dan ...................... .

a)

mendatar

b)

menegak

c)

melintang

d)

dinamik

22.

Dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman, bentuk boleh diwujudkan dengan menggabungkan dua atau lebih rupa dan boleh ditekankan dengan bantuan elemen-elemen lain seperti tekstur, corak dan warna.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman, warna mesti dipilih berdasarkan ..................... dan pandangan penghuni. Setiap warna mempunyai tiga ciri yang berbeza iaitu hue, .................... , dan intensiti.

a)

psikomotor - estetika

b)

psikologi - nilai

c)

nilai - psikologi

d)

estetika - psikomotor

24.

Corak dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman boleh menjadi sebarang bentuk dan kebanyakannya terdiri daripada reka bentuk yang ..................... dan menjadikannya menarik.

a)

sistematik

b)

pasif

c)

berulang

d)

terperinci

25.

Jalinan dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu jalinan ................... dan jalinan ......................

a)

tampak

b)

sentuh (rasa)

c)

kasih

d)

pegang

26.

Lukisan di atas dikenali sebagai :

a)

Lukisan Bergarisan

b)

Lukisan Perspektif

c)

Lukisan Rupa

d)

Lukisan Maya

27.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif ........................

a)

tiga titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

satu titik lenyap

28.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif ........................

a)

satu titik lenyap

b)

dua titik lenyao

c)

tiga titik lenyap

29.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif ........................

a)

tiga titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

satu titik lenyap

30.

Gambarajah di atas lebih tepat dikenali sebagai :

a)

gambar maya

b)

pelan rumah

c)

pelan lantai

d)

pelan-pelan