Font size
Worksheetsbahasa melayu tahap 2 (W4)
Total questions: 100
Worksheet time: 49mins
Cik Nureen ________ menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lima tahun yang lalu.
sudah
pernah
sedang
hendak
Aizat dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Jerai semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.
akan
telah
masih
sedang
Pekerja kilang elektronik itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.
mahu
dapat
sudah
hendak
“Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________ tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
akan
telah
belum
pernah
Semangat patriotisme iaitu cinta akan tanah air ________ disemai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
harus
belum
sedang
hendak
Muhammad Aiman Irfan ________ tidur ketika kami sampai di rumahnya pagi tadi.
mahu
harus
masih
sudah
“Tentera Portugis ________ menjajah dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Farhana.
mahu
sudah
pernah
sedang
Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca mendung sepanjang hari.
dapat
belum
pernah
sedang
Pak Cik Azli ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
mesti
masih
pernah
sedang
Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh ________ dalam perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
akan
telah
harus
sedang
Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
akan
telah
mesti
harus
Khairul dan keluarganya ________ melancong ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan pertengahan tahun nanti.
dapat
pernah
sedang
hendak
“Kalau ________ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan kerja ini,” kata Jeya Kumar kepada majikannya.
mahu
boleh
masih
sudah
Majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Taman Medan ________ diadakan minggu hadapan.
akan
belum
pernah
sedang
Pak Darus ________ memulakan kerja membajak tanah sawahnya dengan menggunakan traktor pada pagi itu.
mesti akan
akan dapat
sudah pernah
sedang hendak
1.“Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Hamdan kepada kawan-kawannya.
kita
kami
kalian
mereka
____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu hadapan.
Patik
Beliau
Hamba
Baginda
Adik menangis kerana berasa ______________ ketika berada di atas menara yang tinggi itu.
takut
gayat
gusar
cemas
Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti keluarganya menziarahi datuknya yang berada di kampung.
menyertai
menjalani
mendekati
menduduki
Wakil rakyat itu akan terus menabur jasa kepada masyarakat di kawasan beliau ____________ termampu.
jika
selagi
apabila
sehingga
Semua guru di sekolah kami sedang berbincang ______________ persiapan ____________ mengadakan majlis kecemerlangan.
untuk...bagi
akan...bagi
terhadap...bagi
tentang...untuk
Pihak kerajaan menasihatkan _____________ kilang agar tidak melepaskan asap untuk mengelakkan masalah jerebu.
pengusaha
perusahaan
pengusahaan
mengusahakan
9.Jabun digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana suka meminjam pakaian orang lain untuk dipakai.
pari-pari
pijat-pijat
dekak-dekak
umang-umang
Sebastian dan Fahmi sedang melihat keputusan Ujian Pertengahan Tahun mereka yang ditampal pada _________________ itu.
papan iklan
papan tanda
papan pameran
papan kenyataan
Di ____________ kantin sekolah telah diletakkan tong-tong kitar semula untuk kemudahan para pelajar.
tepi
atas
tengah
penjuru
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
ketul
batang
buah
bungkus
Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.
buku
ulas
ketul
kerat
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.
pucuk
rumpun
kuntum
bungkus
Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.
bilah
pucuk
butir
batang
Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
utas....gulung
bentuk....buah
biji....utas
bentuk....utas
Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.
pasang....biji
buah....pasang
biji....buah
buah....bentuk
Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.
batang....buah
buah....batang
batang....butir
biji....patah
Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.
rangkap....buah
baris....baris
patah....biji
baris....patah
Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium.
buah....helai
ekor....tangkai
biji....kuntum
ekor....tandan
Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.
cawan....helai
cubit....rumpun
kilo....keping
cubit....helai
Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.
bidang....buah
ketul....biji
bidang....bentuk
buah....buah
Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.
butir....rumpun
buah....batang
biji....pohon
butir....buah
Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya.
biji....gelas
potong....buah
potong....gelas
keping....biji
Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang
dikirimkan oleh nenek dari kampung.
butir....sisir
biji....tandan
buah....biji
biji....keping
Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Orang yang gelojoh ialah orang yang .
makan darah
buruk makan
makan suap
makan diri
Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.
ia
dia
beliau
mereka
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.
pendapat
dorongan
hebahan
arahan
Sandra membantu ibu di rumah.
ayat majmuk
ayat aktif
ayat pasif
ayat tunggal
Di manakah kamu tinggal?
ayat tunggal
ayat tanya
ayat seru
ayat penyata
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
datang dari arah bertentangan .
“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
wawasan
gagasan
cita-cita
hobi
________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
Cadangan
Pendapat
Suruhan
Gesaan
Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
gambaran
bayangan
kenangan
lukisan
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.
pendapat
dorongan
hebahan
arahan
Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.
pandangan
senyuman
jelingan
pujian
Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.
huluran
kutipan
hantaran
sumbangan
Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib Negara untuk mencari _______ yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia.
khabar
taklimat
maklumat
makluman
_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Sokongan
Imbuhan
Tawaran
Huluran
Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.
sukatan
tapisan
sulingan
timbangan
Mata saya silau apabila terkena ________ cahaya matahari pada cermin tingkap.
letupan
imbasan
pantulan
panahan
Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.
lukisan
harapan
gambaran
kenangan
Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.
ukiran
hiasan
tenunan
anyaman
Ayah dan ibu turut memberikan _______ berupa barangan makanan kepada Encik Jasbir sekeluarga.
huluran
kutipan
hantaran
sumbangan
Nazli menemani kakaknya ke Muzium Negara untuk mencari ______ tentang sejarah kemerdekaan negara.
berita
kajian
siasatan
maklumat
