Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU PT3
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
"Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui__________________ yang diwujudkan", kata wakil rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
sumbangan
simpanan
derma
dana
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ____________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
mendirikan
menegapkan
menegakkan
melempangkan
Dompet itu diperbuat________________kulit ikan pari
daripada
oleh
pada
dari
"Titah perintah tuanku terjunjung di atas batu jemala
______________" kata Syeikh Shamsuddin kepada Sultarf Mansur Syah.
beta
patik
hamba
baginda
Keropok yang dibelinya itu sedap dimakan kerana __________
reput
rangup
rapuh
retas
Pak Man mengait se ____ langsat dengan menggunakan se ____ galah bergunting.
biji ... batang
mayang ... kaki
gugus ... batang
bakuI. .. kaki
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal
Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama negara.
Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama negara.
Demi mengharumkan nama · negara telah mendorong mereka untuk memenangi pertandingan itu dengan jayanya.
Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu telah mengharumkan nama negara dengan jayanya. ·
Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka menjuarai kejohanan tersebut
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Kursus kepemimpinan pengawas itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang sifat-sifat sebagai pemimpin yang perlu ada dalam diri mereka.
Sifat-sifat sebagai pemimpin yang wujud dalam diri pelajar membolehkan mereka mengikuti kursus kepemimpinan pengawas.
Sifat-sifat sebagai pemimpin dapat dilatih sekiranya pelajar menjadi pengawas dalam sesuatu kursus kepemimpinan
Matlamat utama kursus kepemimpinan yang dihadiri oleh pengawas- pengawas itu adalah untuk melatih mereka memiliki sifat-sifat seorang pemimpin.
Sebagai pemimpin pengawas, pelajar perlu mengikuti kursus kepemimpinan yang bertujuan untuk membentuk sifat-sifat pemimpin dalam diri mereka
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Marilah kita menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu hadapan,"ujar pengetua kepada murid-murid.
Pengetua berharap agar murid-murid dapat menyertai Karnival Bahasa pada minggu yang akan datang.
Pengetua mengajak murid-murid menjayakan Karnival Bahasa peringkat sekolah pada minggu yang akan datang.
Pengetua berharap agar Karnival Bahasa dapat dianjurkan oleh murid-murid dengan jayanya pada minggu yang akan datang.
Pengetua menggalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa pada minggu akan datang.
10 Pilih ayat-ayat yang betul.
I Anuar menamai kucingnya Si Tompok.
II Wajah tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.
Ill Adik saya yang belajar dalam tingkatan satu sudah
pergi sekolah.
IV Tolong beritahu pihak pengelola sekiranya anda
menghadapi lain-lain masalah.
I dan II sahaja
Ill dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II, Ill dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul
I Kami memperoleh pengajaran yang berguna daripada
ceramah tersebut.
II Para pelancong amat tertarik oleh keindahan Pulau
Redang.
Ill Dia sudah agak dewasa tetapi hidupnya masih
bergantung kepada orang tuanya.
IV Notanya yang banyak itu ada dengan rakan sekelasnya
I dan II sahaja
Ill dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II,III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Suasana di pasar borong menjadi lengang selepas pukul
12.00 tengah hari.
II Tegurannya bukan menghina kita, tetapi sekadar
mengingatkan kita sahaja.
Ill Mereka menunggu di pejabat tanah itu sejak satu jam
setengah yang lalu.
IV Sampah mengotorkan lantai yang baru dilap oleh kakak.
I dan II sahaja
Ill dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II, Ill dan IV sahaja
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa yang berikut membawa maksud membuat dua tiga pekerjaan serentak
kecuali________________________________
ke sungai sambil mandi.
sambil berdiang nasi masak.
sebagai condong ditumpil, lemah dianduh.
sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap rela berkorban nyawa demi mempertahankan sesuatu yang hak ialah _______________________________
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
biar putih tulang jangan putih mata.
bagai cincin dengan permata.
alah bisa tegal biasa.
Keadaan hidup pengemis lelaki itu sangat miskin dan melarat bagai ________________________
anjing buruk kepala.
gembala diberi keris.
layang-layang putus tali.
kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Kadar inflasi negara kita semakin meningkat ekoran daripada ________ harga barang.
kenaikan
kemasukan
kedatangan
kemunculan
________ untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita ini
Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan
Pelbagai kemudahan kerajaan telah sediakan
Berbagai kemudahan telah sediakan oleh kerajaan
Pelbagai kemudahan telah kerajaan sediakan
Kawasan peranginan itu menjadi tumpuan para pelancong kerana pemandangannya yang _________
sungguh indah
amat terindah sekali
paling terindah sekali
sungguh terindah sekali
Seorang pengadil dalam sesuatu perlawanan haruslah membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Jika tidak, dia akan dikatakan
bagai duri dalam daging
bagai limau masam sebelah
seperti abu di atas tunggul
umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak ke bumi
Ketika kami bermain layang-layang di tepi sawah,_______ kami terdengar suara ibu memanggil kami pulang.
samar-samar
balam-balam
nyaris-nyaris
sayup-sayup
Pak Husin dapat menyiapkan tujuh buah bakul rotan sehari berkat ketekunan dan kerajinannya kerana sikapnya yang ibarat _____
ikan di dalam belat
anai-anai makan kayu
si kuding beroleh cincin
kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
Peserta kuiz itu sungguh cerdik dan berpengetahuan luas.
Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat di atas.FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Anggota pengakap itu ____ air dengan menggunakan tin.
mengukus
merebus
menjerang
menanak
Arisa sering teringat _______ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan nelayan itu.
akan
tentang
dengan
terhadap
Peribahasa ikan pulang ke lubuk bermaksud..
sikap merendah diri
pulang ke tempat asal
menurut adat dan aturan di tempat yang didiami
orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan
Semasa menjalankan tugas rasmi, Encik Hafiz terpaksa juga _________ yang diarahkan oleh ketua jabatannya.
melaksanakan tugas lain-lain
laksanakan pelbagai tugas-tugas lain
melaksanakan tugas-tugas lain
melaksanakan lain-lain tugas
Rumah tradisional di hujung kampung itu sangat luas dan besar.
Nyatakan subjek bagi ayat tersebut.
Rumah
Rumah tradisional di hujung kampung
Rumah tradisional
Rumah tradisional di hujung kampung itu
Pemain bola sepak itu menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir perlawanan.
Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat di atas.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
Ibu _______ tepung gandum itu untuk membuat kuih kegemaran ayah.
menguli
mengadun
menggentel
menebar
Pengetua sekolah kami yang baharu itu bekas pelajar sekolah ini.
Nyatakan frasa yang betul bagi predikat dalam ayat tersebut.
Frasa Adjektif
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Sendi Nama
Pengguna Facebook akan terdedah ______ bahaya jika mendedahkan maklumat mereka secara terperinci di laman sosial.
terhadap
tentang
pada
kepada
Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana ________ asyik tersilap menyebut nama pemain.
juruulas
juruacara
jurubahasa
jururunding
Pasukan _______ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa tsunami di sana.
negarawan
setiakawan
sukarelawan
cendekawan
Mangsa kemalangan itu berjalan ________ beberapa meter sebelum rebah ke tanah.
terkial-kial
terkesot-kesot
terhuyung-hayang
terhenjut-henjut
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.
dari......ke
dari.....kepada
daripada.....ke
daripada.....kepada
Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.
ketimuran
setengah-setengah
pada
Tiada kesalahan
Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.
pelbagai
awet
supaya
Tiada kesalahan
I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.
II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.
III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.
IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.
II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.
III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.
IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.
sungguh percaya benar
teramat percaya benar
sangat percaya benar
percaya benar
Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.
anugerahkan atlet paralimpik
menganugerah atlet paralimpik
menganugerahi atlet paralimpik
menganugerahkan atlet paralimpik
Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak
Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.
Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan
Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.
Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara
Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.
Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan
Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan
I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.
II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.
III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.
IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.
II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.
III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.
IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
melepaskan batuk di tangga
mencurah air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.
dihempap
dihempas
ditindih
dihimpit
Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cendermata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.
bersama-sama
di antara
sekali gus
Tiada kesalahan
Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunug Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.
pendakian
walaupun
berbagai
Tiada kesalahan
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
ketul
batang
buah
bungkus
Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.
buku
ulas
ketul
kerat
Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.
pucuk
rumpun
kuntum
bungkus
Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
utas....gulung
bentuk....buah
biji....utas
bentuk....utas
Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.
pasang....biji
buah....pasang
biji....buah
buah....bentuk
Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.
batang....buah
buah....batang
batang....butir
biji....patah
Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.
rangkap....buah
baris....baris
patah....biji
baris....patah
Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium.
buah....helai
ekor....tangkai
biji....kuntum
ekor....tandan
Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.
cawan....helai
cubit....rumpun
kilo....keping
cubit....helai
Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.
bidang....buah
ketul....biji
bidang....bentuk
buah....buah
Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.
butir....rumpun
buah....batang
biji....pohon
butir....buah
Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang
dikirimkan oleh nenek dari kampung.
butir....sisir
biji....tandan
buah....biji
biji....keping
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Angah mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong yang betul.
Encik Alan membaca surat khabar sementara menunggu isterinya memasak.
Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu.
Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, pemuda itu hanyalah pekerja sementara di syarikat tersebut.
Ramesh pergi ke rumah rakannya sementara kerana ada hal yang hendak dibincangkan.
Pilih ayat yang menggunakan huruf condong dengan betul.
Pihak berkuasa sentiasa melancarkan operasi mencegah lumba haram.
Motosikal berkuasa tinggi itu amat mahal harganya.
Selain Bahasa Melayu, pelajar perlu berkuasa dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Ibu bapa berkuasa besar dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.
Pilih ayat-ayat yang betul.
bawang putih itu telah dimayang oleh saya untuk ditumis.
Di hari cuti, ramai pengunjung berkelah di Pantai Hiburan Rompin.
Ketam yang digunakan oleh tukang kayu itu diperbuat daripada kayu cengal.
Encik Halil menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Pilih ayat yang betul.
Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.
Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.
Encik Haris membawa keluarganya makan malam di Restoren Aminah Tomyam.
Ani duduk antara Kamal dan Haziq sewaktu mendengar taklimat PT3.
Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan, kecuali
hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Datuk akan menghidupkan lampu __________________ di reban ayamnya pada setiap malam.
Gasolin
Gesolin
Gaslin
Gasolen
