Font size
WorksheetsMETABOLISME DAN ENZIM
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Proses penguraian sebatian kompleks menjadi molekul yang ringkas disertai pembebasan tenaga.
Pernyataan di atas merujuk kepada tindak balas
Anabolisme
Katabolisme
Ciri- ciri enzim ialah..
Sejenis protein
Merupakan mangkin biologi yang mempercepatkan kadar tindak balas
Bahan yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Berupaya menjalankan sesuatu tindak balas secara berbalik
Enzim oksidoreduktase membantu dalam proses respirasi sel yang dijalankan oleh mitokondria. Enzim ini adalah contoh bagi..
Enzim intrasel
Enzim ekstrasel
Enzim-enzim pencernaan membantu dalam proses penghadaman makanan dan perlu dirembeskan keluar dari sel yang menghasilkannya supaya dapat bertindak balas di kawasan ia berfungsi. Enzim ini adalah contoh bagi..
Enzim intrasel
Enzim ekstrasel
Berikut merupakan teori yang dinyatakan dalam hipotesis 'mangga dan kunci'
Molekul enzim mempunyai tapak aktif yang Hanya sepadan dengan substrat yang spesifik
Kunci mewakili ENZIM manakala mangga mewakili SUBSTRAT
Kompleks enzim-substrat terbentuk sebaik sahaja enzim dan substrat bergabung pada tapak aktif
Pada akhir tindak balas, molekul produk terhasil tetapi enzim tidak mengalami perubahan
Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim
Suhu
Keamatan cahaya
pH
Kepekatan substrat
Kepekatan enzim
Pilih takat suhu yang boleh menyebabkan enzim mula ternyahasli.
0 ° C
10 ° C
37 ° C
60 ° C
Apakah yang berlaku kepada enzim yang telah dinyahasli?
Ikatan kimia antara molekul enzim terputus
Bentuk tiga dimensi enzim terurai dan berubah
Tapak aktif enzim musnah kerana berubah bentuk
Tenaga kinetik enzim bertambah
Secara umumnya, julat pH optimum bagi kebanyakan enzim ialah pada
0-4
4-6
6-8
8-10
Perubahan keadaan pH medium tindak balas akan menyebabkan perubahan pada..
Bentuk tapak aktif enzim
Jumlah tenaga pengaktifan dalam tindak balas
Jumlah tenaga kinetik molekul enzim
Cas pada tapak aktif dan permukaan substrat
