wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PKP FASA 3/1

Total questions: 50

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang betul.

a)

Penduduk Kampung Pening Lalat saling membantu dalam segala hal.

b)

Penduduk Kampung Pening Lalat saling bantu-membantu dalam segala hal.

2.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ahmad Albab tidak hadir ke sekolah kerana ianya demam.

b)

Ahmad Albab tidak hadir ke sekolah kerana ia demam.

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kawasan-kawasan pedalaman di Lahad Datu akan dimajukan mulai tahun hadapan.

b)

Kawasan-kawasan pendalaman di Lahad Datu akan dimajukan mulai tahun hadapan.

4.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ayah rela bekerja membanting tulang demi untuk kebahagiaan keluarga kami.

b)

Ayah rela bekerja membanting tulang demi kebahagiaan keluarga kami.

5.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sapok Bimi seorang petinju kebangsaan yang terkenal.

b)

Sapok Bimi seorang peninju kebangsaan yang terkenal.

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semoga tuhan mencucuri kamu rahmat.

b)

Semoga tuhan mencucurkan kamu rahmat.

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

b)

Semoga roh beliau dicucurkan rahmat.

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

Baru sebentar tadi ayah menghadiahi saya seutas jam baharu.

b)

Baharu sebentar tadi ayah menghadiahi saya seutas jam baru.

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Guru itu berasal dari Johor Bharu.

b)

Guru itu berasal dari Johor Baharu.

10.

Pilih ejaan yang betul.

a)

istirahat

b)

istirehat

11.

Pilih ejaan yang betul.

a)

kadangkala

b)

kadang-kala

12.

Pilih ejaan yang betul.

a)

ehsan

b)

ihsan

13.

Pilih ejaan yang betul.

a)

insuran

b)

insurans

14.

Pilih ejaan yang betul.

a)

catat

b)

catit

15.

Pilih penggunaan kata pemeri yang betul.

a)

Tanaman yang banyak di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.

b)

Tanaman yang banyak di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.

16.

Pilih penggunaan kata pemeri yang betul.

a)

Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

b)

Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

17.

Pilih peribahasa yang sesuai.

Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

a)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,

b)

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

18.

Pilih peribahasa yang sesuai.

Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat.

a)

Anak dagang

b)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

19.

Pilih peribahasa yang sesuai.

Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

a)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

b)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung.

20.

Maksud peribahasa

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

a)

Segala yang diperlukan sudah tersedia.

b)

menghadapi susah senang bersama sama

21.

Maksud peribahasa

Genggam bara api biar sampai jadi arang,

a)

Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga beroleh kejayaan.

b)

Tidak akan tercapai hajat kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.

22.

Peribahasa yang sama makna

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

23.

Maksud peribahasa.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

a)

Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

b)

Pengagihan yang sama banyak.

24.

Sikap Cik Suraya yang ____________________ menyebabkan rakan sekerjanya berasa tidak selesa semasa bercakap dengannya.

a)

cakap lepas

b)

adu domba

c)

duri berbisa

d)

mulut tempayan

25.

Masyarakat yang hidup bersatu padu akan membentuk kehidupan yang lebih aman dan sejahtera tetapi jika sebaliknya berlaku, masyarakat akan berpecah belah. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan situasi di atas KECUALI;

a)

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bersatu teguh bercerai roboh.

d)

Bagai aur dengan tebing

26.

Peserta dari sekolah kami memenangi acara _________________ lembing peringkat Daerah Lahad Datu.

a)

melontar

b)

melempar

c)

merejam

d)

membaling

27.

Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu

bait bicara tersentuh kalbu

merekah keinsafan di hati yang beku

mengenang dosaku yang terdahulu.

(Sajak Sajadah Rindu)


Berdasarkan rangkap sajak Sajadah Rindu ini, apakah pengajaran yang diperoleh?

a)

Kita perlulah muhasabah diri

b)

Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan/ dosa.

28.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan

moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan.

(Rangkap 2, Sajak Sajadah Rindu)


Berdasarkan rangkap ke-2 Sajak Sajadah Rindu ini, nyatakan nilai yang cuba diterapkan oleh penulis.

a)

Nilai Ketaatan. Buktinya penyajak taat kepada perintah Allah SWT dengan tidak melakukan kesalahan.

b)

Nilai Kegigihan. Buktinya penyajak berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk memohon keampunan sebelum terlambat.

29.

Air mata menjadi saksi

keikhlasan menjadi bukti

akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi

di keheningan yang sepi

lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.


Berdasarkan rangkap ke-3, Sajak Sajadah Rindu ini, nyatakan pengajaran yang dapat dijadikan teladan.

a)

Kita hendaklah ikhlas dalam setiap perbuatan kita. Buktinya penyajak begitu ikhlas untuk bertaubat selepas menginsafi kesilapannya.

b)

Kita hendaklah berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama. Buktinya penyajak bertaubat dan sujud kepada Illahi.

30.

Nyatakan gaya bahasa bagi "anakku".

a)

Personifikasi

b)

Sinkope

c)

Anafora

d)

Simile

31.

Apakah tema bagi sajak Erti Hidup Bererti?

a)

Kerajinan seseorang dalam pelajaran

b)

Ketabahan seseorang dalam menghadapi masalah

c)

Kesunyian seorang warga tua

d)

Kebijaksanaan seseorang peniaga

32.

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap 1 sajak Erti Hidup Bererti.


Aku selalu didatangi

malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku

tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku

keluhan seorang tua sunyi

a)

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupai dan tidak sanggup untuk menjaganya.

b)

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri.

c)

Penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

d)

Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

33.

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap 2 sajak Erti Hidup Bererti.


Keheningan tasik

kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan

di penjuru ruang zaman

cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik

kucari erti hidup

menderita mengerang sakit

berdiri tanpa ruang.

a)

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupai pengorbanannya. Anak-anaknya juga saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

b)

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

c)

Penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada sesiapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

d)

Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini.

34.

Pilih huraian maksud yang paling tepat bagi rangkap terakhir sajak Erti Hidup Bererti.


Aku bagi mereka

tiada makna

anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin

jangan terpegun

ada yang mati

ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

a)

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Penyajak menerima anak-anaknya sama ada yang setia atau derhaka dan dia bersedia memaafkan kesilapan anak-anaknya. Penyajak menerima segala takdir Tuhan untuk menghabiskan sisa hidupnya.

b)

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak juga mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.

c)

Penyajak mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal. Oleh itu, penyajak bersedia untuk menerima dan memaafkan anaknya walaupun anak-anaknya tidak pernah mengambil berat tentang dirinya. Kasih sayang penyajak sebagai ibu bapa terhadap anak kandungnya tidak pernah luntur.

d)

Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Hal ini kerana perasaan sayang seorang ibu bapa melebihi segala-galanya. Walau apa-apapun yang terjadi kepada dirinya, penyajak tetap menerima dengan hati yang terbuka kerana bagi dirinya, tidak apa-apa di dunia ini dikuasai oleh manusia melainkan Tuhan.

35.

Pilih huraian yang paling sesuai bagi persoalan di bawah.


Persoalan kesunyian yang dirasai oleh seorang ibu

a)

Ibu berasa sedih kerana anak-anak tidak mempedulikannya ketika dia sakit.

b)

Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya.

c)

Ibu menanggung penderitaan seorang diri kerana hidup sebatang kara.

d)

Ibu berasa sunyi kerana anak-anaknya tidak mahu mendengar luahan hatinya.

36.

Pilih nilai kemanusiaan yang sesuai dikaitkan dengan baris sajak di bawah.


anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

a)

Nilai belas kasihan

b)

Nilai kasih sayang

c)

Nilai ketabahan

d)

Nilai kesetiaan

37.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Farisha pertama kali bertemu dengan Aqram di______________.

a)

Soft Lab

b)

Lapangan Terbang Senai

c)

Simposium

d)

Secure Shell

38.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Apakah nama syarikat perkongsian Farisha dan Rosman?

a)

Secured Shell

b)

Soft Shell

c)

Soft Lab

d)

Secured Lab

39.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Latar masyarakat yang penyayang

a)

Farisha sangat menyayangi abangnya Azraai walaupun mereka bukan adik beradik kandung

b)

Farisha berjaya menggodam sistem Bank Sapurba

c)

Aqram berusaha menjejaki Farisha bagi menyelamatkan Dinara

40.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Latar masyarakat yang prihatin

a)

Azraai memberitahu Farisha bahawa dia ialah anak angkat

b)

Azraai memasang retinal scanner di rumah sewa Farisha

c)

Rosman dan Farisha berbincang sebelum menerima tawaran daripada Soft Lab

41.

Siapakah pengarang NOVEL DI SEBALIK DINARA?

a)

Hani Suraya

b)

Roslan Mohd Noor

c)

Dayang Noor

d)

Khairulnizam Bakeri

42.

Apakah tema novel DI SEBALIK DINARA?

a)

Persaingan dalam mencipta virus

b)

Persaingan dalam dunia sains dan teknologi

c)

Persaingan dalam kepakaran saintis

d)

Persaingan dalam merebut gelaran saintis

43.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Dimanakah simposium yang dihadiri Farisha?

a)

Hotel Renaissance

b)

Hotel Kuala Lumpur

c)

Hotel Berjaya Square

d)

Hotel Cyberjaya

44.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Apakah yang menyebabkan Farisha kecewa semasa menghadiri simposium?

a)

Rosman tidak ada bersama

b)

Presiden Persatuan tidak hadir

c)

Duduk di belakang sekali

d)

Terlepas beberapa bahagian penting dalam simposium

45.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Siapakah nama Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa?

a)

Philips Young

b)

Philips Yong

c)

Philip Young

d)

philip Yong

46.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Apakah kebolehan Aqram?

a)

Membaca fikiran orang lain

b)

Bertukar menjadi orang lain

c)

Dapat menembus dinding

d)

Dapat mengawal pergerakkan orang lain

47.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Mengapakah Dr. Maxi memerlukan Farisha?

a)

Farisha boleh menggodam sistem Dinara

b)

Farisha anak kepada Karl

c)

Farisha mempunyai syarikat sendiri

d)

Farisha mempunyai kuasa tersendiri

48.

Berapakah tawaran untuk Farisha menggodam sistem Dinara?

a)

1.5 juta

b)

3 juta

c)

15 juta

d)

30 juta

49.

Apakah nama alat yang digunakan untuk menembus minda Farisha?

a)

Penerator

b)

Senerator

c)

Generator

d)

Lenerator

50.

Siapakah pelopor Soft Lab?

a)

Dr. Maxi

b)

Medina

c)

Karl

d)

Alia