wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 2 : Manusia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah betul tentang proses menarik nafas?

a)

Dada menaik, peparu mengecut

b)

Dada menaik, peparu mengembang

c)

Dada menurun, peparu mengecut

d)

Dada menurun, peparu mengembang

2.

Jadual menunjukkan bilangan pergerakan dada bagi empat orang murid dalam satu minit. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari maklumat ini?

a)

Semua orang perlu bernafas untuk hidup

b)

Semua orang memerlukan udara untuk bernafas

c)

Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza

d)

Setiap orang mempunyai organ pernafasan

3.

Ginjal merupakan organ perkumuhan manusia. Apakah hasil perkumuhan bagi ginjal?

a)

Peluh

b)

Wap air

c)

Oksigen

d)

Air kencing

4.

Antara berikut yang manakah TIDAK benar?

a)

Perkumuhan perlu bagi mengekalkan kesihatan kita

b)

Perkumuhan membantu menyingkirkan bahan buangan yang toksik daripada badan kita

c)

Pengumpulan bahan buangan secara berterusan dalam badan boleh membawa maut

d)

Bahan buangan yang tidak disingkirkan boleh digunakan semula oleh organ-organ yang lain dalam badan kita

5.

Rajah menunjukkan reaksi seorang murid apabila sebuah pasu bunga terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan. Apakah INFERENS yang boleh dibuat berdasarkan reaksi murid ini?

a)

Kerana manusia takut kepada pasu bunga

b)

Kerana manusia bergerak balas terhadap rangsangan

c)

Kerana manusia bergerak balas terhadap pasu bunga

d)

Kerana manusia mempunyai pelbagai pergerakan

6.

Antara berikut, tabiat manakah yang boleh mengganggu proses hidup manusia. Pilih DUA jenis tabiat.

a)

Menghisap dadah

b)

Minum susu setiap pagi

c)

Merokok

d)

Makan makanan berkabohidrat sahaja setiap hari

7.

Berikut menunjukkan laluan udara semasa pernafasan manusia:

Peparu --> Trakea --> Hidung

Bagaimanakah kandungan oksigen dan karbon dioksida di dalam jenis pernafasan ini?

a)

Kandungan oksigen dan karbon dioksida sama

b)

Kandungan oksigen lebih daripada kandungan karbon dioksida

c)

Kandungan karbon dioksida lebih daripada kandungan oksigen

d)

Kandungan karbon dioksida berkurang dan kandungan oksigen meningkat

8.

Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan dikenali sebagai _______________________

a)

Pernafasan

b)

Penyahtinjaan

c)

Perkumuhan

d)

Pertumbuhan

9.

Apakah organ pernafasan manusia?

a)

Kulit

b)

Ginjal

c)

Jantung

d)

Peparu

10.

Apakah yang akan berlaku jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan dari badan manusia?

a)

Bahan tersebut disimpan dan digunakan kemudian

b)

Bahan tersebut dialirkan semula ke seluruh badan

c)

Bahan tersebut akan terkumpul dan menjadi toksik atau beracun

d)

Bahan tersebut terkumpul di dalam usus kecil

11.

Antara berikut yang manakah BUKAN organ perkumuhan manusia?

a)

Ginjal

b)

Peparu

c)

Kulit

d)

Dubur

12.

Faheem menarik tangannya apabila terkena benda yang tajam. Apakah jenis rangsangan yang dikesan oleh Faheem?

a)

Sakit

b)

Bunyi

c)

Bau

d)

Haba

13.

Telinga, mata, hidung, lidah dan X adalah merupakan organ deria manusia yang dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan luar.

Apakah X

a)

Tapak kaki

b)

Jari

c)

Mulut

d)

Kulit

14.

Rajah menunjukkan beberapa organ manusia. Berdasarkan rajah, di bahagian manakah sisa-sisa makanan terbentuk sebelum disingkirkan melalui dubur?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

15.

Rajah menunjukkan satu organ perkumuhan manusia. Namakan organ ini.

a)

Peparu

b)

Dubur

c)

Jantung

d)

Ginjal

16.

Apakah hasil penyahtinjaan?

a)

Peluh

b)

Karbon dioksida

c)

Tinja

d)

Wap air

17.

Apakah maksud perkumuhan?

a)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

b)

Proses penyingkiran sisa makanan dari badan

c)

Proses hidup manusia

d)

Proses penyingkiran karbon dioksida dan wap air dari badan

18.

Rajah menunjukkan satu organ perkumuhan manusia. Apakah yang akan berlaku jika organ ini tidak lagi dapat berfungsi?

a)

Air kencing sentiasa bertambah

b)

Air kencing yang banyak tidak dapat dihasilkan

c)

Sisa-sia toksik tidak dapat disingkirkan

d)

Kandungan air di dalam badan tidak dapat dikekalkan

19.

Nyatakan maksud penyahtinjaan.

a)

Proses penyingkiran nutrien dari badan

b)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

c)

Proses penyingkiran garam mineral dari badan

d)

Proses penyingkiran sisa makanan yang tidak diperlukan dari badan

20.

Antara berikut yang manakah BUKAN kesan buruk bagi tabiat meminum arak, menghidu gam dan menyalahgunakan dadah?

a)

Mabuk

b)

Berkhayal

c)

Tenang

d)

Ketagih