Font size
WorksheetsAyat Aktif dan Ayat Pasif
Total questions: 14
Worksheet time: 4hrs 30mins
Pilih ayat aktif daripada ayat-ayat di bawah.
(Melebihi satu jawapan)
Nasihat ibu bapa mesti kamu dengar.
Kereta mewah itu dipandu oleh ayah.
Kamu perlu menyambut kedatangan tetamu khas dengan senyuman manis.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolong saya.
Pilih ayat aktif daripada ayat-ayat di bawah.
(Melebihi satu jawapan)
Hamidah melawat ibu yang sakit jantung di hospital.
Sambal ikan bilis dimasak oleh Raisha semalam.
Penduduk Taman Bahagia mengadakan aktiviti gotong-royong pada minggu lepas.
Baju Melayu dipakai oleh murid yang beragama Islam pada hari Jumaat.
Pilih ayat pasif daripada ayat-ayat di bawah.
(Melebihi satu jawapan)
Semua kerja itu telah kami selesaikan dalam masa seminggu.
Segala titah perintah tuanku akan patik junjung.
Dia mengelap lantai sehingga berkilat.
Pegawai itu akan menyampaikan ucapan sebentar lagi.
Pilih ayat pasif daripada ayat-ayat di bawah.
(Melebihi satu jawapan)
Saya dapat menjawab semua soalan itu.
Novel itu belum saya bacakan kerana terlalu sibuk.
Dia sedang mencari buku yang hilang itu.
Buku yang agak tebal itu dikarang oleh Cikgu Lim.
Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
Emak mencuci pakaian kotor itu.
(a)
Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
Murid-murid menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat.
(a)
Kamu patut mendengar segala nasihat ketua.
(a)
Mereka membuang sampah ke dalam tong sampah.
(a)
Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
Siti dan rakan-rakannya menyertai rombongan itu pada cuti sekolah yang lalu.
(a)
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.
Pokok durian di belakang rumah ditebang oleh ayah.
(a)
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.
Sampah sarap itu akan kami tanam petang nanti.
(a)
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.
Kuih-muih kami jual di pasar malam.
(a)
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.
Rakyat diminta oleh baginda supaya hidup aman.
(a)
Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.
Makanan itu telah saya sediakan untuk keluarga.
(a)
