Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6 (Tatabahasa : Antonim dan Sinonim)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Pembonceng motosikal itu nyaris-nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

a)

jauh-jauh

b)

rapat-rapat

c)

dekat-dekat

d)

hampir-hampir

2.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Cikgu Haishah sudah jelak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Khairi.

a)

loya

b)

akur

c)

jemu

d)

biasa

3.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Pembonceng yang terlibat dalam kemalangan itu terpelanting ke seberang jalan.

a)

terbiar

b)

tercampak

c)

terseret

d)

terperosok

4.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Membaca akhbar sudah menjadi rutin harian ayah.

a)

minat

b)

kelainan

c)

kesukaan

d)

kelaziman

5.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Tok Wan sedang menjirus pokok bunga di halaman rumah.

a)

membaja

b)

mencabut

c)

menyiram

d)

membajak

6.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Othman duduk berlunjur sambil menahan kesakitan pada kakinya akibat kemalangan.

a)

beriba

b)

bersila

c)

bersandar

d)

bersimpuh

7.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


"Parang yang tajam itu mesti disimpan dalam laci," pesan Pak Long.

a)

ngilu

b)

tumpul

c)

runcing

d)

buruk

8.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Beberapa orang gadis yang menyertai pertandingan itu sudah kandas pada pusingan awal lagi.

a)

dapat

b)

gagal

c)

berjaya

d)

mengalah

9.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Pokok-pokok renek ini sudah berusia hampir 10 tahun.

a)

tinggi

b)

pendek

c)

besar

d)

lonjong

10.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.


Kami sukar membuat pilihan kerana kesuntukan waktu.

a)

payah

b)

lalai

c)

susah

d)

senang