Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Berentak

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat _______________ di muka Rohit akibat dicakar oleh kucingnya.

a)

calar-balar

b)

kusut-masai

c)

gerak-geri

d)

lekak-lekuk

2.

Pak Mat tersenyum puas apabila melihat anak pokok terung yang ditanamnya _________________.

a)

kacau-bilau

b)

segar-bugar

c)

pucat-lesi

d)

hingar-bingar

3.

Stadium itu gamat dengan _______________ penyokong pasukan bola masing-masing.

a)

dentam-dentum

b)

huru-hara

c)

kelam-kabut

d)

sorak-sorai

4.

Suasana di pasar tani itu _______________ setipa pagi.

a)

gelap-gelita

b)

kelam-kabut

c)

hingar-bingar

d)

kacau-bilau

5.

Rambut pengemis itu _________________.

a)

kusut-masai

b)

tunggang-langgang

c)

herot-berot

d)

pindah-randah

6.

Ibu menghidangkan ________________ tradisional kepada tetamu.

a)

ulang-alik

b)

huyung-hayang

c)

pontang-panting

d)

kuih-muih

7.

Encik Arun terpaksa _______________ ke tempat kerja sejak berpindah ke Putrajaya.

a)

tunggang-langgang

b)

ulang-alik

c)

bolak-balik

d)

liang-liuk

8.

Sampan yang ditambat pada tiang kayu itu ter______________ dipukul ombak.

a)

umbang-ambing

b)

ulang-alik

c)

huyung-hayang

d)

riang-ria

9.

Bunyi ______________ itu bunyi tembakan meriam tentera sempena raptai sambutan Hari Kemerdekaan.

a)

degum-degam

b)

dentam-dentum

c)

pindah-randah

d)

kusut-masai

10.

Para guru menghias pentas dewan sekolah dengan kain ber_______________ sempena sambutan Majlis Persaraan Guru Besar.

a)

herot-berot

b)

punah-ranah

c)

warna-warni

d)

haru-biru

11.

Nenek menggunakan _________________ untuk memasak sup ayam itu.

a)

kayu-kayan

b)

batu-bata

c)

rumput-rumpai

d)

rempah-ratus

12.

Jalan ke rumah Ah Meng itu penuh dengan __________________.

a)

simpang-siur

b)

tunggang-langgang

c)

kontang-kanting

d)

gelap-gelita

13.

Hasil kebun Pak Tam _____________________ kerana beliau menggunakan baja organik.

a)

kumat-kamit

b)

calar-balar

c)

segar-bugar

d)

punah-ranah

14.

Dewan orang ramai itu menjadi ___________________ apabila bekalan elektrik terputus.

a)

terang-benderang

b)

segar-bugar

c)

gilang-gemilang

d)

gelap-gelita

15.

Perasaan Latifah _________________ sejak gagal dalam peperiksaan akhir tahun.

a)

gundah-gulana

b)

sedu-sedan

c)

huyung-hayang

d)

lelak-lekuk

16.

Muka kanak-kanak itu menjadi _____________ setelah bermain dengan warna krayon.

a)

comot-momot

b)

compang-camping

c)

kering-kontang

d)

calar-balar

17.

David berteriak apabila melihat seekor ular sawa di celah _______________ itu.

a)

batu-bata

b)

kayu-kayan

c)

gunung-ganang

d)

semak-samun

18.

Tasik di hujung kampung itu _______________ akibat kemarau yang berpanjangan.

a)

kering-kontang

b)

pontang-panting

c)

mandi-manda

d)

umbang-ambing

19.

Penduduk kampung tidak suka akan sikap Mak Kiah yang suka ber_________________ percakapannya itu.

a)

putar-balik

b)

simpang-siur

c)

kumat-kamit

d)

riuh-rendah

20.

Para pegawai terpaksa menaiki kenderaan berkuasa empat roda untuk melalui kawasan yang banyak ______________ itu.

a)

liang-liuk

b)

simpang-siur

c)

lekak-lekuk

d)

bengkang-bengkok