wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz simpulan bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ali suka mencuri. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.
a)
buruk siku
b)
panjang tangan
c)
lintah darat
d)
durian runtuh
2.
Ismail _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.
a)
mandi kerbau
b)
makan angin
c)
telinga lintah
d)
mandi peluh
3.

Kamal diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.

a)

pening lalat

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

lintah darat

d)

buruk siku

4.
Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah kesemua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.
a)
ringan tulang
b)
ayam tambatan
c)
berputih mata
d)
mata keranjang
5.
Adik dimarahi ibu kerana hanya _________ sewaktu bermain di halaman rumah.
a)
kaki pukul
b)
kaki ayam
c)
kaki botol
d)
kaki bangku
6.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
7.
Encik Amirul memperoleh _________ setelah sajak ciptaannya sempena Hari Kebangsaan telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama.
a)
rambang mata
b)
anak emas
c)
bunga emas
d)
durian runtuh
8.
Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.
a)
hati batu
b)
keras kepala
c)
tangkai jering
d)
buruk siku
9.

Orang yang pantas dan cekap membuat kerja seperti

a)

Kera. Sumbang

b)

Kaki biawak

c)

Lipas kuding

d)

Lipas kudung

10.

Orang yang dibayar upah tetapi tidak melakukan kerjanya.

a)

Buta hati

b)

Gaji buta

c)

Curi angin

d)

Gaji sedikit

11.

Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.

a)

kaki wayang

b)

bidan terjun

c)

orang gaji

d)

tali barut

12.

Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanti mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.

a)

senyum simpul

b)

bawa mulut

c)

tajam akal

d)

beri muka

13.

Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.

a)

bendera putih

b)

buku lima

c)

putih mata

d)

duit kopi

14.

Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.

a)

tulang belakang

b)

mata keranjang

c)

teman hidup

d)

orang dalam

15.

Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.

a)

cuci mata

b)

lintah darat

c)

cepat tangan

d)

rabun ayam

16.

Setelah penat bekerja, Shafiq ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.

a)

berat tulang

b)

ambil angin

c)

ambil berat

d)

gerak hati

17.

Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.

a)

nyawa-nyawa ikan

b)

tidur-tidur ayam

c)

ajak-ajak ayam

d)

tua-tua keladi

18.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

19.

Sikap Halim yang menganiaya Aiman yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

20.

Dia hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia _____.

a)

Mulut tempayan

b)

Baik hati

c)

Kaki ayam

d)

Telinga kuali