NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERIBAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Walaupun suaranya sumbang, dia __________ hati hendak jadi penyanyi.
ada hati
ada jalan
isi hati
ambil hati
Setelah penat berlatih, mereka berehat seketika untuk _______.
makan angin
makan suap
ambil angin
ambil hati
Dia _________, apa-apa sahaja yang dimintanya semuanya dapat.
anak tunggal
anak emas
anak angkat
anak pungut
_________ Syafik berubah apabula dituduh mencuri.
Ada muka
Isi hati
Air muka
Air mata
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.
seperti isi dengan kuku
seperti aur dengan tebing
seperti bulan di pagar bintang
seperti cincin dengan permata
Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.
bagai api dalam sekam
bagai gunting dalam lipatan
bagai anjing dengan kucing
bagai anjing menyalak bukit
Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.
seperti belangkas
seperti bertih digoreng
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
Farid _________ sejak dia menjadi buruan pihak polis.
seperti ular kena palu
seperti cacing kepanasan
seperti embun di atas daun
seperti kera mendapat bunga
Setelah berjaya dalam beberapa pertandingan, Aziz mula _________.
ada hati
ambil hati
keras kepala
besar kepala
Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.
seperti kaca jatuh terhempas
seperti anjing menyalak bukit
seperti mencurah air ke daun keladi
seperti tikus membaiki labu
Tahap pendidikan antara Encik Tan dan Encik Lim sangat jauh berbeza ____________.
seperti langit dengan bumi
seperti isi dengan kuku
seperti duri dalam daging
seperti ular kena palu
Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.
seperti duri dalam daging
seperti nyawa-nyawa ikan
seperti abu atas tunggul
seperti retak menanti belah
Sikap azmi yang kagum melihat bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur ___________.
seperti rusa masuk kampung
seperti telur di hujung tanduk
seperti si buta kehilangan tongkat
seperti katak bawah tempurung
Maria berasa _________ apabila Tony sanggup membantunya.
ada gula ada semut
alah bisa tegal biasa
ada udang di sebalik batu
alah membeli menang memakai
Azhar sering diejk oleh rakan-rakannya kerana tulisannya yang __________.
buta huruf
cakar ayam
kaki ayam
kaki bangku
